" Yang terpaling boikot ni pun pakai Iphone, lagi nak sembang terpaling manusiawi."
Min faham je ada sesetangah pihak yang akan memberikan komen macam diatas. Kena faham, tak semua benda kita kena boikot. Tipu lah kalau min cakap min tak pakai barang-barang yang ada kaitan dengan Zionist macam contoh Teknologi dorang (Gambar Diatas). Tapi benda tu memang tak dapat nak elak, sebab mereka dah lama monopoli Teknologi ni. Cari lah mana-mana barang Teknologi yang tiada kaitan dengan Zion, payah korang akan jumpa. Nak tak nak, kita terpaksa guna sebab kita tiada options lain untuk bab-bab Teknologi ni.
Tapi lain cerita untuk barangan lain yang tiada kaitan dengan Teknologi seperti Makanan. Kita ada banyak pilihan makanan, tak semestinya kita kena makan McDonalds hari-hari kan. Kalau barangan kosmetik pula, berapa banyak barangan kosmetik yang dihasilkan oleh orang tempatan & syarikat luar yang tak deal dengan Zion. Kena bijak dalam memboikot, bukan ikut hawa nafsu semata-mata.
Mana yang kita tak dapat elak untuk boikot, kita gunakan sehabis baik untuk fight dorang. Macam contoh Instagram, terang2 ceo Meta tu pro Zion. Tapi kita boleh guna teknologi dorang untuk spread news berkaitan situasi yang berlaku di Gaza/Rafah. Kita boleh bagi influence kat orang ramai melalui teknologi dorang seperti Instagram. Nak dengan tak nak je.
Pesanan terakhir min untuk korang tengah boikot sekarang, kalau korang nampak orang lain yang tak boikot tolong jangan sesekali judge dan hina dorang. Nak tegur biarkan beradab, kalau dorang tetap juga tak nak boikot kita tak boleh nak halang sebab itu hak dorang masing-masing. Boikot jangan ikut hawa nafsu semata-mata, kena bijak bak kata pepatah seperti memalu ular dalam benih. Setiap masalah yang ada, pasti akan ada cara lain untuk selesaikan. Sekian
Mostrar más ...