El servicio también está disponible en tu idioma. Para cambiar el idioma, pulseEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Categoría
Ubicación del canal e idioma

all posts INFO SEMASA OFFICIAL

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari. 
649 511+304
~35 275
~132
11.39%
Calificación general de Telegram
Globalmente
2 347lugar
de 78 777
34lugar
de 806
En categoría
214lugar
de 3 169
Archivo de publicaciones
Maut dirempuh Mercedes Benz selepas solat jemaah di masjid HULU TERENGGANU – Seorang peniaga yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh berjemaah di masjid maut setelah motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Bukit Diman di sini hari ini. Dalam kemalangan pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Wan Alias Wan Hitam, 68, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari arah Felda Jerangau di sini yang dipandu seorang pemuda berusia 22 tahun dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh motosikal Yamaha 135LC dinaiki lelaki warga emas tersebut. “Siasatan awal mendapati kereta itu terbabas kerana mengelak sebuah motosikal lain yang dikatakan tiba-tiba membelok ke laluan kanan dari persimpangan Bukit Diman. “Kereta itu kemudiannya merempuh motosikal dinaiki Wan Alias menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Zainul Mujahidin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE Oleh NOOR HAYATI MAMAT 22 September 2024, 8:06 pm Kredit ➡️ Kosmo
Mostrar más ...
12 456
1
Lelaki baju merah lintas jalan, lompat arah kereta bergerak KAJANG – Seorang tukang cuci diberkas polis ekoran perbuatan berbahayanya melintas jalan dan melompat ke arah kenderaan bergerak sekitar bandar Sungai Long, di sini, 17 September lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dua kenderaan terbabit dalam kemalangan berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan. Katanya, rakaman papan pemuka (dashcam) berdurasi 14 saat dikesan tular di Facebook yang memaparkan tindakan lelaki itu melintas jalan lalu melompat ke arah kenderaan. “Perbuatan lelaki itu menyebabkan berlaku kemalangan terhadap pengguna jalan raya lain kira-kira pukul 11.53 pagi. “Suspek yang berbaju merah dan berseluar hitam dipercayai bukan warga tempatan telah meninggalkan tempat kejadian manakala tiada sebarang butiran atau pengenalan diri diperoleh darinya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 32 tahun di kawasan bandar Sungai Long, di sini, pada pukul 6 petang tadi. “Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. “Motif suspek masih dalam siasatan manakala ujian saringan air kencing juga masih dalam proses,” jelasnya. Sehubungan itu, beliau menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian supaya tampil ke balai berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamed Faeez Norzah di 013-2663407. – KOSMO! ONLINE Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI 22 September 2024, 9:14 pm Artikel ➡️ Kosmo
Mostrar más ...

file

9 423
0
Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam WASHINGTON – Pegawai-pegawai hidupan liar kebingungan apabila melhat imej makhluk misteri yang berjalan berhampiran komuniti luar bandar di Texas pada waktu malam, lapor portal berita MailOnline. Video hitam-putih itu dirakam menggunakan kamera di luar Dublin, timur laut Dallas. Ia menunjukkan sejenis makhluk ganjil berjalan menggunakan empat kaki berlainan saiz dan mempunyai bonggol di belakang badannya. Seorang penduduk.setempat, Michael ‘Dumas’ Demel, 49, menunjukkan gambar makhluk itu kepada rakan, anggota keluarga dan jirannya. Michael berkata, makhluk ganjil itu mungkin chupacabra iaitu kambing penghisap darah. Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas memberitahu Michael bahawa disebabkan kualiti imejnya, adalah sukar untuk mengenal pasti jenis haiwan itu. “Saya menunjukkan gambar ini kepada jiran, keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya. Menurutnya, dia diberitahu bahawa ia mungkin jelmaan hantu haiwan, monyet, chupacabra atau makhluk asing. Makhluk menakutkan itu kelihatan mempunyai muncung panjang, bahagian atas kepala kecil dan ketulan di belakangnya yang menyebabkan beberapa rakan lain mendakwa ia adalah jelmaan hantu. Masyarakat Navajo di Amerika Syarikat percaya dukun atau pengamal yang mengamalkan ilmu hitam boleh bertukar makhluk ghaib atau jelmaan hantu dikenali sebagai skinwalker. – AGENSI Oleh KOSMO! 22 September 2024, 9:39 pm Artikel ➡️ Kosmo
Mostrar más ...
9 614
12
Pendaki meninggal dunia di atas Gunung Yong Belar Gua Musang: Seorang pendaki meninggal dunia di atas Gunung Yong Belar di sini semalam, selepas dikatakan mengalami keletihan dan muntah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh, pihaknya difahamkan kumpulan pendaki seramai tujuh orang bersama seorang malim gunung itu mula mendaki sejak 16 September lalu. Katanya, selepas empat hari mendaki malim gunung membawa seorang peserta keluar dan keesokannya dua lagi pendaki keluar. "Makluman daripada pendaki yang keluar pada hari kelima, mangsa yang juga lelaki berusia 37 tahun sudah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan dan muntah. "Malim gunung masuk kembali bersama seorang lagi pendaki untuk mencari tiga lagi rakannya termasuk mangsa. "Selepas dua jam setengah perjalanan, mereka bertemu mangsa dalam keadaan separuh sedar dan rakannya dalam keadaan kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Nor Azizi berkata, malim gunung mengendong mangsa menggunakan 'sleeping bag' untuk turun namun hanya mampu setengah jam sahaja sebelum mereka berhenti rehat. Katanya, malim gunung berkenaan kemudian meninggalkan mangsa bersama rakan apabila dimaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiba kira-kira jam 5 petang. "Dalam usaha masuk ke lokasi mangsa berada, pasukan SAR bersama malim gunung berkenaan tersasar sebanyak dua kali dari trek menyebabkan mereka gagal sampai dan terpaksa berpatah balik. "Dalam masa yang sama malim gunung dihubungi melalui radio peserta yang berada bersama mangsa memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia. "Pasukan SAR yang masuk semula mencari mangsa dan rakannya dan berjaya sampai di lokasi kira-kira jam 10 malam," katanya. Beliau berkata mangsa bersama pendaki lain berjaya dibawa keluar pada jam 2 pagi dan diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Gua Musang. Disiarkan pada: September 22, 2024 @ 4:53pm Paya Linda Yahya Kredit ➡️ Harian Metro
Mostrar más ...
10 125
0
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾 Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇 👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps ✅ FULL warranty 💯 ✅ Netflix Official (Original) ✅ Plan Premium 4k UltraHD ✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥 ✅ Fast Service 💨 ✅ Account Very Stable And No Issue ✅Not a Hack acct ✅No screen limit issue 📺 ✅private profile, have pin📌 ‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️ Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’ Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah 👇👇👇 Join telegram group 👇🏻 Join telegram update movie 15k follower👇🏻
Mostrar más ...
12 167
0
💡siyes jimat cuci sendiri kat rumah selamanya dah hehe

IMG_0058.MP4

12 877
0
NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!! Untung kan bila ada emas? Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000. Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000! Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal. Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas.. RM100 pun da boleh beli emas. Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni : 📌 Simpanan emas patuh syariah. 📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak. 📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa. 📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan. Mudah kan? Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas! Nak mulakan simpanan emas? Boleh whatsapp Puan Ciwa Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia Ataupun follow telegram dia
Mostrar más ...
12 268
0
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥 SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽 1 month - rm 10 2 month - rm 18 3 month - rm 25 5 month - rm 50 ✅ full warranty ✅ UltraHD 4K ✅ login 1 device only ✅ support all device feedback feedback purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
LADYBOSS ABBY
Business Account
13 244
0
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁 Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL! Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅ 100% selamat dan mudah! 💯 Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗 Password? Tak perlu! 🔒 Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀 👉 Klik link ni:

file

14 626
0
15 402
0
Tak lalu makan, muntah sebelum maut ketika daki Gunung Yong Belar Oleh AIMUNI TUAN LAH 22 September 2024, 6:19 pm GUA MUSANG – Seorang lelaki mengalami simptom tidak lalu makan dan muntah-muntah sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Yong Belar yang terletak di sempadan Perak-Kelantan di sini hari ini. Mangsa yang berusia 36 tahun dibawa turun oleh anggota bomba kira-kira pukul 2 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Gua Musang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa dipercayai menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan dan muntah ketika berada di kawasan pergunungan itu. Katanya, difahamkan sekumpulan tujuh orang pendaki bersama seorang malim itu mula mendaki gunung tersebut pada 16 September lalu. “Selepas empat hari mendaki, malim membawa seorang peserta keluar sebelum seorang lagi sehari kemudian. Berdasarkan maklumat daripada pendaki yang sudah keluar, mangsa sudah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu makan dan muntah. “Malim yang berada di luar bertindak masuk kembali bersama seorang lagi pendaki untuk mencari tiga lagi rakannya termasuk mangsa. Selepas dua jam setengah perjalanan, mereka bertemu mangsa dalam keadaan separuh sedar, manakala rakannya dalam keadaan kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Nor Azizi memberitahu, malim cuba membawa mangsa dengan menggunakan beg tidur untuk keluar selama setengah jam. Menurutnya, selepas itu, malim keluar seorang diri dan meninggalkan mangsa bersama rakan apabila dimaklumkan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Balai Bomba Gua Musang sampai kira-kira pukul 5 petang semalam. “Dalam usaha masuk ke lokasi mangsa, pasukan SAR bersama malim tersasar sebanyak dua kali dari trek menyebabkan mereka gagal sampai dan terpaksa berpatah balik. Ketika malim dapat dihubungi melalui radio, peserta yang berada bersama mangsa memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia,” ujarnya. Tambahnya, mangsa bersama peserta pendaki berjaya dibawa keluar pada pukul 2 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Gua Musang. – KOSMO! ONLINE
Mostrar más ...
15 499
0
Setengah juta pendatang haram Israel bergegas ke tempat perlindungan selepas peluru berpandu Lubnan mengenai kawasan kediaman mereka. Sumber: Quds News Network
14 583
0
Tempat letak kereta di Hospital Rambam Israel di Haifa telah ditukar menjadi jabatan kecemasan di tengah-tengah peningkatan pencerobohan Israel di Lubnan baru-baru ini. Sumber: Quds News Network
14 190
0
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba membaiki khemah mereka selepas dibanjiri oleh air hujan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sumber: Shehab Agency

file

14 000
0
Gambar jelas dan video pum padu 🔥🔥 Harga tengah murah sekarang ✅✅✅ Boleh klik link di bawah, harga memang dekah habis 👇🏻

file

14 404
0
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
16 204
0
🔥SEPASANG RM50.00🔥 ✅Siap Kotak ✅Siap Freegift ✅Copy Gred 5A ✅Boleh Bayar Time Cod Join Group Telegram Saya👇 NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇
17 979
0
Ni beli untuk bapak ke anak sesuai? 😅 Tengokla harga dia sini

IMG_0049.MP4

17 856
0

file

18 205
11
Amuk berparang selepas ditegur buang sampah Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED 22 September 2024, 4:03 pm KUALA LANGAT – Berang ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya menyebabkan seorang lelaki mengamuk  bersenjatakan parang di Telok Panglima Garang di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam. “Setibanya di lokasi kejadian, anggota polis memberkas seorang lelaki tempatan yang didapati memegang sebilah parang. “Turut ditahan, seorang lagi lelaki dan dua wanita tempatan. Kedua-dua pasangan kekasih itu berusia 22 hingga 24 tahun,” katanya hari ini. Tambah beliau, kesemua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya di Tempat Awam. “Justeru, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” ujarnya. Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 52 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang. Berdasarkan perkongsian netizen, beberapa rakaman video turut menunjukkan tindakan pantas polis yang berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.  – KOSMO! ONLINE
Mostrar más ...
18 293
0

file

16 951
3
LELAKI TERTIMBUS DALAM TANAH DITEMUI MAUT 21.9.2024: Pada jam 4.11 petang, JBPM Negeri Kelantan menerima panggilan melalui pihak PDRM untuk bantuan mengambil mayat tertimbus dalam tanah yang berlaku di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor, Tanah Merah, Kelantan. Pasukan Bomba daripada BBP Kemahang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama Komander Operasi, PBK II Rohapzal bin Mohd Hussain. Beliau melaporkan, terdapat seorang lelaki berusia 56 tahun telah tertimbus dalam tanah semasa melakukan kerja-kerja mencari emas. Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM setelah di bawa keluar daripada timbusan tanah tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Mostrar más ...
20 037
2
20 813
1
Sudah sebulan Noor Azmi tak pulang Oleh ASLIZA MUSA 21 September 2024, 8:55 am IPOH – Keluarga lelaki yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu ketika keluar mencari kerja merayu agar Noor Azmi Abu Talib, 39, pulang semula ke pangkuan keluarga. Menurut abangnya, Noor Syaifuan, 44, dia dan keluarga bimbang dengan keselamatan lelaki itu yang langsung tiada khabar berita setelah kali terakhir ditemui pada 19 Ogos lalu. Katanya, ketika keluar dari rumah, Noor Azmi menunggang motosikal Modenas Kriss berwarna merah milik jiran dengan nombor pendaftatan AJD 926. “Bagaimanapun, selepas beberapa hari dia tidak balik ke rumah keluarga kami di Meru. Puas kami cuba menghubunginya namun tiada jawapan, malah nombor telefon kami pula sekarang ini disekat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurut Noor Syaifuan, adiknya yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar makanan itu tidak pernah menceritakan masalah yang dihadapi kepadanya atau ahli keluarga lain. “Jika dia ada masalah sekali pun, baliklah ke rumah dan kita selesaikan bersama. Dia masih ada keluarga dan waris yang akan membantunya. “Kasihanlah pada emak, kesihatannya kini merosot kerana bimbang. Emak pun kini banyak termenung dan tidak ceria, kadang-kadang dia menangis mungkin teringatkan adik,” katanya. Tambahnya, laporan polis mengenai kehilangan Noor Azmi telah dibuat pada 22 Ogos lalu di Balai Polis Tanjung Rambutan. “Saya berharap jika ada orang awam yang menjumpainya, boleh lapor ke balai polis berhampiran atau hubungi talian 018-9554075 dan 011-26407908,” katanya.
Mostrar más ...
21 367
1
19 255
1
*‼️ ORANG HILANG ‼️* (Kuala Ketil, Kedah) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat FB Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang Kanak Kanak perempuan Nama : Nurul Jannah Binti Abdullah Umur : 12 tahun Beliau telah hilang sejak 20 Sept 2024 dan tidak dapat dihubungi. Report polis telah dibuat namun masih belum ada khabar berita yang positif. Gambar yang tertera adalah wajah terkini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi Pak long (bapa) : 013-4935640 Atau pun bolehlah hubungi mana² balai polis yang berhampiran.
Mostrar más ...
18 992
1
*SAYA PERLUKAN BANTUAN!* Anak saya Harris Imran naik dari Terminal bas Seksyen 17, Shah Alam, Selangor balik Kelantan semalam, telah turun di R&R Rantau Manis, Gua Musang sekitar 4:30 pagi Ahad tadi (22/9/2024) Dia tidak sampai di Kota Bharu. Dia tidak dapat dihubungi sekarang. Hubungi ayah Imran 0172456200 Ya Allah selamat dan lindungi anakku Ya Allah. Tolong share...tolong ...
18 302
1
Detik-detik serangan peluru berpandu tiba dan penduduk haram Israel cuba untuk melarikan diri. Sumber: Shehab News

file

17 118
0
Seorang kanak-kanak Palestin melecur teruk di seluruh badannya, berikutan pembunuhan beramai-ramai yang meragut nyawa 22 warga Palestin yang berlindung di Sekolah Al-Zaytoun di Bandar Gaza. Sumber: Quds News Network

file

17 074
0
Kejadian ngeri pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pesawat udara tentera rejim Zionis selepas mengebom sebuah sekolah di kejiranan Al Zaytoun di bandar Gaza. Sumber: Eye On Palestine

file

16 934
10
Klip video ini diperoleh Al Jazeera daripada dron milik tentera rejim Zionis yang ditangkap oleh pasukan Mujahidin Palestin. Tentera rejim Zionis telah menjatuhkan bom ke atas seorang pemuda Palestin yang cedera ketika dia cuba meminta bantuan. Allahuakbar 😢 Sumber: Shehab News

file

17 103
1
Sebuah roket telah jatuh berhampiran sebuah bangunan di penempatan haram Israel Kiryat Bialik, selatan Acre di utara Palestin yang dijajah. Sumber: Quds News Network

file

16 987
0
Israel secara sistematik menyasarkan kemudahan awam, termasuk sekolah, dalam serangan berterusan ke atas Gaza. Tentera Israel mengebom sekitar 21 sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sejak bulan lalu, membunuh 267 rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain. Sumber: Anadolu Agency
17 446
0
Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 119 lagi rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam yang lalu Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel sejak 7 Oktober melebihi 41,391, dengan lebih 95,760 yang lain cedera. Sumber: Anadolu Agency
17 180
0
Sakitnyaaa!nasibla bukan warga netizens kita,negara lain punya perangai

IMG_0648.MP4

20 974
0
🎁🎁kaler pink sesuai jadi hadiah utk kawan bday bulan ni
18 865
0
KENA SIDAI DGN SAPA HARI INI!! Setengah jam hon takde siapa yang keluar Ingatkan owner ada tempat jauh. Sekali depan kedai ni je jah!!.  Pekak ke apa orang hon lama2, tak kan tak dengar. Keluar-keluar buat muka kerek dan tidak cakap maaf pun, sibat betoi perempuan ni!! Setengah jam kot aku kena sidai, dah boleh sampai rumah ikutkan. Dari FB: Iqbal Ahmad

file

20 712
1
19 772
0
5 TERCEDERA, BAS EKSPRES TERBABAS DI KM 91.4 LEBUHRAYA PLUS 22.9.2024: Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan menghala keselatan telah terbabas ke dalam longkang di bahu jalan dekat Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Johor awal pagi ini. JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada jam 3:56 pagi sebelum pasukan Bomba daripada BBP Yong Peng dan bantuan BBP Ayer Hitam dengan jumlah keanggotaan seramai 14 orang  digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 jentera FRT dan 1 kenderaan Unit EMRS. Menurut Komander Operasi, PBMuhammad Farhan Ahmad,  kemalangan itu menyebabkan 11 orangpenumpang telah terperangkap di dalam bas tersebut. Anggota Bomba mendapati pintu bas berkenaan rosak dan penumpang tidak dapatkeluar daripada kenderaan. Anggota Bomba bertindak segera dengan menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian kenderaan itu untuk mengeluarkan kesemua mangsa melalui cermin hadapan. Semasa operasi penyelamatan dijalankan, 5 mangsa mengalami kecederaan termasuk seorang pemandu bas. Pemandu bas bersama seorang penumpang telah diberikan rawatan segera oleh petugas perubatanKKM di lokasi kejadian. Manakala 3 lagi mangsa yang mengalamikecederaan telah dihantar ke hospital oleh pihak bomba dengan menaiki kenderaan Unit EMRS.
Mostrar más ...
20 424
0
😂hati keras kental makcik ni,ketua kampung la kot kan

IMG_0646.MP4

20 283
12
Salah satu jentera gumball3k telah terkecundang di singapor

IMG_0045.MP4

22 159
1
"Serius puas hati, perah lemon tak guna banyak tenaga langsung! 💪 Air jus pun keluar habis, tak membazir. Sesuai sangat untuk yang suka buat jus segar setiap hari. 🌿"

IMG_0044.MP4

20 781
11
Tersedak broker ni.. 🔥Malam ni setup m1 banyak dan semua fast action dalam Geng Sniper.. 🎆Korang wajib belajar sentuhan sniper.. Entry 1 sen je bos kita bukan anak datok.. Tak rugi join geng sniper TFM sebab hari hari kita fly 🎆 Register sekarang ☺️ ❌RM1000 ✅RM0 📱 admin sniper
22 785
1
SABAH 22/09/2024. Kemalangan melibatkan kereta terbabas di Jalan POIC, Lahad Datu pagi tadi. Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian. Sumber ➡️ media sosial
24 728
0
KEDAH 22/09/2024 Kemalangan melibatkan motosikal dan pikap di simpang 3 Bukit Madec, Baling sekitar jam 12.50 tengah malam tadi. Sumber ➡️ INFO KEMALANGAN DI BALING
25 264
0
Van Masuk Simpang Dirempuh Penunggang Motor Johor - Penunggang motor maut dalam nahas jalanraya melibatkan sebuah van dan sebuah motorsikal di Km66.4 Jalan Pontian - Batu pahat dekat kampung api api 9.15 malam semalam. Kemalangan melibatkan Sebuah motorsikal Yamaha Y15 dinaiki dua remaja dan sebuah Van Renault Kangoo dipandu lelaki tempatan berusia 63 tahun. Mangsa maut, Muhammad Faruq Muhammad Zaki,17 tahun, dan rakanya yang berusia 18 tahun telah mengalami kecederaan parah. Akibat kemalangan itu kedua dua mangsa tercampak masuk kedalam van.  Mangsa disahkan maut ditempat kejadian. Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke hospital pontian untuk menerima rawatan lanjut manakala pemandu van selamat tanpa kecederaan. Sumber: IPD Pontian
Mostrar más ...
1
0
25 674
0
Sibat betul, wiper pun nak rembat!! Nah kasi terkenal sikit!!

file

37 299
23
‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera “SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA" SALAM MALAYSIA MADANI SALAM NEGERI SEMBILAN BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA KEBAKARAN API KERETA TARIKH : 21 SEPT 2024 MASA : 17:55 PETANG TEMPAT : KM 222.8 ARAH UTARA PLUS NEGERI SEMBILAN CATATAN : KEBAKARAN MELIBATKAN SEBUAH KERETA TOYOTA CAMRY PEMANDU SEORANG LELAKI BERBANGSA INDIA BERUMUR 43 TAHUN DAN TIADA SEBARANG KECEDERAAN. BANTUAN : BBP REMBAU DAN BBP ALOR GAJAH KEHADIRAN PEGAWAI : TIADA PASUKAN TERLIBAT : PBKII 13096 SHAHRUL ANUAR BIN SALMIN DAN PASUKAN CHARLIE. Kredit ➡️ BBP KOTA NEGERI SEMBILAN
Mostrar más ...
33 121
0
Van Masuk Simpang Dirempuh Penunggang Motor Johor - Penunggang motor maut dalam nahas jalanraya melibatkan sebuah van dan sebuah motorsikal di Km66.4 Jalan Pontian - Batu pahat dekat kampung api api 9.15 malam semalam. Kemalangan melibatkan Sebuah motorsikal Yamaha Y15 dinaiki dua remaja dan sebuah Van Renault Kangoo dipandu lelaki tempatan berusia 63 tahun. Mangsa maut, Muhammad Faruq Muhammad Zaki,17 tahun, dan rakanya yang berusia 18 tahun telah mengalami kecederaan parah. Akibat kemalangan itu kedua dua mangsa tercampak masuk kedalam van. Mangsa disahkan maut ditempat kejadian. Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke hospital pontian untuk menerima rawatan lanjut manakala pemandu van selamat tanpa kecederaan. 21 sept 2024 Ikbm Sumber. Ipd pontian
Mostrar más ...
30 203
1
💝💝mudah x perly dah pakai wayar berterabur, rege bawah rm70

IMG_0038.MP4

27 691
0
Bapa hilang lebih 2 minggu, kereta ditemui hangus terbakar ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali. Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar. "Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan. "Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu. Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat. "Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang," katanya. Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778). "Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling. "Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja," katanya. Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya. "Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai," katanya. "Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin)," katanya. Terdahulu, berita kehilangan Sabari itu dikongsikan sendiri oleh anaknya menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram. Dalam perkembangan terbaharu, turut memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan 'total lost' dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah. "Kereta ayah dah ditemui. Kereta dibakar. Area Pulau Belatik. Tapi ayah tak ada dalam kereta," katanya. ROSHILA MURNI ROSLI 21 September 2024 07:11pm Artikel ➡️ Sinar Harian
Mostrar más ...
29 183
13
Última actualización: 11.07.23
Política de privacidad Telemetrio