Sahabatku...
Jom!
BERISTIGHFARLAH
Seseorang datang dan mengadu kepada Hasan al Basri bahawa hujan tidak pernah turun, jawab Hasan al Basri, ‘Beristighfarlah kepada Allah’. Lalu datang pula orang mengadukan kefakirannya. Jawab Hasan al Basri , ‘Beristighfarlah kepada Allah’. Kemudian datang lagi yang lain, kali ini wanita yang mandul mengadukan kepada Hasan al Basri. Jawab Hasan al Basri , ‘Beristighfarlah kepada Allah’
Para Jemaah bertanya ’Apakah setiap orang yang mengadu, engkau hanya mengatakan beristighfarlah kepada Allah? Beliau menjawab ’Tidakkah engkau membaca firman Allah ’Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan dia memperbanyak harta dan anak-anakmu.’
❤️love you all 🌷
عرض المزيد ...