🔺RINGKASAN PERKEMBANGAN TERKINI
1/ Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah menyatakan bahawa serangan
pager dan
walkie-talkie terhadap ahli kumpulannya di Lubnan dan Syria telah 'melampaui semua garis merah', dengan jumlah korban meningkat kepada 37 orang, sementara ribuan yang lain cedera akibat letupan dalam dua hari.
2/ Siasatan awal oleh pihak berkuasa Lubnan mendapati peranti elektronik tersebut ditanam dengan bahan letupan sebelum sampai ke Lubnan.
3/ Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan bahawa pasukan penyelamat menemui enam mayat rakyat Palestin, termasuk dua wanita, selepas sebuah rumah diserang di kawasan kejiranan al-Daraj, Bandar Gaza.
4/ Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serbuan tentera rejim Israel di Qabatiya, dengan rakaman video menunjukkan askar rejim bertindak membuang mayat dari atas bumbung.
5/ Pegawai AS percaya bahawa perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas dijangka tidak akan tercapai sebelum berakhirnya tempoh Presiden Joe Biden pada Januari depan, menurut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber tidak bernama.
Sumber: Al Jazeera
#IsraelBacul #TaufanalAqsaادامه مطلب ...