هذه الخدمة مُتوفّرة أيضًا بلغتك. لتغيير اللغة، اضغطEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber

all posts Terkini dan Sensasi Palestin

TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin! 
155 771+131
~25 575
~135
16.01%
تقييم تيليجرام العام
عالميًا
6 056المكان
من 78 777
87المكان
من 806
في الفئة
442المكان
من 3 169
أرشيف المنشورات
“Hentikanlah peperangan ini sekarang!” Lagi 2 minggu, cukup setahun mereka hadap genosid dan serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Setiap hari dan tanpa henti 😢 Malam semalam baru sahaja tentera rejim Zionis mengebom sebuah sekolah di kejiranan Al Zaytoun, bandar Gaza sehingga menyebabkan lebih 20 orang syahid dan kebanyakannya kanak-kanak! Pagi tadi juga sehingga waktu Subuh, tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan di selatan Lubnan. Allahuakbar. Sampai bila kita nak berdiam diri?
عرض المزيد ...

IMG_1708.MOV

4 368
4
Terjemahan: 🇵🇸Penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba membaiki khemah mereka selepas dibanjiri oleh air hujan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sumber: Shehab Agency

video_2024-09-22_17-55-23.mp4

5 153
2
DIALOG SENJA KEMBALI LAGI!    Adakah kalian tahu, bagaimana falsafah pendidikan Zionis berperanan dalam mencapai matlamat politik dan ideologi mereka? Adakah terdapat unsur "penjajahan pemikiran" dalam falsafah pendidikan dunia hingga menguasai sistem pendidikan global? Laman Diskusi kali ini membawakan kepada anda siri Dialog Senja yang bertajuk: Falsafah Pendidikan Yang Melatari Ideologi Zionisme yang akan dikupas oleh Cik Puan Nur Irdina Hakimah NorAzali, Calon Sarjana Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM. Kami dengan sukacitanya menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara live yang akan diadakan pada ketetapan berikut:     Tarikh: 25 September 2024 | Rabu    Masa: 3:30 - 4:30 petang    Medium: LIVE di FB Terkini dan Sensasi Palestin & YT Cinta Gaza Malaysia      
عرض المزيد ...
6 300
0
Perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin telah berlangsung selama berabad-abad. Peperangan yang sedang berlaku di Gaza pada hari ini merupakan salah satu peperangan terburuk yang dihadapi rakyat Palestin. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis laknatullah ke atas warga Palestin tidak dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat di seluruh pelosok dunia. Hal ini kerana, kekejaman yang dilakukan oleh Zionis laknatullah sangat jelas melanggar hakasasi manusia. Natijahnya, demonstrasi besar-besaran telah diadakan di seluruh negara Islam bahkan negara-negara barat seperti London, Paris, Sweden dan lain-lain. Sehingga saat ini, 17 September 2024 mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 41,252 syuhadadan 95,497 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu. Artikel penuh di .
عرض المزيد ...
5 967
1
🛑 Saat tentera rejim Zionis menyerbu pejabat saluran Al Jazeera di tengah Ramallah dengan arahan untuk menutupnya selama 45 hari. Sumber: Shehab News

file

4 760
2
🛑 Pasukan rejim Zionis memberi arahan kepada tentera untuk menutup pejabat Al Jazeera di Ramallah selama 45 hari. Pasukan pendudukan cuba mengalihkan pintu besi bangunan yang menempatkan pejabat Al Jazeera di Ramallah. Pasukan pendudukan menyerbu pejabat Al Jazeera di Ramallah. Sumber: Shehab News
4 720
2
🛑 Detik-detik serangan peluru berpandu tiba dan penduduk haram Israel cuba untuk melarikan diri. Sumber: Shehab News

file

4 443
3
🛑 Hizbollah memuat naik sebuah klip bertajuk: Kami menyasarkan pangkalan udara "Ramat David" milik tentera musuh rejim Zionis. Sumber: Middle East Observer

file

4 251
2
🛑 Agensi Shehab | Majlis Serantau Wilayah Marj Bin Amer: Sebuah peluru berpandu jatuh dan menyebabkan berlaku kebakaran di kawasan antara Kfar Rauch dan Yokneam, utara Palestin yang dijajah. Sumber: Shehab News
4 190
0
🔺 Hizbullah: Kami menyasarkan pangkalan dan lapangan terbang Ramat David adalah tindak balas kepada serangan berulang Israel ke atas pelbagai wilayah di Lubnan. Sumber: Shehab News
4 318
0
🔺 Seorang penduduk haram Israel cedera akibat serpihan peluru berpandu terbang di Hilir Galilee, utara Palestin yang dijajah. Media Ibrani: Pemadaman bekalan elektrik di kawasan kejiranan di Afula dan kawasan sekitarnya akibat roket jatuh. Sumber: Shehab News
4 082
0
🔺 Letupan dan kebakaran berhampiran Pangkalan Udara Ramat David di Marj Ibn Amer, utara Palestin yang dijajah. Sumber: Shehab News

file

4 203
3
🔺 Saluran Ibrani 7: 15 peluru roket jatuh berhampiran Nazareth dan laporan kecederaan di Kfar Ilot. Lokasi pendaratan peluru berpandu di Nazareth. Sumber: Shehab News

file

4 374
3
🔺 Detik-detik permulaan serangan dari Selatan Lubnan ke Nazareth. Sumber: Shehab News

file

3 757
2
🔺 Serangan udara Israel tanpa henti di selatan Lubnan dari jam 1 pagi waktu Malaysia sehingga sekarang. Sumber: Quds News Network

file

file

file

file

file

3 888
2
🔺 Menteri Kesihatan Lubnan melaporkan sebanyak 82 kematian direkodkan akibat pencerobohan pesawat udara rejim Zionis ke atas Lubnan sejak beberapa hari lalu. Sumber: Quds News Network
3 773
4
🔺 Imej serangan udara rejim Zionis di pelbagai kawasan di Lubnan. Salah satu tempat yang dibom ialah perkampungan Dhayra. Sumber: Quds News Network
3 660
0
🔺 Berpuluh-puluh orang syahid dan cedera selepas tentera rejim Zionis mengebom sebuah sekolah yang dipenuhi dengan kanak-kanak dan wanita. Sumber: Eye On Palestine

file

3 664
2
🔺 Seorang kanak-kanak Palestin melecur teruk di seluruh badannya, berikutan pembunuhan beramai-ramai yang meragut nyawa 22 warga Palestin yang berlindung di Sekolah Al-Zaytoun di Bandar Gaza. Sumber: Quds News Network

file

3 798
2
🔺 Lebih 20 orang awam yang berlindung di sekolah tersebut termasuk 13 kanak-kanak, 6 wanita telah dibunuh, dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan udara kejam rejim Zionis ke atas sebuah sekolah di Al Zaytoun, timur Kota Gaza. Sumber: Quds News Network
3 920
0
🔺 Kejadian ngeri pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pesawat udara tentera rejim Zionis selepas mengebom sebuah sekolah di kejiranan Al Zaytoun di bandar Gaza. Sumber: Eye On Palestine

file

4 147
4
🇵🇸 video yang mula tular di media sosial menunjukkan tiga tentera rejim Zionis di atas bumbung sebuah bangunan telah menolak dan menendang mayat pemuda Palestin di bandar Qabatiya, Tebing Barat. ‍ Zakaria Zakarneh, bapa saudara kepada salah seorang syuhada dan seorang saksi, berkongsi maklumat bahawa tentera rejim Zionis telah naik ke bumbung selepas pemuda Palestin itu syahid. ‍ “Mereka cuba menurunkan mayat dengan jentolak, tetapi mereka tidak berjaya, jadi mereka melemparkan mayat syuhada tersebut dari tingkat dua jatuh ke tanah. Saya sangat sedih dan marah. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.” Berita penuh di
عرض المزيد ...

IMG_1704.MOV

4 317
3
🛑 Klip video ini diperoleh Al Jazeera daripada dron milik tentera rejim Zionis yang ditangkap oleh pasukan Mujahidin Palestin. Tentera rejim Zionis telah menjatuhkan bom ke atas seorang pemuda Palestin yang cedera ketika dia cuba meminta bantuan. Allahuakbar 😢 Sumber: Shehab News

file

5 409
7
🛑 Briged Mujahidin Al-Qassam merampas jentera tentera dan dron milik tentera rejim Zionis yang terperangkap di kawasan timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber: Telegram Briged Al-Qassam

file

7 570
4
Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah. Pesawat udara tentera rejim Zionis menyasarkan sebuah sekolah di kawasan kejiranan Al-Zaytoun. Pertahanan Awam Gaza telah menemui seorang wanita hamil yang telah syahid serta janinnya dalam keadaan tidak bernyawa. Ya Allah, bilakah semua ini akan berakhir? 😢 Sumber: Shehab News

file

7 406
10
Yang dihormati tuan/puan, Terima kasih atas sokongan berterusan anda sepanjang 2024. Sumbangan anda sangat membantu usaha kami untuk menyampaikan bantuan ke Gaza. Kami ingin mendengar pandangan anda untuk meningkatkan keberkesanan kempen kami. Kami sertakan sekali voucher RM5 sebagai tanda perhargaan kerana meluangkan masa untuk mengisi survey ringkas ini. Klik link di bawah untuk menjawab survey : Klik sini untuk jawab survey  Maklum balas anda amat bermakna dan dapat membantu kami terus memberi impak yang lebih besar.  Terima kasih atas sokongan anda!
عرض المزيد ...
7 524
0
Pasukan Pertahanan Awam Gaza dengan berani mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan seorang gadis Palestin yang terperangkap di bawah runtuhan rumah keluarganya. Rumah itu dibom oleh pesawat udara rejim Zionis ketika mereka sedang tidur. Sumber: Quds News Network

file

7 030
3
🛑 8 mangsa tiba di Hospital Medan Khusus Kuwait akibat serangan pesawat udara rejim Zionis ke atas bangunan Kolej Universiti, barat Khan Yunis. Sumber: Shehab News
6 244
2
DIALOG SENJA KEMBALI LAGI!    Adakah kalian tahu, bagaimana falsafah pendidikan Zionis berperanan dalam mencapai matlamat politik dan ideologi mereka? Adakah terdapat unsur "penjajahan pemikiran" dalam falsafah pendidikan dunia hingga menguasai sistem pendidikan global? Laman Diskusi kali ini membawakan kepada anda siri Dialog Senja yang bertajuk: Falsafah Pendidikan Yang Melatari Ideologi Zionisme yang akan dikupas oleh Cik Puan Nur Irdina Hakimah NorAzali, Calon Sarjana Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM. Kami dengan sukacitanya menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara live yang akan diadakan pada ketetapan berikut:     Tarikh: 25 September 2024 | Rabu    Masa: 3:30 - 4:30 petang    Medium: LIVE di FB Terkini dan Sensasi Palestin & YT Cinta Gaza Malaysia      
عرض المزيد ...
6 901
0
Pelantikan Duta Palestin ke Sepanyol mencipta sejarah pertama untuk negara itu! Kami komited terhadap keselamatan di timur tengah, dan kami akan bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk mengadakan persidangan damai. Mengiktiraf Palestin adalah keadilan bagi rakyat Palestin. Berita penuh di

IMG_1697.MOV

6 700
8
Sebenarnya, mungkin tidak ramai yang faham erti sebenar menjadi seorang sukarelawan atau aktivis. Peranan seorang sukarelawan atau aktivis tidak hanya turun ke lapangan untuk memberi bantuan, tetapi lebih daripada itu. Ikuti perkongsian terkini yang menyentuh tentang tanggungjawab sebenar seorang sukarelawan dan aktivis! Tonton video di . Baca artikel di .
SUKARELAWAN TIDAK WAJAR DIROMANTISKAN | Bahagian II
Sebenarnya, mungkin tidak ramai yang faham erti sebenar menjadi seorang sukarelawan atau aktivis. Peranan seorang sukarelawan atau aktivis tidak hanya turun ke lapangan untuk memberi bantuan, tetapi lebih daripada itu. Ikuti perkongsian terkini yang menyentuh tentang tanggungjawab sebenar seorang sukarelawan dan aktivis! Tonton video di sini: Baca artikel di pautan: #weareCGM #heroes4hope
6 797
0
🇵🇸 [ARTIKEL] Trauma mereka trauma yang berpanjangan dan yang paling dalam. Trauma mereka bukan bermula pada 7 Oktober tapi lebih awal daripada itu. Baca artikel di .
7 246
3
🛑 Briged Al-Qassam menyasarkan jentera tentera Zionis D9 dengan peluru Al-Yassin 105 berhampiran timur George Junction di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber: Telegram Briged al-Qassam
7 886
1
🛑 Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal rejim Zionis Merkvah dengan peluru Al-Yassin 105 di timur kejiranan Al-Tanour di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber: Telegram Briged al-Qassam
8 670
1
🇵🇸 Pemuda Gaza ini, satu-satunya yang terselamat. Ahmed Al-Farram mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya yang dibunuh awal pagi tadi dalam serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan rumah mereka di Nuseirat, tengah Gaza. Sumber: Quds News Network
7 653
3
Syarikat teknologi di Taiwan, Gold Apollo menafikan letupan alat kelui model AR-924 yang menyebabkan ramai penduduk Lubnan maut dan cedera ada kaitan dengan mereka. Dalam sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, Gold Apollo memaklumkan bahawa model AR-924 itu merupakan keluaran sebuah syarikat Eropah, BAC melalui perjanjian perlesenan yang sah. Berita penuh di
8 291
5
🛑 "Ini adalah kaki anak perempuan saya Bayan." Hanya kaki sahaja yang tinggal untuk dipeluk 😭 Seorang warga Palestin mencium kaki anak perempuannya, mayat anaknya hancur dibom oleh peluru berpandu rejim Zionis yang menyasarkan rumah mereka di utara Semenanjung Gaza. Sumber: Shehab News

IMG_1686.MP4

7 403
9
JEMPUTAN KE MEET & GREET BERSAMA CGM 3.0! Tak kenal maka tak cinta, ternyata pepatah ini tak boleh digunakan untuk kalian. Kalian yang tak mengenali mereka tetap juga menyumbang, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri terasa. Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu) Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: Level 1, Library Cinta Gaza Malaysia, Bangi Pautan Lokasi: Penampilan Khas : Tuan Nadir Al-Nuri, Puan Reem Al-Minawi dan Tim CGM dari Gaza Ini lah wajah-wajah saudara kita di bumi Gaza yang kalian telah bantu selamatkan dengan sumbangan yang tak pernah putus walaupun setelah lebih 300 hari sejak genosid di Palestin bermula. Kami ingin mengambil peluang hari ini untuk kalian dapat jumpa face-to-face dengan keluarga Tuan Nadir sendiri dan dengar cerita yang akan mereka kongsikan, kehidupan di Gaza sepanjang genosid yang paling teruk direkodkan dalam sejarah. Daftar di sini! Kerana terhad untuk 40 orang sahaja http://qr.codes/rcOGyW
عرض المزيد ...
1
0
🇵🇸Seorang kanak-kanak bernama Wahid Al-Ghalban telah kehilangan mata, kaki, dan tangannya akibat pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza. Penderitaannya merupakan peringatan tragis tentang mangsa perang genosid ke atas nyawa yang tidak bersalah. Sumber: Quds News Network

video_2024-09-20_14-26-07.mp4

7 438
4
Selama hampir setengah abad, Israel telah pun diperintah majoritinya oleh gerakan kanan. Ada beberapa ketika parti berhaluan kiri memimpin Israel. Ketika di fasa awal penubuhan negara haram Israel, Parti Buruh yang dibentuk melalui penyatuan tiga buah parti iaitu Mapai, Ahdut HaAvoda dan Rafi pernah memerintah Israel bermula tahun 1960-an sehinggalah dijatuhkan melalui pilihan raya pada 1977.  Kerajaan yang dibentuk oleh Benjamin Netanyahu di penghujung tahun 2022 merupakan kerajaan berhaluan kanan melampau (far-right). Apa maksud haluan kanan melampau? Haluan kanan melampau, juga dikenali sebagai kanan ekstrem merupakan antara haluan yang ada di dalam spektrum politik. Haluan kanan ekstrem ini selalunya memiliki ciri ciri radikal konservatif, ultra-nasionalis dan autoritarian.  Artikel penuh di .
عرض المزيد ...
6 119
6
DIALOG SENJA KEMBALI LAGI!    Adakah kalian tahu, bagaimana falsafah pendidikan Zionis berperanan dalam mencapai matlamat politik dan ideologi mereka? Adakah terdapat unsur "penjajahan pemikiran" dalam falsafah pendidikan dunia hingga menguasai sistem pendidikan global? Laman Diskusi kali ini membawakan kepada anda siri Dialog Senja yang bertajuk: Falsafah Pendidikan Yang Melatari Ideologi Zionisme yang akan dikupas oleh Cik Puan Nur Irdina Hakimah NorAzali, Calon Sarjana Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM. Kami dengan sukacitanya menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara live yang akan diadakan pada ketetapan berikut:     Tarikh: 25 September 2024 | Rabu    Masa: 3:30 - 4:30 petang    Medium: LIVE di FB Terkini dan Sensasi Palestin & YT Cinta Gaza Malaysia      
عرض المزيد ...
6 051
2
Israel telah menyekat kemasukan 83 peratus bantuan makanan ke Semenanjung Gaza sejak hampir setahun genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023. Pada masa yang sama, pemerhatian tersebut menunjukkan peningkatan sekatan bantuan makanan daripada 34% pada 2023 dan penduduk di Gaza terpaksa beralih daripada makan dua kali sehari kepada hanya sekali makan setiap hari. Dianggarkan 50,000 kanak-kanak berumur antara 6 hingga 59 bulan memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun ini. Berita penuh di
عرض المزيد ...
5 892
2
🛑 Reuters daripada Menteri Ekonomi Taiwan: ▫️Komponen peranti tanpa wayar (Pager) yang meletup di Lubnan tidak dihasilkan oleh kami. ▫️ Saya tidak bertemu utusan Israel di sini baru-baru ini. Sumber: Shehab Agency
5 880
2
🛑 TERKINI | Pertahanan Awam di Gaza: Mayat 6 syuhada termasuk kanak-kanak telah ditemui dalam serangan pengeboman tentera rejim ke atas sebuah apartmen kediaman milik keluarga Abu al-Hatal di bangunan Saad di sekitar taman perbandaran di tengah-tengah Bandar Gaza. Sumber: Shehab Agency
6 160
1
🔺RINGKASAN PERKEMBANGAN TERKINI 1/ Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah menyatakan bahawa serangan pager dan walkie-talkie terhadap ahli kumpulannya di Lubnan dan Syria telah 'melampaui semua garis merah', dengan jumlah korban meningkat kepada 37 orang, sementara ribuan yang lain cedera akibat letupan dalam dua hari. 2/ Siasatan awal oleh pihak berkuasa Lubnan mendapati peranti elektronik tersebut ditanam dengan bahan letupan sebelum sampai ke Lubnan. 3/ Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan bahawa pasukan penyelamat menemui enam mayat rakyat Palestin, termasuk dua wanita, selepas sebuah rumah diserang di kawasan kejiranan al-Daraj, Bandar Gaza. 4/ Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serbuan tentera rejim Israel di Qabatiya, dengan rakaman video menunjukkan askar rejim bertindak membuang mayat dari atas bumbung. 5/ Pegawai AS percaya bahawa perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas dijangka tidak akan tercapai sebelum berakhirnya tempoh Presiden Joe Biden pada Januari depan, menurut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber tidak bernama. Sumber: Al Jazeera
عرض المزيد ...
6 951
3
“Saya tidak mahu sebarang 'wang darah' masuk ke akaun saya.” Pemain bola sepak Norway berusia 28 tahun, Ole Saeter menolak tawaran daripada kelab bola sepak Israel. Sumber: Quds News Network

IMG_6860.MP4

6 202
6
Semalam telah berlangsung sesi sidang media bagi program “Global Youth and Peace Conference for Palestine 2024”. Program ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 Sept 2024 dengan tujuan menghimpunkan para belia untuk membincangkan strategi ke arah keamanan, solidariti dan keadilan sosial dengan fokus kepada perjuangan Palestin. Rincian program Global Youth and Peace Conference for Palestine 2024: 🔘 26 & 27 September Sesi Tertutup (untuk delegasi sahaja) 🔘 28 September Sesi Terbuka (untuk orang ramai) 🕚 Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang 📍 Lokasi: MAHSA Ballroom, Bandar Saujana Putra GYPC202 akan menampilkan penceramah berikut: 📌 Nurul Izzah Anwar - Penaung GYPC2024 📌 Nadir Al-Nuri – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia 📌 Khaled Beydoun – Sarjana terkemuka dalam bidang undang-undang & islamofobia 📌 Sinan Ismail – Pengasas Durioo+ 📌 Fethi Nourine – Atlet judo Olimpik Algeria 📌 Yazan Al-Bawab – Atlet renang Olimpik Palestin Lebih daripada 100 delegasi dari seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam persidangan ini. Walaupun dua hari pertama merupakan sesi tertutup khusus untuk delegasi yang terlibat sahaja, hari terakhir akan dibuka kepada orang awam. Peluang ini membolehkan semua orang terlibat dalam perbincangan dan berkongsi visi kolektif demi keamanan.
عرض المزيد ...
6 071
0
🔺 Sekurang-kurangnya 7 rakyat Palestin telah dilaporkan dibunuh dan beberapa lagi cedera akibat serangan udara pesawat rejim Zionis yang menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Sheikh di Bandar Gaza. Sumber: Quds News Network
6 424
2
🔺 Seorang syahid ditemui di bawah runtuhan rumah keluarga Abu Rabie, yang menjadi sasaran pesawat udara rejim Zionis di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza. Sumber: Shehab News

file

7 180
6
Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza! Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti: 📚 Peralatan Sekolah 🏕️ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran 🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah) 👩‍🏫 Gaji Guru Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik. Klik atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
عرض المزيد ...
7 131
2
[ARTIKEL] Trauma mereka trauma yang berpanjangan dan yang paling dalam. Trauma mereka bukan bermula pada 7 Oktober tapi lebih awal daripada itu. Baca artikel di
Trauma Palestin, Pembunuhan Dalam Diam
8 253
2
🔺 Sekurang-kurangnya dua tentera rejim Zionis cedera di Kibbutz Yaara di Galilea. Sumber: Shehab News
8 825
1
🔺 Sumber utama: 4 orang syahid dalam pengeboman rejim Zionis yang menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Azzam di Jabalia al-Balad, utara Semenanjung Gaza. Sumber: Shehab News
8 616
2
Kepala berbalut dan mukanya ada kesan cedera. Terkebil-kebil anak ini cuba memahami mesej yang doktor ini cuba sampaikan. Sesungguhnya, mereka hanyalah anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan sudah hampir setahun cuba bertahan untuk hidup 😢 Video: Samir Bahoom

IMG_1665.MOV

8 663
9
JEMPUTAN KE MEET & GREET BERSAMA CGM 3.0! Tak kenal maka tak cinta, ternyata pepatah ini tak boleh digunakan untuk kalian. Kalian yang tak mengenali mereka tetap juga menyumbang, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri terasa. Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu) Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: Level 1, Library Cinta Gaza Malaysia, Bangi Pautan Lokasi: Penampilan Khas : Tuan Nadir Al-Nuri, Puan Reem Al-Minawi dan Tim CGM dari Gaza Ini lah wajah-wajah saudara kita di bumi Gaza yang kalian telah bantu selamatkan dengan sumbangan yang tak pernah putus walaupun setelah lebih 300 hari sejak genosid di Palestin bermula. Kami ingin mengambil peluang hari ini untuk kalian dapat jumpa face-to-face dengan keluarga Tuan Nadir sendiri dan dengar cerita yang akan mereka kongsikan, kehidupan di Gaza sepanjang genosid yang paling teruk direkodkan dalam sejarah. Daftar di sini! Kerana terhad untuk 40 orang sahaja http://qr.codes/rcOGyW
عرض المزيد ...
7 699
0
🇵🇸Seorang wanita Palestin hilang sabar ketika jentolak tentera Israel mula merobohkan rumahnya di bandar Beit Awwa, selatan Tebing Barat. Sumber: Quds News Network

video_2024-09-19_14-33-27.mp4

7 112
7
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu akhbar Daily Mail bahawa kerajaan Perdana Menteri Britain yang baharu, Sir Keir Starmer tidak memberi mesej yang jelas berkaitan sokongan United Kingdom (UK) terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri. Dia menyifatkan keputusan London untuk menggantung lesen senjata kepada Israel sebagai satu kesilapan. Berita penuh di .
6 779
7
DIALOG SENJA KEMBALI LAGI!    Adakah kalian tahu, bagaimana falsafah pendidikan Zionis berperanan dalam mencapai matlamat politik dan ideologi mereka? Adakah terdapat unsur "penjajahan pemikiran" dalam falsafah pendidikan dunia hingga menguasai sistem pendidikan global? Laman Diskusi kali ini membawakan kepada anda siri Dialog Senja yang bertajuk: Falsafah Pendidikan Yang Melatari Ideologi Zionisme yang akan dikupas oleh Cik Puan Nur Irdina Hakimah NorAzali, Calon Sarjana Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM. Kami dengan sukacitanya menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara live yang akan diadakan pada ketetapan berikut:     Tarikh: 25 September 2024 | Rabu    Masa: 3:30 - 4:30 petang    Medium: LIVE di FB Terkini dan Sensasi Palestin & YT Cinta Gaza Malaysia      
عرض المزيد ...
6 790
4
🛑 TERKINI | Perbandaran Al-Zawaida - Semenanjung Gaza: ▫️ Majlis Perbandaran al-Zawaida mengumumkan bahawa stesen pam kumbahan pusat sudah tidak berfungsi akibat kekurangan alat ganti yang diperlukan untuk penyelenggaraan, yang seterusnya menyebabkan jalan ditutup dan sisa kumbahan melimpah masuk ke dalam khemah-khemah penduduk yang berlindung di kawasan sekitar. ▫️ Kami menyeru seluruh organisasi yang berkenaan untuk memberikan bantuan dan pertolongan bagi menghentikan bencana ini. Sumber: Shehab Agency
عرض المزيد ...
6 563
3
🛑 TERKINI | Pertahanan Awam di Gaza: Bilangan krew Pertahanan Awam yang syahid semasa perang berterusan meningkat kepada 84 orang selepas Musab al-Kurdi dilaporkan syahid dalam serangan pengeboman rejim Zionis ke atas sebuah rumah di kawasan al-Fakhoura, barat kem Jabalia, utara Gaza. Sumber: Shehab Agency
6 485
2
Penduduk di utara Gaza telah hidup dengan makanan dalam tin selama berbulan-bulan akibat sekatan rejim Israel, yang menyebabkan masalah kesihatan bertambah serius, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. PBB melaporkan bahawa kes kekurangan zat makanan yang teruk telah meningkat berganda. Sumber: Quds News Network
6 344
4
🔺KEMAS KINI PERKEMBANGAN SERANGAN TERKINI DI LUBNAN: 1/ Gelombang kedua letupan di Lubnan berlaku pada Rabu semalam, selepas walkie-talkie yang digunakan oleh anggota Hizbullah meletup di seluruh negara. Seperti yang dilaporkan, serangan tersebut telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih daripada 450 orang. 2/ Letupan yang berlaku sehari selepas letupan pager yang membawa maut di seluruh Lubnan, terjadi di Beirut, serta di kubu kuat Hizbullah di bahagian selatan dan timur negara itu. 3/ Beberapa letupan berlaku ketika pengebumian sedang dijalankan ke atas mangsa serangan pager. Jumlah kematian akibat letupan pada Selasa lalu telah meningkat kepada 12, dengan sekurang-kurangnya 2,800 orang lagi cedera. 4/ Mangsa-mangsa serangan telah membanjiri hospital-hospital di seluruh Lubnan. Seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Amerika di Beirut menggambarkan situasi gawat pada ketika itu apabila lebih daripada 150 pesakit tiba di pusat itu dalam masa kurang daripada tiga jam pada Selasa lepas. 5/ Hashim Safieddin, Ketua Majlis Eksekutif Hizbullah berkata, kumpulan itu kini berada dalam fasa konfrontasi baharu berdepan Israel dan ia akan bertindak balas terhadap serangan terkini dengan "hukuman khas". 6/ Menteri Luar Lubnan, Abdullah Bou Habib pula memberi amaran bahawa serangan secara terang-terangan ini terhadap kedaulatan dan keselamatan Lubnan adalah tindakan berbahaya yang berkemungkinan memberi ruang perang yang lebih luas. 7/ Israel belum memberi komen, tetapi Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant memberitahu tentera Israel bahawa "pusat graviti sedang bergerak ke arah utara" ke sempadan Lubnan dan bahawa "kita berada di permulaan fasa baharu dalam perang". Sumber: Al Jazeera
عرض المزيد ...
6 544
8
Resolusi pertama yang diusulkan Palestin dalam mesyuarat pertama bersama Perhimpunan Agung PBB (UNGA) semalam telah menerima 124 undian menyokong, 14 menentang dan 43 berkecual. Secara rasminya, dalam sejarah 42 tahun, akhirnya UNGA meluluskan resolusi yang menggesa pengunduran tentera Israel, pemberhentian semua kerja-kerja penempatan baharu di Tebing Barat dan pemindahan keluar semua penduduk haram Israel dari tanah yang dijajah. UNGA juga menuntut Israel mengembalikan tanah, termasuk harta yang tidak boleh dialih dan semua aset yang dirampas sejak penjajahan bermula pada tahun 1967. Tuntutan tersebut melibatkan juga semua harta budaya dan aset yang diambil dari institusi Palestin. Berita penuh di
عرض المزيد ...

IMG_1661.mov

6 390
8
☘️Seorang pemuda berjaya keluar dari celah runtuhan selepas terselamat daripada serangan Zionis yang menyasarkan bangunan di mana dia berada di utara Semenanjung Gaza. Sumber: Shehab Agency

IMG_3532.MP4

6 617
7
🇵🇸Cabaran yang dihadapi oleh anggota pertahanan awam dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan kediaman yang musnah akibat serangan tentera Zionis. Anggota yang terlibat berhadapan dengan ancaman keselamatan (bahaya) dan ruang yang sempit. Sumber: شبكة قدس الإخبارية

مُعاناة_طواقم_الدفاع_المدني_والخدمات_الطبية_في_نقل_المُصابين_من.mp4

7 037
3
Sebahagian daripada tentera Zionis menyerbu bandar Jayus, utara Qalqilya, Tebing Barat. Sumber: Shehab Agency

IMG_3153.MP4

7 106
2
🔺 Keadaan sekolah yang dibom oleh rejim Zionis 😢 Sumber: Shehab News

file

7 837
7
🔺 8 orang mati syahid, termasuk 5 kanak-kanak dan 2 wanita, dibunuh akibat tentera rejim Zionis mengebom sekolah "Ibn al-Haytham", yang menempatkan orang di kejiranan Shujaiya, timur Kota Gaza. Kejadian ngeri ini berlaku pada jam 12:30 malam waktu Malaysia. Sumber: Shehab News

file

8 168
7
Palestin mempunyai kedudukan strategik, iaitu terletak di bahagian barat benua Asia. Keluasan Palestin kini menjangkau 27,009 kilometer (km) persegi. Kedudukan geografinya, iaitu di bahagian barat menunjukkan Palestin berada di sebelah perairan antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari al-Nakura di sebelah selatan, sehingga Rafah serta memiliki lokasi di pertengahan negara Arab. Jemput tengok video penuh di .

01.mp4

9 258
19
Seorang penduduk Palestin dari wilayah utara Gaza membaiki wang kertas yang rosak sebagai sumber pendapatan keluarganya.
7 694
5
🔺 Kesan daripada serangan udara rejim Zionis malam tadi ke atas rumah keluarga Hajjaj di kejiranan Al-Zaytoun Bandar Gaza. Sumber: Quds News Network

video5427367713154556137.mp4

7 483
3
“Saya sudah penat. Saya sudah bertahan hampir setahun.” Iman Abu Sabha, seorang penduduk Gaza yang menderita penyakit tulang rapuh, kekurangan kalsium dan scoliosis. Terpaksa mendiami rumah yang sudah hancur dibom dengan keadaan kesihatannya yang semakin merosot kerana kekurangan rawatan perubatan. Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka di Gaza 😢🤲🏻

IMG_1654.MOV

7 128
9
🛑 | Kementerian Kesihatan Palestin: - Kami melaporkan kesyahidan Dr. Ziyad Muhammad Al-Dalou di dalam penjara penjajah. Beliau diculik semasa menjalankan tugas kemanusiaan di Kompleks Perubatan Al-Shifa pada 18 Mac 2024. - Kami mengecam jenayah kejam ini terhadap pasukan perubatan Palestin, dan menganggap serangan terhadap petugas kesihatan semasa menjalankan tugas kemanusiaan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta semua perjanjian antarabangsa. - Kami menyeru semua institusi antarabangsa dan hak asasi manusia untuk campur tangan segera dalam mendedahkan nasib puluhan petugas kesihatan Palestin yang diculik dari hospital ketika menjalankan tugas perubatan dan kemanusiaan. - Serangan berterusan terhadap pekerja sektor kesihatan merupakan serangan terancang terhadap rakyat Palestin dan institusinya. Kementerian menegaskan bahawa penjajah perlu dipertanggungjawabkan di hadapan masyarakat antarabangsa atas jenayah mereka terhadap pasukan perubatan dan orang awam.
عرض المزيد ...
7 603
6
Adakah ini bermakna Palestin bakal ‘menumbangkan’ Israel kelak? Sebenarnya, sejak Mei 2024, UNGA telah memberi sokongan penuh terhadap permohonan Palestin sebagai ahli tetap di PBB pada Mei dengan 143 undian, malah meminta Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk segera mempertimbangkan keahlian Palestin. Inilah kemenangan pertama untuk Palestin Artikel penuh di .
Berhak sertai mesyuarat PBB, ada sinar kemenangan untuk Palestin?
Palestin kini juga berhak untuk mengemukakan pindaan serta cadangan ke peringkat PBB demi keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya.
8 072
3
PALESTIN KEMUKAKAN RESOLUSI PERTAMA DALAM MESYUARAT UNGA Palestin telah mengemukakan resolusi pertama kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa demi menuntut pengunduran dan penamatan penjajahan Israel di wilayah terjajah Palestin dalam tempoh 12 bulan. Tindakan yang bersifat tuntutan hak yang sepatutnya itu dibuat selepas untuk menyertai mesyuarat UNGA pada Ahad. Difahamkan resolusi itu juga selari dengan kenyataan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tindakan Israel di Gaza pada Mei lalu. Berita penuh di
عرض المزيد ...

IMG_1648.MOV

7 465
7
Disember 1987 menyaksikan gerakan kebangkitan rakyat Palestin yang lebih signifikan dengan penglibatan semua peringkat lapisan masyarakat di sana. Menariknya tentang intifadah, ia bermula dengan kesungguhan dan semangat golongan belia Palestin yang mahu menuntut keadilan serta memiliki kefahaman yang tinggi di dalam agama Islam. Ikuti perkongsian terkini yang menyentuh tentang posisi golongan belia di dalam peristiwa Intifadah Pertama! Tonton video di . Baca artikel di .
عرض المزيد ...
SIAPAKAH PENCETUS GERAKAN INTIFADAH 1987?
#weareCGM #heroes4hope Disember 1987 menyaksikan gerakan kebangkitan rakyat Palestin yang lebih signifikan dengan penglibatan semua peringkat lapisan masyarakat di sana. Menariknya tentang intifadah, ia bermula dengan kesungguhan dan semangat golongan belia Palestin yang mahu menuntut keadilan serta memiliki kefahaman yang tinggi di dalam agama Islam. Ikuti perkongsian terkini yang menyentuh tentangposisi golongan belia di dalam peristiwa Intifadah Pertama! Baca artikel di pautan: https://www.cgm.com.my/blog/di-sebalik-intifadah-pertama-menyingkapi-posisi-golongan-belia
7 544
3
Seorang pemuda Palestin berusaha memulih dan membersihkan kediamannya yang telah musnah akibat serangan Israel yang berterusan. Sumber: Quds News Netowrk

IMG_4638.MP4

7 940
8
🔺 Menurut angka terkini daripada Menteri Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 11 orang dibunuh oleh letupan peranti komunikasi, dengan 4,000 yang lain cedera, termasuk 400 mengalami kecederaan yang serius. Sumber: Quds News Network
8 190
7
آخر تحديث بتاريخ: ١١.٠٧.٢٣
سياسة الخصوصية Telemetrio