Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Ubicación del canal e idioma

all posts Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi. 
45 749+70
~10 799
~82
24.65%
Calificación general de Telegram
Globalmente
22 671lugar
de 78 777
0lugar
de 0
En categoría
553lugar
de 2 333
Archivo de publicaciones
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : Sebarang persoalan boleh hubungi NaN - Ibn Ramzi
Mostrar más ...
2 616
4
2 204
2
Adab Bertamu ke Rumah Orang ===== 1. Dalam hadis, terdapat beberapa panduan untuk kita yang menziarah rumah saudara-mara ketika berhari raya ini. Antaranya ialah: a. Meminta izin sebelum masuk ke rumah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa andai sekiranya seseorang itu telah meminta izin, namun tidak dijawab oleh Tuan Rumah, maka hendaklah dia pulang. Sabda Rasulullah: إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ Barangsiapa yang meminta izin sebanyak tiga kali, kemudian tidak dibenarkan, maka hendaklah dia pulang. (HR al-Bukhari) b. Memilih Waktu Yang Sesuai. Ketika ingin menziarahi seseorang, kita hendaklah memilih waktu yang sesuai agar tidak menyusahkan Tuan Rumah. Kata al-Imam al-Nawawi: وينبغي أن تكون زيارته لهم على وجه لا يكرهونه، وفي وقت يرتضونه dan hendaklah ziarah tersebut dengan tujuan yang baik yang bukan mereka tidak suka, pada waktu yang mereka reda dengannya.. (al-Nawawi, Kitab al-Azkar) c. Tidak Mengintai dan Menjaga Pandangan. Rasulullah mendidik para sahabat agar menjaga pandangan ketika melakukan ziarah. Baginda akan berdiri di sisi sudut pintu bagi menjaga pandangan agar tidak ternampak sesuautu yang tidak disukai oleh Tuan Rumah. Saidina Abdullah bin Busr menceritakan: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا أَتَى بَابَ قَوْمٍ لَمْ يَسْتَقْبِلِ الْبَابَ مِنْ تِلْقَاءِ وَجْهِهِ، وَلَكِنْ مِنْ رُكْنِهِ الْأَيْمَنِ، أَوِ الْأَيْسَرِ، Sesungguhnya Rasulullah itu, apabila Baginda datang kepada pintu rumah seseorang, maka Baginda tidak berdiri menghadap pintu (secara terus), tetapi Baginda berdiri di bahagian sudut kanan atau kiri pintu. d. Tidak Merosakkan Barang Tuan Rumah. Perkara ini ditekankan oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid yang menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan anak-anak mereka tidak merosakkan barangan Tuan Rumah. Kata beliau: ولا تترك أولادها يعبثون في بيت صاحبتها، ويخربون في الزيارة. Dan janganlah dibiarkan anak-anak membuat rosak (sepah, sia-sia) di rumah pemiliknya yang mana mereka akan meruntuhkan (tujuan) ziarah itu. Semoga Allah membimbing kita Dr Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
2 925
11
2 770
12
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : Sebarang persoalan boleh hubungi NaN - Ibn Ramzi
Mostrar más ...
4 170
5
3 693
2
Lagi buat Maksiat, Lagi Kaya ======= 1. Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana sebahagian manusia diuji dengan kemewahan. Apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan kepada mereka, Allah memberikan kepada mereka kemewahan yang lebih sehingga mereka lalai. Lalu dikenakan azab kepada mereka, firman Allah: فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” 2. al-Imam Ibn Kathir menjelaskan fenomena ini sebagai istidraj iaitu kemewahan yang dilimpahkan kepada mereka sekalipun mereka berpaling dari perintah Allah. Kata Ibn Kathir: فتحنا عليهم أبواب الرزق من كل ما يختارون ، وهذا استدراج منه تعالى “Iaitu kami limpahkan kemewahan kepada mereka dengan pelbagai pintu rezeki yang mereka pilih, dan ini ialah istidraj dari Allah.” 3. Dengan sebab itu Rasulullah pernah mengingatkan: إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب ، فإنما هو استدراج “Sekiranya engkau melihat sekiranya Allah memberikan seorang hambanya itu segala nikmat dari dunia dengan maksiat yang dia lakukan, maka sesungguhnya itu adalah istidraj. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
6 963
29
4 977
24
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 Lebih enam bulan berlangsungnya Perang Taufan Al-Aqsa sejak 7 Oktober. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis? Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa Palestin. Tarikh: 30 April 2024 | Selasa Masa: 9.15 malam - 10.30 malam Medium: Google Meet Pembentang: 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗻𝗮𝘀 𝗕𝗮𝗱 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗳 - Penyelidik Dunia Palestin Network - Sarjana Al-Quran dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Albayt Jordan 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔! - E-sijil diberikan. - Sesi soal jawab di penghujung. - 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (terjemahan Bahasa Melayu). Daftar segera. Tempat terhad 100 orang sahaja. 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: Anjuran: Unit Kajian Strategik Dunia Palestin Network 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
Mostrar más ...
5 255
5
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : Sebarang persoalan boleh hubungi NaN - Ibn Ramzi
Mostrar más ...
6 464
7
6 019
4
Menyesal Tidak Melakukan Kebaikan ======== 1. Dalam al-Quran, Allah memberikan bayangan kepada kita tentang golongan kafir yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka merayu kepada Allah agar diberikan peluang kedua untuk melakukan kebaikan. 2. Ayat ini memberikan kepada kita satu peringatan agar tidak bertanggguh dalam melakukan kebaikan. Kita bimbang andai sekiranya kita terlepas satu amal soleh yang sepatutnya boleh kita lakukan, namun disebabkan sifat bertangguh, kita terlepas dari melakukannya. 3. Ayat ini juga mengingatkan kita agar memanfaatkan usia yang dikurniakan kepada kita. Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah: يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ" قَالَ: "فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟" قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ" “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
10 963
38
8 046
28
PENGUMUMAN PEMENANG CABARAN RAIKAN RAMADAN ======================================== Saat yang ditunggu-tunggu akan tiba 🤩 Nak tau siapakah PEMENANG bertuah untuk kontes "Cabaran Raikan Ramadan" ❓❓ Jom ramai - ramai untuk tonton [LIVE] kita pada 🗓 Tarikh: 19 April 2024 (Jumaat) 🕙 Jam: 10 Pagi 📱Live di Tiktok ... Bukan itu sahaja, sempena bulan Syawal ini, YM juga nak berkongsi rezeki DUIT RAYA 💵 💵 dengan penonton yang bertuah pada sesi live nanti 🥳 🥳 Jadi tunggu apa lagi! simpan posting ni dan share pada kawan - kawan semua Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: "Wadah Dakwah Anda"
Mostrar más ...
8 521
1
Kelesuan & Hilang Semangat Dalam Ibadah ========= 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita: إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ “Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut) 2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memahami tabiat jiwa manusia. Renungkan kembali bagaimana kesungguhan dan tenaga manusia beribadah dalam bulan Ramadan. Solat sunat dan puasa mereka dilakukan dengan konsisten. Namun, setelah berlalunya Ramadan, semangat itu semakin pudar dan kelesuan menyelubungi jiwa. 3. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. Jangan pula seusai Ramadan, manusia kembali kepada maksiat. 4. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan: إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات “Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib). 5. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini. 6. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran: رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ “"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
9 983
59
8 866
42
Puasa Enam Menampung Kekurangan =========== 1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda: إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم “Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan slat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud) 2. Selain itu, puasa enam turut dikatakan memiliki pahala amalan setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim) 3. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan: جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة “Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan sepuluh akan bersamaan) puasa 10 bulan, dan puasa enam akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i) 4. Lalu andai kita mempunyai kesempatan, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
10 906
38
8 698
39
Tanda Amalan Diterima Allah ========== 1. Benar, tiada siapa yang mengetahui samada amalan mereka diterima Allah atau tidak. Namun sebahagian sarjana Muslim memberikan pandangan bahawa terdapat tanda-tanda amalan seseorang itu diterima. Antaranya ialah: 2. Pertama: Dia tidak kembali kepada maksiat. Ini adalah tanda yang paling utama. Seharusnya amalan seseorang menjauhkan diri mereka dari maksiat. Amalan tersebut menjadi sebati dalam dirinya, membentuk darah dagingnya sehingga menjadikan dirinya membenci maksiat. al-Imam Ibn al-Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij al-Salikin: أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة “Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun.” (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin) Dengan sebab itu al-Imam al-Hasan al-Basri menegaskan: فإذا قبل اللهُ العبدَ فإنه يُوفِّقه إلى الطاعة، ويَصْرفه عن المعصية “Sekiranya Allah menerima amalan seseorang, maka dia akan membimbingnya untuk melakukan ketaatan yang seterusnya dan memalingkan hambaNya dari maksiat.” 3. Kedua: Amal kebaikannya seharusnya menghasilkan kebaikan yang lain. Dalam perihal ini al-Imam al-Hasan al-Basri berkata: إنَّ مِن جزاءِ الحسَنةِ الحسَنة بَعْدَها، ومِن عقوبةِ السيئةِ السيئةُ بعدها “Salah satu pulangan amal soleh adalah, ia menghasilkan amal soleh yang lain. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, kejahatan tersebut akan menghasilkan kejahatan yang seterusnya. Malah al-Hasan mengingatkan kita bahawa: “Sekiranya kebaikanmu tidak memberikan pertambahan (amal), maka di situ pasti ada kekurangan (kesempurnaan amalan tersebut). 4. Ketiga, Istiqamah dengan Amal Soleh. al-Imam Ibn Kathir menyebut: Sesungguhnya telah menjadi fitrah manusia di mana Allah akan mencabut nyawa seseorang itu dengan amal yang dilakukan secara konsisten. Sekiranya seseorang konsisten melakukan kebaikan, maka dia akan mati dalam kebaikan. Sekiranya seseorang konsisten dengan kemungkaran, maka dibimbangi dia akan mati dengan perbuatan yang telah biasa dia lakukan. Dengan sebab itu al-Bukhari merekodkan satu insiden yang menarik. Seorang sahabat telah meninggal ketika menunaikan haji. Ketika meninggal, dia masih berpakaian ihram. Lalu Rasulullah meminta para sahabat mengkafankan beliau dengan pakaian ibadah tersebut. Sabda Rasulullah: كفِّنوه بثوبيه؛ فإنه يُبعَث يوم القيامة ملبِّيًا Kafankan beliau dengan pakaiannya, sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyyah (lafaz talbiah Haji yang memuji Allah). Moga Allah menganugerahkan kita pengakhiran yang baik. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
12 820
62
9 439
38
Jangan Tinggal Selawat Pada Nabi ======== 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah: وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم “Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abu Daud - dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar) 2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan padandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir) 3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. 4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah: أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan) 5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah. Amalkanlah sunnah Baginda Nabi sebagai tanda kasih kepada Rasulullah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
13 261
37
8 774
27
Elakkan Unsur Maksiat Di Hari Raya =========== 1. Tidak salah untuk bergembira di hari raya. Menurut Ibn al-Arabi, dinamakan hari itu sebagai hari raya kerana manusia mengulangi kegembiraan mereka pada setiap tahun. Bererti hari raya adalah hari kita menzahirkan kegembiraan. 2. Ini selaras dengan sunnah Rasulullahﷺ. Berdasarkan riwayat dari Saidatina Aisyah, terdapat dua orang hamba perempuan menyanyi menzahirkan kegembiraan mereka pada hari raya. Perkara ini ditegur oleh Saidina Abu Bakar. Melihat insiden tersebut, Rasulullah ﷺ berkata kepada Abu Bakr: (Biarkan mereka, wahai Abu Bakr), Sesungguhnya setiap kaum mempunyai Hari Raya, dan ini adalah Hari Raya kita. Tindakan Rasulullahﷺ ini seolah membiarkan mereka menzahirkan kegembiraan mereka selagimana tiada unsur maksiat. (HR al-Bukhari dan Muslim) 3. al-Imam al-Bukhari turut meriwayatkan perbuatan Bani Arfidah (dari Habsyah) yang bermain (tarian) pedang pada Hari Raya bagi menzahirkan kegembiraan mereka. Perbuatan ini pada awalnya ditegur oleh Saidina Umar. Namun Rasulullah ﷺ membiarkan mereka dengan alasan yang sama iaitu menzahirkan kegembiraan pada hari Raya. 4. Ada satu point yang menarik di sini. Secara umumnya, Rasulullah ﷺ membiarkan mereka menzahirkan kegembiraan mereka kerana itulah hari bagi mereka meraikan kegembiraan setelah beribadah. 5. Namun bagi kumpulan yang mempunyai kefahaman yang lebih mendalam, reaksi mereka tidak begitu. Kita lihat bagaimana Abu Bakar dan Umar mempunyai reaksi yang berbeza apabila kegembiran itu hanya dizahirkan dengan nyanyian dan permainan.  6. Perkara yang sama berlaku kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Seorang lelaki telah masuk ke rumah Ali di hari Raya dan dia mendapati Ali makan roti yang telah keras pada hari tersebut. Lantas lelaki tersebut menegur Ali: Apakah engkau memakan roti keras pada Hari Raya ini? Saidina Ali lantas menjawab: “Hari Raya yang sebenar adalah hari apabila Allah menerima amalan kita. Dan setiap hari yang tidak kita lakukan maksiat adalah hari Raya buat kita!” 7. Justeru, adalah wajar bagi seorang Muslim menzahirkan kegembiraan mereka pada Hari Raya. Ia adalah perkara yang selaras dengan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah. Namun, perayaan kita bukanlah satu perayaan apabila tercemar dengan unsur-unsur maksiat. Benarlah kata Saidina Ali: “Setiap hari yang tidak kita lakukan maksiat adalah hari raya buat kita!” Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
11 883
22
8 078
19
Beberapa Sunnah Di Hari Raya ========= Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri ini. Antaranya ialah: 1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan: وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ “Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisai dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari) 1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan: إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ “Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari) 2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan: أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ “Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim) 3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ “Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.” 4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat. 5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki. 6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ “Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
11 119
20
5 581
22
Tips Istiqamah Selepas Ramadan ======== 1. Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih lapan rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan. 2. Beberapa hadis yang dinukilkan daripada Rasulullah ﷺ seharusnya menjadi pemangkin buat kita untuk terus konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. Antaranya ialah: 3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) . Sabda Rasulullah ﷺ: " Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Tirmizi dan Abu Daud) 4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullah ﷺ dikatakan konsisten berpuasa tiga hari setiap bulan (selain Ramadan). Berpuasa tiga hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadis: عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ "، قَالَتْ: "نَعَمْ"، فَقُلْتُ لَهَا: "مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ "، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.” Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak tiga hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini. 5. Manakala bagi amalan solat tarawih pula, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan solat sunat witir setelah isyak. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu “(1) Solat witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah: فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur. 6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.  Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
9 478
51
6 925
47
𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗧𝗨𝗔𝗟 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Ritual Lembu Merah atau 'Red Heifer' adalah upacara yang ingin dilaksanakan oleh orang Yahudi sebelum merobohkan Masjid Al-Aqsa bagi membolehkan kuil ketiga dibina di Baitulmaqdis. Bagaimanakah kesan terhadap geopolitik di Palestin dan sekitarnya jika dilaksanakan? Dengarkan webinar ini untuk mendapatkan penjelasannya. - Rakaman penuh webinar beserta sesi soal jawab selama 1½ jam - E-sijil dan slide diberikan 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Klik di sini: Guna kod kupon 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝟱𝟬 untuk mendapatkan diskaun 50%.
Mostrar más ...
6 342
5
Zikir Subbuhun Quddus ======= 1. Sedarkan kita bahawa zikir "Subbuhun Quddus" yang sering kita ucapkan adalah lafaz yang sering dibaca oleh Rasulullah di dalam rukuk dan sujud Baginda. Perkara ini diceritakan sendiri oleh Saidatina Aisyah: إِنَّ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كان يقولُ في ركوعِهِ وسجودِهِ: "سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، ربُّ الملائكةِ والروحِ "Sesungguhnya Rasulullah sering membaca dalam rukuk dan sujud Baginda (zikir ini): Subbuhun Quddus Rabul Malaikati War Ruh" (HR Muslim). 2. Yang dimaksudkan dengan lafaz Subbuh adalah sifat Allah yang disucikan daripada segala kekurangan dan kejahatan. Kata Abu Ishaq al-Zajjaj: السُّبُّوحُ: الذي يُنزَّهُ عن كلِّ سُوءٍ Perkataan Subbuh membawa maksud "Yang Disucikan dari segala kejahatan." 3. Maksud yang lebih kurang sama dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi yang menyebutkan: وقال ابنُ فارسٍ والزَّبيديُّ وغيرُهما: سبُّوحٌ هو اللهُ عز وجل، فالمرادُ بالسُّبُّوحِ القُدُّوسِ: الُمسَبَّحُ الُمقدَّسُ "Ibn Faris dan al-Zabidi menjelaskan bahawa Subbuh itu bermaksud (sifat) Allah (sendiri) iaitu Zat Yang Disucikan dan Dibersihkan dari segala kekurangan." 4. Berdasarkan hadis ini juga, ia memberikan makumat tambahan kepada kita bahawa adalah harus untuk kita melafazkan zikir ini di dalam rukuk dan sujud kita. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
6 803
25
6 186
17
Menjauhkan Diri Dari Ruang Tohmahan ===== 1. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, al-Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa seorang muslim seharusnya menjaga dirinya dari berada di ruang yang boleh membawa tohmahan buat dirinya. Atas sebab itu Saidina Zaid bin Thabit pernah menegaskan: إِنِّي لَأَكْرَهُ أَنْ أُرَى فِي مَكَانٍ يُسَاءُ بِيَ الظَّنُّ “Aku benci untuk duduk ditempat yang kalau manusia melihatku, mereka akan berburuk sangka terhadapku.” (Syu’ab al-Iman, no: 6383) 2. Malah atas sebab itulah Saidina Umar menegaskan bahawa andai sekiranya kita sendiri yang membuka ruang tohmahan tersebut, maka kita tidak boleh menyalahkan manusia yang memandang buruk terhadap diri kita. Kata Umar: مَنْ أَقَامَ نَفْسَهُ مَقَامَ التُّهَمِ فَلَا يَلُومَنَّ مَنْ أَسَاءَ بِهِ الظَّنَّ “Barang siapa yang berada di kawasan yang menyebabkan dia ditohmah (dituduh, dipandang rendah), maka janganlah dia mencerca orang yang berburuk sangka kepadanya.” (Abu Daud, Kitab al-Zuhd) 3. Dan salah satu tempat yang mendedahkan seorang muslim kepada tohmahan adalah majlis hiburan dan nyanyian. Pernah suatu ketika Saidina Abdullah bin Umar berjalan bersama dengan Nafi’. Lalu beliau terdengar siulan pengembala kambing lantas beliau berpaling dari laluan tersebut. Kata Nafi: سمع بن عمر صوت زمارة راعي قَالَ فَجَعَلَ إِصْبَعَيْهِ فِي أُذُنَيْهِ وَعَدَلَ عَنِ الطَّرِيقِ “Ibn Umar terdengar siulan (seruling berlagu) seorang pengembala, lantas beliau menutup telinga dengan tangannya dan berpaling dari jalan tersebut.” (Sahih Ibn Hibban). 4. Tindakan menjauhkan diri dari unsur hiburan tersebut adalah langkah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Perkara ini difahami dari penjelasan Ibn Umar kepada Nafi yang menyebutkan: هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يفعله “Beginilah yang aku perhatikan bagaimana Rasulullah melakukan sedemikian.” (Sahih Ibn Hibban) 5. Kaum muslimin yang memelihara diri mereka dari unsur hiburan yang melalaikan ini akan mendapat kedudukan yang Istimewa di sisi Allah. Abu Nuaim meriwayatkan: إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُنَزِّهُونَ أَنْفُسَهُمْ وَأَسْمَاعَهُمْ عَنِ اللهْوِ وَمَزَامِيرِ الشَّيْطَانِ؟ أَدْخِلُوهُمْ فِي رِيَاضِ الْجَنَّةِ Sesungguhnya Allah akan menyeru pada hari kiamat: Di manakah mereka yang menyucikan dirinya dan pendengarannya dari perkara yang sia-sia dan seruling-seruling syaitan? Masukkan mereka ke dalam taman-taman syurga.” (Hilya al-Auliya, 3/151) 6. Menurut Ibn Battal, al-Imam Malik sangat bertegas dalam perkara hiburan yang melalaikan manusia. Ketegasan tersebut adalah bagi menutup pintu kerosakan yang lebih besar. Kata Ibn Battal: فإن ذلك من باب قطع الذرائع، وخشية التطرق إلى كثرة الشغل عن طاعة الله “Seseungguhnya (ketegasan itu) adalah pada bab menutup ruang-ruang (yang membawa kerosakan). Ini kerana kebimbangan akan membuka kesibukan (kelalaian) yang menjauhkan manusia dari mentaati Allah. (Syarah Sahih al-Bukhari, 9/72) 7. Oleh yang demikian, setiap muslim hendaklah memelihara dirinya dari membuka ruang yang membawa tohmahan dan fitnah kepada dirinya sendiri. Kita tidak mahu kelonggaran yang sedikit menjadi dalil buat mereka yang melihatnya di kemudian hari. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
11 138
44
7 221
22
Kenapa Jibril Dinamakan Sebagai Ruh? ===== 1. Di dalam Surah al-Qadar, Allah menyebutkan tentang penurunan malaikat pada malam al-Qadar yang diketuai Jibril yang disebut sebagai Ruh. Firman Allah: تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ “Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.” 2. Para ulama tafsir memberikan pandangan yang berbeza mengenai mengapa Jibril digelar sebagai Ruh di dalam al-Quran. Antaranya: (a) al-Jayyani menyebutkan bahawa sifat Jibril adalah seperti ruh yang menghidupkan jiwa. Sesuatu tubuh itu tidak hidup tanpa Ruh. (b) al-Razi pula berpandangan bahawa secara fizikalnya, Jibril itu dijadikan daripada Ruh. (c) Manakala al-Imam Ibn Asyur pula berpandangan bahawa beliau dinamakan sebagai Ruh kerana hadir daripada alam rohani. Kata Ibn Asyur: سمي روحاً لأن الملائكة من عالم الروحانيات “Beliau namakan Ruh kerana malaikat di datangkan dari alam ruhaniyyat.” 3. Penurunan malaikat pada malam al-Qadar menggambarkan kebesarannya sehingga menyempitkan ruang-ruang di setiap pelosok di muka bumi. Ia seumpama sebuah hari kebesaranyang dihadiri oleh orang-orang pembesar kenamaan. Begitulah pada malam al-Qadar, kemuliaan dan rahmat yang turun diiringi oleh kehadiran para malaikat. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
8 972
25
8 070
18
🛑MELIPATGANDAKAN INFAK DI 10 TERAKHIR RAMADAN 🛑 Dalam satu hadis Nabi SAW pernah ditanya apakah sedekah yang paling afdal, maka dijawab baginda SAW “ sedekah di bulan Ramadan”. Kini kita berada Jumaat terakhir Ramadan serta diberi peluang berada di 10 terakhir Ramadan dan sudah tentu kita tidak tahu samada kita akan dapat mengakhirinya atau tidak. Justeru marilah kita manfaatkan baki waktu sedia ada untuk BERINFAK pada Kempen Kasih Ramadan dan Tabung Pendidikan Ramadan ini. Sila klik di link berikut : Atau terus akaun tertera di poster berikut.Semoga Allah mengganjari pahala kita semua saat kita menghampiri waktu berbuka puasa . 👉No Akaun Maybank iGuru 5551 0832 1077 ( Ruj Pendidikan) 👉No Akaun Maybank KKR Maybank :5628 3463 6228 🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat 🔸Hantarkan bukti transaksi ke:
Mostrar más ...
8 674
1
Apakah Maksud Salam Sehingga Fajar? ======== 1. Di penghujung Surah al-Qadar, Allah mengungkapkan salam kesejahteraan buat mereka yang menghdupkan malan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan salam kesejahteraan ini? 2. Menurut al-Sya’bi, perkataan salam tersebut adalah ucapan para malaikat (doa mereka) ke atas ahli masjid yang menghidupkan malam tersebut. Kata beliau: هو تسليم الملائكة ليلة القدر على أهل المساجد من حيث تغيب الشمس إلى أن يطلع الفجر “Salam tersebut adalah ucapan malaikat pada malam al-Qadar ke atas ahli masjid, bermula dari lenyapnya matahari (masuk maghrib), sehinggalah terbitnya fajar.” (Tafsir al-Baghawi) 3. Oleh yang demikian, rugilah buat mereka yang tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir ini. Ini kerana ada dalam kalangan kita yang telah meninggalkan masjid. Ada dalam kalangan kita sekadar melakukan Lailatul Kamdar (bershoping di Kamdar) atau Lailatul Kandar (melepak di restoran nasi kandar) 4. Menurut al-Dahhak pula, pada malam tersebut, Allah menentukan Qadar (taqdir) segala kebaikan buat manusia. Ini kerana pada malam al-Qadar, ketentuan manusia ditulis pada malam tersebut. Mereka yang memperbanyakkan berdoa pada malam itu, Allah akan mencatatkan ketentuan yang sejahtera buat mereka. Kata al-Dahhak: لا يقدر الله في تلك الليلة إلا السلامة “Allah tidak menentukan segala ketentuan melainkan dicatatkan ketentuan yang baik dan sejahtera sahaja pada malam tersebut.” (Tafsir al-Qurtubi) 5. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini. Mudah-mudahan Allah menulis segala kebaikan dan kesejahteraan sahaja buat diri kita dan memadamkan segala ketentuan yang tidak baik. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
8 719
34
7 803
24
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗥𝗜𝗧𝗨𝗔𝗟 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 Pendaftaran masih dibuka! Apakah sebenarnya Ritual Lembu Merah ini dan bagaimana kesannya terhadap geopolitik di Palestin dan sekitarnya jika dilaksanakan? Sertai webinar ini untuk mendapatkan penjelasannya. Tarikh: 4 April 2024 | Khamis Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi Medium: Google Meet Daftar di sini: Guna kod kupon 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝟱𝟬 untuk mendapatkan diskaun 50%.
7 755
6
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar? ============ 1. Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsir, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheihk al-Azhar ini: والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة “Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan. 2. Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman: وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ “dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.” (Surah al-Fajr) 3. Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri. 4. Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau: أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ، “Dinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.” 5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
12 079
39
8 673
40
Hentikan Video Jijik Hari Raya ===== 1. Hari Raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Rasulullah menjelaskan bahawa hari raya merupakan anugerah Allah kepada umat Islam menggantikan perayaan dalam tradisi jahiliah. Sabda Rasulullah: إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Adha dan Hari Raya Aidil Fitri.” (HR Abu Daud) 2. Sungguh malang buat umat ini apabila hari kebesaran dalam mengingati Allah ini dicemari dengan video raya yang jijik lagi memualkan. Malah video tersebut seakan mengembalikan semula elemen jahiliah setelah Allah kurniakan keindahan Islam buat kita. 3. Lebih malang lagi yang mempersembahkannya pula seakan-akan orang Islam itu sendiri. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya sensitif dengan perkara kemungkaran. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang kerosakan hati manusia. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ: مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e) 4. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang. 5. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya membenci perkara-perkara yang menjijikkan seperti ini. Jauhi dari memberikan perhatian yang salah terhadap mereka yang mencarinya. Barangkali sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap video-video yang mencemar kesucian agama ini. Semoga Allah membimbing umat ini. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
10 785
22
FILEM PENDEK RAYA YM RAIH 24 RIBU TONTONAN DALAM MASA 1 HARI Alhamdulillah, filem pendek raya YM bertajuk "Mak Kita Raya Ke? raih 24 Ribu tontonan dalam tempon satu hari. "Terbaik..d mulai dengan riang² , pastu sodihhhhh , ending gumbiraaaaa Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 kawan²" - Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudah menonton dan menyokong filem pendek Mak Kita Raya Ke?. Bagi yang belum tonton jangan lupa pergi ke youtube channel Yayasan Maghfirah sekarang! Nak tonton sekarang? Klik: Jom Sedekah 🕌 RAIKAN RAMADAN Klik: ATAU Maybank: 562263552802 Sila tuliskan reference "ramadan03" "Wadah Dakwah Anda"
Mostrar más ...
MAK KITA RAYA KE? Filem Pendek Raya 2024
Kisah Ajim yang mendapat firasat dan gerak hati hingga menimbulkan persoalan tentang "Kita Raya Ke?". Gandingan lakonan Jay Iswazir sebagai watak utama bersama duta rasmi Yayasan Maghfirah, Prof Madya Dr Ahamd Sanusi dan staff YM bakal menghiburkan anda Ramadan dan Aidilfitri ini. Istimewa tahun ini Tim Media Kreatif YM membawakan drama pendek bertajuk "MAK KITA RAYA KE❓yang dibintangi oleh ✨ Jay Iswazir sebagai Ajim ✨ Prof Madya Dr Ahamd Sanusi sebagai Tok Nusi ✨ Ciktee sebagai Mak Senah dan ramai lagi ❗️ Jom Subscribe Youtube Channel Yayasan Maghfirah Sekarang!!! Klik: / @yayasanmaghfirah Jom Sedekah 🕌 RAIKAN RAMADAN Klik: https://bit.ly/sedekahym ATAU Maybank: 562263552802 Sila tuliskan reference "ramadan13" "Wadah Dakwah Anda" #CabaranRaikanRamadan #RaikanRamadan #Ramadandoludolu #MemoriRamadan #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda #YM
10 661
18
𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝟭𝟬 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 30 Mac - 9 April 2024 Khas sempena 10 akhir Ramadan, dapatkan 50% diskaun untuk semua webinar Dunia Palestin dengan menggunakan kod kupon: 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝟱𝟬 Dapatkan rakaman siri webinar Dunia Palestin di pautan berikut: 🔻01 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗧𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗣𝗮𝘀𝗰𝗮 𝟭𝟬𝟬 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝘂𝗳𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗔𝗾𝘀𝗮 🔻02 𝗧𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗜𝘀𝗿𝗮' 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🔻 03 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗭𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗶𝗹𝗮𝗳𝗮𝗵 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
Mostrar más ...
7 384
1
Pengajaran Dari Perang Badar ===== Perang Badar merupakan pertempuran yang berlaku dalam bulan Ramadan. Kejadian tersebut direkodkan di dalam al-Quran dan banyak pengajaran yang menarik yang boleh diperolehi darinya. Antaranya ialah: 1. Sifat Rasulullah yang suka meminta pandangan. Ia boleh juga dinamakan sebagai syura iaitu Rasulullah berbincang dengan para sahabat sebelum menentukan sesuatu keputusan. Dalam Perang Badar, sekurang-kurangnya terdapat empat insiden yang menunjukkan Rasulullah bertanya dan mendengar pandangan sahabat iaitu: (a) Sebelum keluar mengejar Kafilah dagangan Abu Sufyan, Baginda dikatakan meminta pandangan para sahabat dahulu. Ketika itu kaum Muhajirin sangat bersemangat sedangkan kaum Ansar tiada yang memberikan respon. Lalu Saad bin Ubadah memberikan pandangannya mewakili kaum Ansar. (b) Setelah kafilah dagangan Abu Sufyan terlepas, Rasulullah sekali lagi meminta pandangan para sahabat. Kali ini dikatakan Saad bin Muaz pula menyatakan pandangannya mewakili kaum Ansar. (c) Ketika menentukan lokasi terbaik peperangan, Rasulullah mendengar pandangan al-Habbab (al-Hubbab) bin al-Munzir. (d) Dalam penentuan status tawanan perang juga Rasulullah meminta pandangan para sahabat. 2. Begitulah sikap pemimpin yang baik yang sentiasa meminta dan mendengar pandangan dari mereka yang dipimpinnya. 3. Perang Badar juga mengingatkan kita bagaimana para sahabat itu bersungguh mengejar syurga. Sebelum berlaku pertempuran, Rasulullah memberikan motivasi kepada para sahabat sehingga menjadikan Umair bin al-Hammam merasakan terlalu lewat untuk dihabiskan tamarnya semata-mata untuk mengejar syurga. 4. Pada hakikatnya, memakan beberapa biji buah tamar sebelum pergi berperang itu hanyalah memakan masa beberapa minit sahaja. Tetapi Umair tidak berlengah untuk mengejar syurga. Dicampakkan tamarnya dan terus meluru ke medan jihad sehingga beliau syahid. 5. Rasulullah turut mendidik para sahabat agar menepati janji. Sebelum berlaku pertempuran Badar, Saidina Huzaifah dan Abu Husail telah berselisih dengan orang kafir. Lalu mereka berkata, kami bukan pergi untuk membantu Muhammad, kami hanya ingin ke Madinah sahaja. Lalu mereka berjanji kepada orang kafir untuk tidak membantu Rasulullah. 6. Apabila sampai di Madinah, Huzaifah menceritakan perkara tersebut. Rasulullah lantas meminta mereka menepati janji mereka dengan beredar dari menyertai perang Badar. 7. Kesungguhan sahabat mengejar syurga dapat diperhatikan juga dari sikap Umair bin Abi Waqas yang menangis apabila ditolak daripada menyertai perang Badar. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
8 771
18
Menangis Kerana Tidak Dapat Menyertai Badar
6 703
14
Sahabat Bersegera Mengejar Syurga
7 908
13
Rasulullah Suka Meminta Pandangan
8 471
21
Yang Kafir Digelar Kafir ===== 1. Dalam al-Quran, Allah memerintahkan Rasulullah agar memanggil kumpulan yang enggan beriman kepada Allah sebagai kafir. Perkara ini jelas dalam surah al-Kafirun apabila Allah berfirman: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!” (Surah al-Kafirun: 1) 2. Menurut al-Imam Ibn Kathir, ayat ini ditujukan kepada seluruh orang kafir di atas mula bumi ini sekalipun konteks ayat ini ditujukan kepada musyrikin Mekah. Kata Ibn Kathir: فقوله : ( قل يا أيها الكافرون ) شمل كل كافر على وجه الأرض “Dan firman Allah (Qul Ya Ayyuhal Kafirun) ini merangkumi seluruh orang kafir di atas muka bumi ini. (Tafsir Ibn Kathir) 3. Manakala dalam Surah al-Anfal pula, Allah memerintahkan Rasulullah agar berdakwah kepada orang kafir supaya meninggalkan kekufuran mereka. Dalam konteks ini, Allah menyifatkan mereka dengan sifat kafir sesuai dengan keadaan mereka. Firman Allah: قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا إِن يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu…” (Surah al-Anfal: 8) 4. Dalam erti kata yang lain, selagi mana terdapat ciri-ciri kekufuran yang jelas di dalam seseorang individu itu, maka adalah boleh untuk disifatkan kekufuran itu termasuklah dalam urusan berinteraksi hukum-hakam dengan mereka. 5. Perkara ini dapat difahami dari kenyataan Sheikh al-Qardawi sendir ketika memberikan komentar terhadap pandangan Sheikh Mustafa al-Zarqa berhubung status ahli kitab. Kata beliau: رأيي والله تعالى أعلم، أن جميع من لم يؤمن برسالة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر بالنظر لأحكام الدنيا، فلا يجوز للمسلمة أن تتزوجه “Pada pandangan saya wallahua’lam, setiap manusia yang tidak beriman dengan risalah Nabi Muhammad SAW maka dia adalah kafir dari sudut pandang hukum dunia, maka tidak boleh seorang Muslimah itu mengahwininya.” 6. Al-Qardawi tetap memanggil kumpulan yang tidak beriman ini sebagai kafir sekalipun ada dalam kalangan kita yang enggan menyifatkan sedemikian. Namun dalam urusan dakwah, keadaannya berbeza. 7. Dalam perihal dakwah, seorang muslim digalakkan untuk berurusan dengan mereka dengan panggilan yang baik bagi memastikan ia tidak mendatangkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Rasulullah menyantuni kaum musyrikin dan dalam masa yang sama bertegas atas kekufuran mereka. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
11 688
40
8 158
23
Dapatkan kurma Palestin sekarang melalui pautan ini:
JUALAN ISTIMEWA SEMPENA NUZUL QURAN, SEMUA KURMA DISKAUN 10% BERSAMA FREE GIFT PALESTIN!
10 038
6
TOK ADI VERSI TOK NUSI DI MAK KITA RAYA KE❗️ Kisah Ajim yang mendapat firasat dan gerak hati hingga menimbulkan persoalan tentang "Kita Raya Ke?". Gandingan lakonan Jay Iswazir sebagai watak utama bersama duta rasmi Yayasan Maghfirah, Prof Madya Dr Ahamd Sanusi dan staff YM bakal menghiburkan anda Ramadan dan Aidilfitri ini. Istimewa tahun ini Tim Media Kreatif YM membawakan drama pendek bertajuk "MAK KITA RAYA KE❓yang dibintangi oleh ✨ Jay Iswazir sebagai Ajim ✨ Prof Madya Dr Ahamd Sanusi sebagai Tok Nusi ✨ Ciktee sebagai Mak Senah dan ramai lagi ❗️ Jom Subscribe Youtube Channel Yayasan Maghfirah Sekarang!!! Klik: Jom Sedekah 🕌 RAIKAN RAMADAN Klik: ATAU Maybank: 562263552802 Sila tuliskan reference "ramadan03" "Wadah Dakwah Anda"
Mostrar más ...
7 686
2
SEDEKAH JUMAAT KEMPEN KASIH RAMADHAN IGURU 2024M/ 1445H Ayuh bersama bersedekah di bulan yang mulia ini. Moga setiap sen yang kita belanjakan untuk keperluan anak-anak Asnaf dikira sebaik amalan disisiNya sebagai bekalan di akhirat nanti. Firman Allah SWT: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku — ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Al-Munafiquun : 10) InsyaAllah baki beberapa hari lagi Ramadhan, Ikatan Guru Muslim Malaysia menyeru sumbangan infaq untuk Kempen Kasih Ramadan kepada 1000 orang penerima asnaf dan anak yatim di sekolah dan IPG terpilih dengan sasaran RM 50,000. Hulurkan sumbangan anda serendah RM10 seperti berikut : 🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1445H IGuru - Yayasan Ikhlas 🔸Maybank :5628 3463 6228 🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat 🔸Hantarkan bukti transaksi ke: Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut: 👉 *Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai
Mostrar más ...
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
7 409
9
6 135
5
INFAQ BUKU HADIS 40 ======= Mari bersama menyumbang untuk menyediakan buku-buku hadis buat sekolah agama terpilih. Semoga sumbangan Tuan Puan membantu dalam memperkasa pengajian hadis di institusi-institusi pengajian anak-anak kita. Klik link untuk menyumbang:
INFAQ HADIS 40 KEPADA MAAH
Sumbangan orang ramai akan diserahkan kepad pihak sekolah dan maahd terpilih.
7 216
3
Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi ======= 1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi. 2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah: يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟ “Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai. 3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda: إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ “Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan) 4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mostrar más ...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
6 982
9
6 819
11
6 973
2
📹 TEASER DRAMA PENDEK MAK KITA RAYA KE ❓🎥 "Kalaulah yang buruk-buruk je kita fikir, takut kita terikat daripada nak bersangka baik Jim" - Tok Nusi Istimewa tahun ini Tim Media Kreatif YM membawakan drama pendek bertajuk "MAK KITA RAYA KE❓yang dibintangi oleh ✨ Jay Iswazir sebagai Ajim ✨ Prof Madya Dr Ahamd Sanusi sebagai Tok Nusi ✨ Ciktee sebagai Mak Senah dan ramai lagi ❗️ Jom Subscribe Youtube Channel Yayasan Maghfirah Sekarang!!! Klik: Jom Sedekah 🕌 RAIKAN RAMADAN Klik: ATAU Maybank: 562263552802 Sila tuliskan reference "ramadan03" "Wadah Dakwah Anda"
Mostrar más ...
9 362
11
Última actualización: 11.07.23
Política de privacidad Telemetrio