The service is also available in your language. To switch the language, pressEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber

всі пости Kisah-kisah dalam Al-Quran

Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini. 
Показати весь опис
17 199+7
~4 783
~16
28.89%
Загальний рейтинг Telegram
В світі
43 356місце
із 78 777
У країні, Малайзія 
661місце
із 806
У категорії
1 361місце
із 2 333
Архів постів

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
1 450
3
📌 Dakwah Kepada Non-Muslim Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum,bangsa dan agama. Walaupun bergitu, kita dapat hidup aman damai walaupun mempunyai pelbagai perbezaan. Amatlah mustahil bagi kita seorang muslim tidak mempunyai rakan-rakan dari agama yang lain. Tapi pernahkan kita bercerita tentang agama kita kepada mereka? Kenalkah mereka siapa Tuhan orang Islam? Siapakah Muhammad Rasulullah? Atau menjawab segala salah faham tentang Islam. Terdidik dengan toleransi agama yang terlalu tinggi sejak kecik menyebabkan kita takut berdakwah kepada rakan-rakan non muslim. Kita takut mereka tersinggung dengan dakwah kita. Sedangkan bertahun-tahun berkawan pun masih kosong pengetahuan mereka tentang Islam. Tiadakah secebis kasih sayang kepada rakan-rakan non muslim kita. Bertapa baiknya mereka kepada kita, namun kebaikan mereka akan sia-sia diakhirat kelak. Tanda sayang kita kepada mereka adalah dengan mengenalkan mereka kepada agama Islam ini. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan dakwah? Jom sertai aktiviti-aktiviti Multiracial Reverted Muslim (MRM) seperti: 1⃣ Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1 ( ditangguhkan) 2⃣ Street Dakwah Boleh rujuk Selain itu, di MRM juga boleh diperolehi terjemahan Al Quran dalam pelbagai bahasa ( english, malay, vietnam, korea, chiniese, tagalog, hindi, burma), dakwah book, dan juga phamplet dakwah. Semuanya diberikan percuma dan boleh diposkan. Boleh lihat gambar buku dakwah dan phamplet di ruang komen. Segala pertanyaan, boleh hubungi nombor ini 601110500414 untuk mendapatkannya.
Показати повністю ...
1 663
1
1 516
1

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
1 781
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
2 271
3

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
324
Анонімне голосування
3 068
0

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
563
Анонімне голосування
3 211
4
𝗛𝗜𝗞𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗦𝗣𝗘𝗦𝗜𝗙𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗢𝗞𝗢𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗘𝗡𝗧𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥’𝗔𝗡. ❌ Apa yang manusia fokus bila baca Kisah Nabi Nuh? ▪️Dimana lokasi kapal itu sekarang ▪️Macam mana rupa kapal itu ▪️Macam mana binatang buas boleh behave dalam kapal tu? ✅ Apa yang Allah nak kita fokus? ▪️Jangan jadi keras kepala lagi kurang ajar macam kaum Nabi Nuh. ▪️Betapa sabarnya Nabi Nuh mendakwahi kaumnya. ▪️Asal Usul terjadinya penyembahan berhala adalah alasan niat baik, niat nak mengingati orang soleh dengan mengukir patung mereka. -Iman tidak dapat diwarisi. __ ❌ Apa yang manusia fokus bila baca Kisah Raja Zulqarnain? ▪️Dimana tempat ya’juj ma’juj sebenarnya? ▪️Siapa Raja Zulqarnain sebenarnya? Alexander atau Cyrus The Great? ✅ Apa yang Allah nak kita fokus? ▪️Keadilan Raja Zulqarnain sebagai pemerintah ▪️Raja yang soleh dan merendah diri, tidak membanggakan diri dengan pujian dari rakyatnya sebaliknya mengembalikan semua pujian itu kepada Allah ▪️Pemimpin yang ambil peduli dan bertanggungjawab tentang kesusahan rakyatnya. __ ❌ Apa yang manusia fokus bila baca kisah Ashabul Kahfi? ▪️Dimana gua Ashabul Kahfi sebenarnya? ▪️Lama mana mereka ditidurkan? ▪️Siapakah mereka-mereka ini? ▪️Zaman raja mana mereka yang mereka hadap? ✅ Apa yang Allah nak kita fokus? ▪️Usia muda yang dikorbankan demi menjaga tauhid. ▪️Pengorbanan tinggalkan insan tersayang yakni keluarga dan tempat yang selesa demi menjaga tauhid. ▪️Tawakkal yang tinggi kepada Allah, mereka tak terdetik bahawa mereka akan ditidurkan selama itu jika masuk ke dalam gua itu. __ ❌ Apa yang manusia fokus bila baca kisah Fir’aun? ▪️Betul ke Fir’aun zaman Nabi Musa adalah Ramses ||? ▪️Search bukti arkeologi Sungai Mati benar-benar terbelah. ✅ Apa yang Allah nak kita fokus? ▪️Ingatlah Fir’aun sudah mati, tapi kefir’aunan sentiasa ada di sepanjang zaman ▪️Entah-entah kita pun termasuk dalam ciri Fir’aun sebab mengolok-olok Tuhan Nabi Musa yang berada di atas langit 🫢 __ Dan begitulah seterusnya kisah-kisah yang ada dalam Al-Quran itu, majoriti manusia hanya fokus siapakah watak itu dan di mana lokasi berlaku peristiwa itu Jarang antara kita yang benar-benar fokus ambil ibrah dari peristiwa yang diceritakan, ia langsung bukan suatu yang sia-sia bila Allah cerita dalam Al-Quran tanpa menyebut secara spesifik nama tokoh tertentu atau dimana lokasi spesifik peristiwa tertentu kerana benda tu tak penting. 📌 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 -Apa ibrah yang kita dapat dari kisah itu dan akhir sekali membawa kepada persoalan, kita nak join team mana? -Team mereka yang diberi nikmat yakni para anbiya’, solihin, siddiqin dan syuhada’ atau team mereka yang Allah murka yakni Fir’aun, Haman, Yahudi, Bani Israel, Isteri & Anak Nabi Nuh dan lain-lain. __ 𝗞𝗥𝗘𝗗𝗜𝗧: 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡 Karya PiS
Показати повністю ...
5 013
25
3 512
1

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 111
2

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
596
Анонімне голосування
4 766
4
🔶 Sirah Nabi 🔹Perjanjian 'Aqabah Kedua Setelah 12 penduduk Yathrib melakukan Bai'at Aqabah Pertama, Rasulullah mengutuskan Mush'ab bin Umair bagi mengajarkan Al Quran dan ajaran Islam kepada penduduk Yathrib serta ditugaskan juga melakukan pengawasan terhadap penyebaran Islam di Yathrib. Penduduk Yathrib yang memeluk Islam semakin bertambah banyak. Sebanyak 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan di Yathrib akhirnya memeluk Islam. Mereka merupakan penduduk Yathrib yang berasal dari suku Aus dan Khazraj. Pada musim haji, bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan pula, bersamaan Jun 622 Masihi, datang pula rombongan seramai 70 orang lebih kaum muslimin penduduk Yathrib, bersama-sama kumpulan haji musyrikin bagi melaksanakan ibadat haji. Dalam perjalanan itu, mereka memikirkan nasib Rasulullah s.a.w dan para sahabat sudah tidak aman lagi di Makkah bahkan sentiasa menjadi buruan kuffar Mekah dan diancam keselamatannya. Sebaik sahaja mereka tiba di Mekah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit dengan Rasulullah hingga berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), di persimpangan berhampiran Aqabah di mana upacara Jamrah atau ibadat melontar dilakukan di sana. Pertemuan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malam gelap gelita. 72 orang penduduk Yathrib ini mendatangi tempat pertemuan dengan membentuk beberapa kelompok kecil. Dua perempuan yang menghadiri pertemuan ini bernama Nusaibah binti Ka'ab dan Asma' binti Amru bin Adi. Nabi Muhammad menghadiri pertemuan tersebut dengan ditemani oleh bapa saudara baginda iaitu Abbas bin Abdul Muthalib yang pada waktu tersebut masih belum memeluk Islam. Abbas membuka pertemuan dengan berbicara yang kemudian disusuli oleh pembacaan Al-Qur'an oleh Rasulullah. Selanjutnya, baginda mengajak para penduduk Yathrib yang hadir untuk menerima Islam. Bai'at pun berlangsung. ✅ Antara isi kandungan Bai'at Aqabah Kedua adalah: ▪️Mendengar dan mentaati Nabi Muhammad SAW dalam semua keadaan. ▪️Membelanjakan harta dijalan Allah SWT sama ada ketika senang atau susah. ▪️Menyeru manusia kepada kebaikan dan menolak kemungkaran. ▪️Tabah menghadapi celaan orang kafir. ▪️Melindungi Nabi Muhammad SAW sebagaimana melindungi diri dan keluarga sendiri. Para penduduk Yathrib bersetuju dengan isi kandungan bai'at tersebut. Bai'at inilah yang disebut sebagai Bai'at Aqabah Kedua. Setelah bai'at selesai, Rasulullah memerintahkan pemilihan 12 orang pemimpin dari semua orang yang hadir. Akhirnya terpilih sebanyak 9 orang pemimpin dari suku khazraj dan 3 orang dari suku Aus yang berjanji setia mempertahankan Rasulullah sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. ✅ Ibrah Perjanjian Aqabah 1⃣ Penduduk Madinah bertemu Rasulullah dengan menunjukkan taat setia, semangat yang tinggi dan pengorbanan yang jitu ke atas baginda untuk membela baginda daripada ancaman kaum kafir Quraisy melalui perjanjian ‘Aqabah Pertama dan Kedua. Ia berfungsi sebagai jaminan dan pemangkin kelancaran dakwah Islam di zaman permulaannya. 2⃣ Kerahsiaan yang diamalkan oleh kaum muslimin dari Yathrib biarpun bersama rombongan kaum Musyrikin dari tempat yang sama termasuk kerahsiaan perjanjian daripada dihidu musuh Islam di Makkah adalah strategi dakwah yang efektif demi menjaga keselamatan diri dan kemaslahatan dakwah Islam itu sendiri. 3⃣ Perjanjian yang dilakukan menyebabkan bilangan dan kekuatan umat Islam bertambah. Seterusnya dapat membantu Rasulullah dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam di samping menjamin syiar Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. 4⃣ Perpaduan dan persaudaraan kerana Allah s.w.t yang ditunjukkan dalam kisah perjanjian ‘Aqabah ini adalah teras kejayaan umat Islam dalam mengembangkan dakwah. 5⃣ Melalui kerjasama bulat dan perjanjian sepakat, maka umat Islam Makkah (Muhajirin) berjaya meraih jaminan politik dan kewangan yang kukuh serta paling kurang, sokongan moral penduduk Madinah.
Показати повністю ...
5 102
7
3 718
2

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
349
Анонімне голосування
5 848
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
528
Анонімне голосування
5 434
10
🔸Amalan Sunnah🔸 📌 Membaca Doa Selepas Wudhuk Jom kita amalkan sunnah Rasulullah dengan membaca doa selepas berwudhuk. Dibawah ini disertakan doa-doa selepas berwudhuk dan juga kelebihannya. Boleh mengamalkan salah satu doa atau membaca kesemua doa tersebut. 1⃣ Doa Yang Pertama Diriwayatkan daripada 'Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda, Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad ialah hamba Allah SWT dan utusanNya) kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu." [HR Muslim] 2⃣ Doa Yang Kedua Daripada Saidina 'Umar bin Khattab Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: "Barangsiapa berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian membaca : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ. (Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah diriku termasuk di kalangan orang yang bertaubat dan jadikanlah diriku termasuk di kalangan orang yang menyucikan diri). Nescaya akan dibukakan untuknya LAPAN PINTU SYURGA. Ia dipersilakan masuk melalui mana-mana pintu yang ia kehendaki." [HR at-Tirmizi] 3⃣ Doa Yang Ketiga Daripada Saidina Abu Sa'id al-Khudri Radhiyallahu 'Anhu, bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dan membaca : سُبْحانَكَ اللَّهُمَّ وبِحَمْدِكَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ أنْتَ، أسْتَغْفِرُكَ وأتُوبُ إِلَيْكَ. ("Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala pujian untukMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu.") Pahala atau ganjarannya dicatat di atas lembaran, disimpan dan tidak dibuka sehingga hari Kiamat. [HR al-Hākim]. Semoga kita dapat mengamalkan sunnah ini dan semoga Allah mengurniakan kita kelebihan yang dinyatakan di dalam hadis-hadis diatas.
Показати повністю ...
6 265
16
4 766
14

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
787
Анонімне голосування
5 957
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
791
Анонімне голосування
5 114
5
Kuiz 156 عَفَا ٱللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعۡلَمَ ٱلۡكَٰذِبِينَ Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
4 924
3
NOTA MOTIVASI DIRI #29 ✅ SAHABAT AKHIRAT ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَئِذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ [Surah Az-Zukhruf: 67] Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). Sahabat dalam Islam adalah: ▪️saling mengingatkan kita kepada Allah S.W.T, ▪️menegur kita ketika kita salah, ▪️membela kita ketika kita tidak bersamanya dan ▪️juga sentiasa ada bersama kita di saat kita suka atau sedang berduka. Manusia adalah makhluk sosial, yang tidak boleh hidup tanpa manusia lainnya.
Показати повністю ...
5 849
10

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
847
Анонімне голосування
5 403
2

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
787
Анонімне голосування
4 633
2
NOTA MOTIVASI DIRI #28 Kelebihan berwuduk dari rumah menuju ke masjid bagi solat Fardhu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً Daripada Abu Hurairah RA katanya; Rasulullah SAW  bersabda: "Barangsiapa berwuduk di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk melaksanakan solat fardhu yang Allah tetapkan, maka kedua langkahnya, yang satu menghapus dosa dan satu langkahan lagi meninggikan darjat." (HR Muslim) Marilah kita sama-sama merebut kelebihan yang Allah janjikan ini. Semoga Allah menerima amalan soleh serta ikhlas kita dan menganjarkan syurgaNya. Ameen 🤲
Показати повністю ...
4 262
7

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
734
Анонімне голосування
4 078
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
739
Анонімне голосування
3 863
5
NOTA MOTIVASI DIRI #27 Larangan mengikuti-ikut amalan keturunan tanpa ilmu وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ اتَّبِعُوْا مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ قَالُوْا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ اٰبَاۤءَنَاۗ اَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطٰنُ يَدْعُوْهُمْ اِلٰى عَذَابِ السَّعِيْرِ Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutilah apa yang diturunkan Allah.” Mereka menjawab, “(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya.” Dan apakah mereka (akan mengikuti nenek moyang mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)? Surah Luqman [31] : Ayat 21 Allah menyuruh kita belajar dari Quran dan sunnah Nabi, dan melarang kita mengikut² apa yg kita tak ada pengetahuan ilmu mengenainya hatta walaupun dari bapa dan nenek moyang kita sekalipun.
Показати повністю ...
4 940
7

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 714
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 764
6

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 522
6

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 425
4
Slot kuiz Kisah-Kisah dalam Al-Quran InsyaAllah, selain kuiz² am/general dan kuiz surah Al-Kahfi, admin akan cuba selitkan juga kuiz² berkaitan surah yang lazim dibaca seperti surah Al Mulk, surah Yaasin dan juga surah² lazim di juzuk 30. Moga kita semua dikurniakan lebih kefahaman dalam amalan dan bacaan² ayat Quran kita. Amiin. 🤲🏻
3 831
1
📌*SIMPAN SIAP-SIAP! JADUAL PUASA SUNAT DALAM BULAN MUHARAM* ▪️Jom Hidupkan PUASA Bulan Muharam 1446 Hijrah Daripada Saidina Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda أَفْضَلُ الصِّيامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ، وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ. “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” [Hadis Riwayat Muslim 1163]  🔹Ini senarai puasa dan tarikhnya :Puasa Tasu'a - 9 Muharam *(15/7/2024 - Isnin)* ✅Puasa 'Asyura - 10 Muharam *(16/7/2024 -Selasa)* ✅Puasa Hari Putih - 13, 14 & 15 Muharam *(19, 20 & 21 Julai 2024 - Jumaat, Sabtu & Ahad)* Jangan lupa share supaya ramai tahu tarikh penting puasa ni. Takut terlepas nanti!🥹
Показати повністю ...
4 989
22

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 473
8

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 676
6
4 097
6
🔸Galakan Berpuasa Dalam Bulan Muharram🔸 Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa ✅ Rasulullah S.A.W bersabda: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail). [Riwayat Abu Daud (2429)] Demikian juga terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? ✅Maka jawab baginda S.A.W: إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ  Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. [Riwayat al-Tirmizi (741)] Berdasarkan kepada dua hadis di atas, terdapat dua kelebihan yang terdapat pada bulan Muharram. Ianya seperti berikut: 1⃣ Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya. 2⃣ Bulan Muharram adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.
Показати повністю ...
Kisah-kisah dalam Al-Quran
Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.
5 201
10
🔸Amalan Sunnah🔸 📌 Mengerjakan Sujud Syukur Daripada Abi Bakrah: أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كَانَ إِذَا أَتَاهُ أَمْرٌ يَسُرُّهُ أَوْ بُشِّرَ بِهِ، خَرَّ سَاجِدًا، شُكْرًا لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى "Adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam apabila datang kepadanya urusan yang menyenangkan atau diberikan khabar gembira, Baginda akan sujud sebagai tanda syukur kepada Allah Tabaraka Wata'ala." [HR Ibnu Majah no. 1394, Hasan] ✅ Hukum Sujud Syukur Majoriti ulama daripada mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian ulama Hanafi menganggap ia Sunnah kerana dalil hadis ini. ✅ Sebab Sujud Syukur ▪️Dilakukan apabila datangnya nikmat atau hilangnya bala seperti yang disebutkan dalam hadis. ▪️Nikmat atau bala ini tidak disyaratkan nikmat umum atau khusus. ▪️Sebarang jenis nikmat yang menggembirakan boleh dijadikan alasan untuk sujud syukur ✅ Syarat Sujud Syukur 1⃣ Dilakukan sejurus selepas menerima berita nikmat. Jika ditangguhkan dalam sela waktu yang panjang maka ia akan luput. 2⃣ Sujud syukur tidak boleh dilakukan dalam solat. 3⃣ Majoriti ulama mensyaratkan ke atas sujud syukur semua syarat yang dikenakan bagi orang yang ingin solat seperti menghadap kiblat, menutup aurat, berwuduk, takbiratul ihram dan memberi salam. 🔘 Sebahagian ulama mengatakan tidak perlu berwuduk untuk sujud syukur. Ini kerana mereka berpendapat: ▪️Nikmat boleh berlaku bila-bila walaupun waktu seseorang dalam keadaan berhadas. ▪️Meletakkan syarat wuduk akan melambatkan proses sujud syukur sedangkan hadis menyatakan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terus sujud apabila mendapat khabar gembira. ▪️Jika wuduk disyaratkan dalam sujud syukur sudah pasti Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan menjelaskannya kepada umat. ▪️Sujud syukur sama dengan zikir lain seperti tasbih, tahmid dan tahlil. Jika zikir tidak memerlukan wuduk maka begitu jugalah dengan sujud syukur. 4⃣ Disyaratkan untuk membaca zikir sujud dalam solat ketika melakukan sujud syukur. Sebahagian ulama menggalakkan agar ditambah dengan lafaz yang menunjukkan kesyukuran kepada Allah seperti lafaz Alhamdulillah, Subhanallah, doa dan istighfar.
Показати повністю ...
4 786
15
3 524
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
5 386
3

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
0
Анонімне голосування
4 783
6
🔶 Sirah Nabi 🔹Perjanjian 'Aqabah Pertama ✅ Tahun Ke 11 Kerasulan    Aqabah merupakan sebuah lokasi ibadat haji (masyar al-Haram) di Mina, Bandar Makkah al-Mukarramah. Jaraknya kira-kira 10 kilometer daripada Masjid al-Haram, Makkah.    Perjanjian Aqabah pertama ini adalah hasil daripada pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib (Madinah) di musim haji tahun ke-11 kerasulan baginda. Mereka yang berada di Mina ketika itu sanggup dan bersedia menerima ajaran baru" ketika itu dan berjanji kepada Rasulullah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah, apabila mereka telah pulang daripada menunaikan haji kelak berbanding kaum Musyrikin Makkah yang memandang lekeh ajakan Rasulullah kepada agama Islam yang murni ini. 📌 Faktor Yang Menyebabkan Penduduk Madinah ( Aus & Khazraj) Mudah Memeluk Islam 1⃣ Mereka hidup bersama orang-orang Yahudi Sebagaimana diketahui, orang-orang Yahudi adalah Ahli Kitab dan memiliki ilmu. Jika terjadi pertikaian di antara mereka, maka orang-orang Yahudi akan berkata: “Sesungguhnya akan ada seorang nabi yang diutus dan waktunya sudah dekat. Kami akan mengikutinya dan memerangi kalian bersamanya sebagaimana memerangai kaum ‘Ad dan Iram”. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajak orang-orang Madinah ini masuk Islam, mereka saling memandang dan berseru: “Demi Allah! Kalian tahu, bahwasanya ia benar-benar utusan Allah  yang diharapkan kedatangannya oleh Yahudi. Jangan sampai mereka mendahului kalian,” maka orang-orang Madinah itu pun menerima dakwah beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memeluk Islam. 2⃣ Peristiwa Yaumu Bu’âts Imam al-Bukhâri meriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha yang bermaksud : Yaum Bu’âts adalah satu hari yang disediakan oleh Allah Azza wa Jalla untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam . (Pada hari itu, red.) tokoh-tokoh mereka berpecah-belah. Para pemuka mereka yang terbaik terbunuh dan terluka. Maka Allah Azza wa Jalla mempersiapkan (peristiwa) itu untuk Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam  supaya mereka bisa masuk Islam. Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, Bu’âts yaitu tempat, ada yang mengatakan benteng, ada yang mengatakan sawah yang berada di kabilah Bani Quraizhah, dua mil dari Madinah. Di tempat ini pernah terjadi pertempuran antara kabilah Aus dan kabilah Khazraj. Dalam peristiwa ini banyak tokoh mereka yang menjadi korban. Peristiwa ini terjadi lima tahun menjelang hijrah Rasulullah. Para pembesar mereka yang sombong dan tidak mahu beriman dan tidak mahu menerima Islam terbunuh dalam peristiwa itu, sehingga Islam (ketika nantinya masuk Madinah) mudah tersebar dan menapak di Madinah tanpa penentangan para pembesar Madinah yang telah terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Показати повністю ...
4 045
4
✅ Tahun Ke 12 Kerasulan Hasilnya, pada musim haji berikutnya, bertepatan bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas kerasulan baginda, bersamaan Julai 621 Masihi, seramai 12 orang lelaki termasuk 5 orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas telah tiba ke Makkah. Tujuh orang yang baru ini termasuk: ▪️Muaz bin al-Harith Ibn 'Afa al-Najjari al-Khazraji ▪️Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraji ▪️Ubbadah bin al-Samit daripada Bani Ghanam al-Khazraji ▪️Yazid bin Tha'labah sekutu Bani Ghanam al-Khazraji al-Abbas bin Ubadah daripada Bani Salim al-Khazraji ▪️Abu al-Haitham bin Bani Abd al-Tihan al-Asyhal al-Ausi ▪️Uwaim bin Sa'idah Bani Amru bin Auf al-Ausi   Dua yang akhir adalah daripada kabilah al-Aus manakala yang lain sebelumnya daripada suku al-Khazraj. Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Mina, terus berjanji dengan Rasulullah s.a.w berdasarkan Baiah al-Nisa (Isi-isi Perjanjian Wanita), iaitu corak perjanjian yang dimeterai kan dengan kaum wanita semasa pembukaan kota Makkah.    Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al- Samit bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata kepada mereka yang bermaksud: "Kemarilah, hendaklah kalian berbai’at kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan apapun, kalian tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki kalian, tidak durhaka kepadaku dalam perkara yang ma’ruf. Barang siapa yang menepati bai’at (janji) ini, maka ia akan mendapatkan pahala dari Allah Azza wa Jalla . Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu dihukum di dunia, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu Allah Azza wa Jalla menutupi kesalahannya tersebut, maka urusannya dengan Allah, jika Allah Azza wa Jalla berkehendak, maka Allah Azza wa Jalla bisa menghukumnya; jika Allah Azza wa Jalla berkehendak, maka Allah Azza wa Jalla bisa memaafkannya."   Para penduduk Madinah ini pun kemudian berbai’at kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam . Bai’ah inilah yang dikenal dengan istilah bai’atul-‘aqabatil-ûlâ (baiat ‘Aqabah yang pertama).
Показати повністю ...
5 722
3
3 460
0

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
676
Анонімне голосування
4 606
5
Dosa Syirik Tilikan dalam Numerologi

Dosa Syirik Tilikan Dalam Numerologi.pdf

5 058
12
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Selamat Hari Raya Aidiladha
6 421
6
5 651
11

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
39
Анонімне голосування
5 437
4
Jom berdoa esok dengan sebaik-baik doa di hari Arafah ‼️
4 332
14
Jom berpuasa esok ‼️
4 279
12

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
92
Анонімне голосування
4 210
4
📌Persoalan Mengenai Solat Jumaat ✅ Berapakah bilangan rakaat dalam solat Jumaat yang perlu diganti sekiranya: 1⃣ Makmum sempat satu rakaat bersama imam? Maka dia mendapat Jumaat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada solat (solat jumaat dan lain-lain) maka dia mendapat solat itu.” [Riwayat Bukhari & Muslim]    Disebabkan dia sempat satu rakaat bersama imam, maka dia hanya perlu menambah satu rakaat sahaja. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  “Barangsiapa yang sempat satu rakaat (bersama imam) dalam solat Jumaat maka dia tambah satu rakaat lagi.” [Riwayat Ibn Majah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra & al-Hakim] 2⃣ Makmum tidak sempat satu rakaat bersama imam. Sebagai contoh makmum datang ketika imam sudah i’tidal pada rakaat ke-2 atau imam sedang tahiyyat akhir. Maka dia perlu menambah 4 rakaat solat Zuhur. Ini kerana solat Jumaat wajib secara berjemaah. Daripada Tariq bin Syihab RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jumaat itu adalah hak wajib setiap Muslim lelaki dalam keadaan berjemaah.” [Riwayat Abu Daud] ✅ Niat makmum sekiranya makmum tersebut tidak dapat rakaat solat Jumaat bersama imam? Niat solat Jumaat atau solat zohor? Makmum yang berkewajipan menunaikan solat Jumaat wajib berniat solat Jumaat walaupun dia tidak sempat mendapat satu rakaat bersama imam. Seterusnya, dia hendaklah menyempurnakan solat itu sebagai solat Zuhur, iaitu dengan 4 rakaat. Disebutkan dalam Fath al-Muin; "Wajib niat solat Jumaat ke atas sesiapa yang datang selepas rukuk kedua menurut pendapat yang lebih sahih sekalipun dia wajib menyempurnakan solat Zuhur..." Rujukan 1. 2.
Показати повністю ...
4 356
6
3 224
2

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
96
Анонімне голосування
3 791
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
109
Анонімне голосування
3 868
3

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
117
Анонімне голосування
4 389
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
109
Анонімне голосування
4 165
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
118
Анонімне голосування
3 581
3
3 071
11

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
20
Анонімне голосування
3 542
4
NOTA MOTIVASI DIRI #26 🌺 Marilah Bertadabbur Al Quran 🌺 وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا Dan berkatalah rasul(Muhammad): «Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang diabaikan». Al-Furqaan: Ayat 30 Jom sama sama belajar Tadabbur Al-Quran di sini:
3 122
1
🔸TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH🔸 1 Zulhijjah = 8 Jun 2024 (Lepas Maghrib 7hb Jun) - Disunatkan tidak memotong kuku, rambut dll bagi peserta Qurban sehingga korbannya dilaksanakan. 2 Zulhijjah = 9 Jun 2024 3 Zulhijjah = 10 Jun 2024 4 Zulhijjah = 11 Jun 2024 5 Zulhijjah = 12 Jun 2024 6 Zulhijjah = 13 Jun 2024 7 Zulhijjah = 14 Jun 2024 8 Zulhijjah = 15 Jun 2024 9 Zulhijjah = 16 Jun 2024 🚫 TARIKH HARAM BERPUASA : Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik 10 Zulhijjah = 17 Jun 2024 11 Zulhijjah = 18 Jun 2024 12 Zulhijjah = 19 Jun 2024 13 Zulhijjah = 20 Jun 2024 💯 TARIKH SUNAT BERPUASA : 8 Jun hingga 16 Jun 2024, Sunat untuk berpuasa dan perbanyakkan amal soleh kerana pahalanya akan dilipat gandakan. ✅ Puasa Tarwiyah 8 Zulhijjah = 15 Jun 2024 ✅ Puasa Arafah 9 Zulhijjah = 16 Jun 2024
Показати повністю ...
3 787
33
📌 Ujian 1. Antara sunnah hari Jumaat, baca Surah Al Kahfi. 2. Jangan hanya baca sahaja, tetapi tadabbur supaya boleh beramal ( dan sebarkan ). 3. Pagi ini parents Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah utk disambung reman. Baca komen² netizen, ramai yang tulis " besarnya ujian mereka". 4. Tadabbur ayat ke 7, Surah Al Kahfi. Kita diciptakan, untuk diuji. Ramai yang hanya nampak kesusahan itulah ujian. Ditahan reman, sakit, takde duit, rumah kena banjir, etc --- ini ramai sedar ini ujian. 5. Tetapi tak ramai yang sedar kesenangan itu pun ujian. " Perhiasan " yg Allah nyatakan dalam ayat ke 7 itu ialah segala apa yg buat kita suka, senang, lapang. Contohnya anak yg baik, pandai, harta melimpah ruah, rupa yang cantik kacak, kerja yang bagus. Ini semua ujian juga. Allah nak uji bagaimana kita MENSYUKURI nikmat² ini. 6. Apa makna Syukur? Syukur bukan hanya setakat ucap Alhamdullilah di bibir. Saya ambil contoh yang kerap Ustaz Abd Muein bagi - "Artis wanita bila diwawancara ucap Alhamdullilah sebab sambutan album baharunya hebat. Padahal dia ucap Alhamdullilah sambil langgar perintah Allah setiap hari, keluar rumah tak tutup aurat ". -- Ini bukan syukur. 7. Syukur ialah TAAT pada semua perintah Si Pemberi Nikmat. Allah suruh buat, buat tanpa banyak soal. Allah suruh tinggalkan, tinggalkan tanpa banyak soal. Taat sedaya upaya. Ini baru syukur. Sebab itulah DIAM pun boleh berpahala dan dianggap syukur, walaupun mulut tak berzikir Alhamdullilah. Contohnya bila orang maki kita, kita diam, sabar. 8. Maghrib hari ini, Insya Allah masuk 1 Zulhijjah. Marilah pulun beramal ibadat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Ramai yg alpa.
Показати повністю ...
2 718
11
2 307
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
89
Анонімне голосування
3 116
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
92
Анонімне голосування
2 846
5
✅ Sunnah-sunnah 10 awal Zulhijjah 10 awal Zulhijjah merupakan hari-hari yg disukai oleh Allah, banyak amalan sunnah yg boleh dilakukan. Antaranya adalah: 1. Sunnah tidak memotong kuku & bulu bagi mereka yg ingin melaksanakan korban sehingga selesai berkorban. "Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, "Barangsiapa memiliki hewan kurban, hendaknya ia berkurban jika hilal sepuluh Dzul Hujjah telah terlihat jelas, janganlah ia mencukur rambut dan memotong kuku terlebih dahulu walau sedikit hingga ia selesai berkurban."  (HR. Muslim: 3656) 2. Memperbanyakkan amal soleh pada 10 awal Zulhijjah "Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, " Tiada daripada hari-hari yang mana amal kebaikan padanya lebih disukai di sisi Allah berbanding hari-hari ini (10 awal Zulhijjah), mereka bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Baginda: Walaupun jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya maka dia tidak pulang dengan sesuatu pun." (Riwayat Abu Daud - Sahih) 3. Memperbanyakkan zikir pada 10 awal Zulhijjah Firman Allah S.W.T وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ Dan mereka mengingati nama Allah (berzikir kepadaNya) pada hari-hari dimaklumi. (Surah al-Hajj: 28) Berkata Ibn Abbas RA: “..Dan mengingati Allah pada hari-hari yang dimaklumi (اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ) itu pada sepuluh hari (awal Zulhijjah)" (Riwayat al-Bukhari secara ta’liq) 4. Memperbanyakkan Takbir, Tahlil dan Tahmid pada 10 Awal Zulhijjah Sabda Rasulullah SAW: “Maka perbanyakkanlah padanya (10 hari-hari awal Zulhijjah) dgn tahlil (لا إله إلا الله), takbir dan tahmid (الحمد لله)." (Riwayat Ahmad- sahih) Contoh lafaz takbir,tahlil dan tahmid (Ali RA dan Ibn Masud RA) : الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر الله أكبر، ولله الحمد "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian. (Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf beliau- sanad jayyid) 5. Puasa Sunat Hari Arafah Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: Maksudnya: Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) aku mengharapkan atas Allah SWT agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya. (Riwayat Muslim 6. Kelebihan Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari-Hari Tashriq Sabda Rasulullah SAW maksudnya: Hari Arafah, Hari Nahar (Aidil Adha) dan Hari-Hari Tashriq (11,12 &13 Zulhijjah) adalah perayaan kita umat Islam, dan ia adalah hari-hari untuk makan dan minum. (Riwayat Al-Tirmizi- Sahih) • Faedah: Hari Arafah disunatkan berpuasa bagi mereka yang tidak menunaikan haji manakala Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tashriq pula adalah hari yang disuruh untuk kita makan dan minum 7. Ibadah Korban Sebagai Bukti Ketakwaan Firman Allah SWT : لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ Maksudnya: Tidak sekali-kali sampai akan Allah oleh dagingnya (korban) dan tidak pula darah-darahnya tetapi yang sampai kepadaNya (Allah SWT) adalah takwa daripada kamu semua. Begitulah Dia permudahkannya bagi kamu semua untuk kamu membesarkan Allah atas petunjuk Nya kepada kamu dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang membuat kebaikan. (Surah Al-Hajj : 37) 8. Aidil Adha perayaan agama     umat Islam    Ketikamana Rasulullah SAW sampai di Madinah maka Baginda dapati penduduk Madinah merayakan dua perayaan yang kebiasaannya di sambut oleh mereka pada zaman jahiliyah. Maka sabda Baginda maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menukarkan keduanya bagi kamu semua dengan perayaan yang lebih mulia iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri. (Riwayat Abu Daud-Sahih)
Показати повністю ...
2 500
17
9. Doa Ketika Menyembelih Korban بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَکْبَرِ Maksudnya: Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar (Riwayat al-Bukhari & Muslim)    Setelah membaca lafaz di atas, disunatkan juga disertai dengan doa seperti: Ya Allah terimalah daripada (nama pembuat korban) dan keluarga (nama pembuat korban)    Daripada Aishah RA kata beliau: Maka Rasulullah merebahkan (kibas korban) tersebut dan membaca: "Bismillah, Ya Allah Engkau terimalah daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan ummat Muhammad lantas Baginda menyembelih kibas tersebut. (Riwayat Muslim) 10. Sunnah untuk makan, hadiah dan sedekah daging korban فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَۙ Maksudnya: Maka makanlah kamu semua daripadanya (haiwan korban) dan berilah makan ia kepada orang yang susah lagi fakir. (Surah al-Hajj: 28)    Semoga kita dapat memanfaatkan 10 awal Zulhijjah tahun ini agar ia tidak berlalu pergi begitu sahaja.
Показати повністю ...
2 763
11
2 337
9

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
47
Анонімне голосування
3 387
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
42
Анонімне голосування
3 668
6

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
48
Анонімне голосування
4 072
5
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular 🔹 Sabar itu separuh daripada iman الصبر من الإيمان Apabila bercakap mengenai sabar, hadis ini seringkali digunakan bagi menunjukkan bertapa pentingnya sabar dalam kehidupan seorang muslim. Sabar sangat mudah diucapkan tetapi sangat susah untuk dipraktikkan. Sememangnya Al Quran banyak memperkatakan mengenai sabar dan ganjaran serta kelebihannya. Antaranya seperti firman Allah di bawah ini: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ [Surah Al-Baqarah: 153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar Namun benarkah hadis diatas yang sangat popular itu asalnya dari Rasulullah?  Status Hadis ▪️Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin. ▪️Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya Ulumuddin, hadis tersebut adalah dhaif. ▪️Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif. ▪️Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat).  Ulasan Hadis   Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka  boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW.  Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri. Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahala orang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.   ✅ Kesimpulan Sesuatu hadis yang popular dan selalu diucapkan, tidak semestinya ia adalah benar dan berasal dari Rasulullah. Sentiasalah belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Rujukan terbaik dalam kita beribadah adalah Al Quran dan juga hadis-hadis sahih.
Показати повністю ...
3 922
7
2 752
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
74
Анонімне голосування
3 450
5

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
5
Анонімне голосування
3 747
3

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
66
Анонімне голосування
3 826
8
✨Amalan Sunnah✨ ☀️ Mengerjakan Solat Sunat Dhuha Amalan mengerjakan solat sunat Dhuha merupakan amalan sunnah yang dituntut di dalam Islam. Jumhur ulamak berpendapat bahawa solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata yang bermaksud: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”  [Riwayat al-Bukhari & Muslim] ✅ Kelebihan Mengerjakan Solat Dhuha 1⃣ Ianya Amalan Berbentuk Sedekah   Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda yang bermaksud: Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. [HR Muslim]   2⃣ Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman yang bermaksud: Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - [HR Abu Dawud]   3⃣ Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:   Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. [HR al-Tirmidzi]   4⃣ Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin).  Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda yang bermaksud: Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari [HR Muslim] ✅ Tatacara Perlaksanaan Solat Dhuha ▪️Waktu Mengerjakan Solat Dhuha Sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. ▪️Bilangan Rakaat Solat Dhuha Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha? Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. [HR Muslim] ▪️ Cara Melaksanakan Solat Dhuha Sama seperti melaksanakan solat sunat yang lain kecuali niat mestilah untuk melaksanakan solat sunat Dhuha.
Показати повністю ...
4 653
16
2 960
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
2
Анонімне голосування
3 549
6

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
25
Анонімне голосування
3 890
4

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
16
Анонімне голосування
4 188
0

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
35
Анонімне голосування
5 568
1

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
69
Анонімне голосування
6 803
3
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular 🔹 Kisah Rasulullah Dianiaya oleh Jiran Yahudi Kisah ini selalu disebut oleh penceramah bagi menggambarkan sikap lemah lembut yang ditunjukkan oleh Rasulullah berjaya mengubah hati jiran yahudi tersebut. Namun apabila diteliti, terdapat banyak persoalan yang meragui kebenaran kisah ini. Sukar untuk mencari sumber sebenar kisah ini kerana tidak termaktub dalam kitab-kitab yang muktabar. Akan tetapi terdapat satu sumber artikel yang menceritakan tentang kisah ini iaitu: Nabi berjiran dengan seorang Yahudi yang suka menyakiti Baginda. Setiap hari, dia akan mengambil sampah dan meletakkan di hadapan rumah Nabi Muhammad. Baginda memperlakukannya dengan rahmah dan lembut, dan tidak membalas keburukan dengan keburukan. Bahkan Nabi mengambil sampah tersebut dan membuangnya jauh tanpa menyimpan sebarang perasaan dendam kepada jiran Baginda. Hal ini kerana, Nabi Muhammad hidup dengan tujuan yang tinggi dan akhlak yang mulia, iaitu menyucikan manusia daripada kesusahan dan membahagiakan mereka selepas kecelakaan. Satu hari, tiada gangguan daripada orang Yahudi tersebut. Tiada pula sampah yang dibuang olehnya di hadapan rumah Baginda, lantas Baginda berkata, kemungkinan dia sakit. Lebih baik aku menziarahinya. Lalu Baginda pergi ke rumah jirannya dan mendapati dia benar-benar sakit sebagaimana sangkaan Baginda Rasulullah s.a.w. bercakap dengan lembut dan menenangkan jirannya. Ini adalah satu akhlak yang mulia. Orang Yahudi tersebut terkejut dengan kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. kerana selama ini dia menyakiti hati Baginda s.a.w. Maka, dengan akhlak tersebut, dia beriman dengan risalah Muhammad s.a.w. dan memeluk agama Islam. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Nabi uhammad itu pesuruh Allah". ✅ Status Hadis Kesemua jalur riwayat hadith ini adalah dhaif dan tidak sahih. Penambahan yang dibuat-buat oleh kebanyakan orang pada masa sekarang mengenai jiran Rasulullah yang menyakiti hati Baginda dengan meletakkan sampah dan duri di laluan baginda merupakan tambahan yang tidak ada asalnya di dalam kitab-kitab sunnah dan tidak dinyatakan oleh mana-mana orang berilmu. Ia hanya masyhur kalangan orang-orang terkemudian dalam kalangan pemberi nasihat dan orang-orang 'zuhud' tanpa sebarang asal dan sanad. ✅ Perbahasan Hadis Terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya dalam mencari kebenaran kisah ini antaranya adalah: 1. Dimanakah peristiwa ini berlaku? Sudah pasti berlaku di Madinah. Ini kerana orang Yahudi tidak berada di Mekah. Sekiranya kisah ini berlaku di Mekah, mana mungkin orang Yahudi tersebut berani memperlakukan Rasulullah sebegitu rupa dimana Rasulullah merupakan orang Quraisy dari keturunan yang mulia dan berpengaruh di Mekah. 2. Benarkah Rasulullah berjiran dengan orang Yahudi? Rumah-rumah Rasulullah kesemuanya berdekatan dengan Masjid al-Nabawi manakala orang Yahudi tinggal di pinggiran Madinah. 3. Beranikah orang Yahudi berlaku kasar dengan Rasulullah sedangkan baginda merupakan ketua Madinah dan dikelilingi oleh para sahabat seperti saidina Umar? Rumah-rumah Rasulullah berdekatan dengan masjid, jadi semestinya banyak rumah para sahabat yang berdekatan di sekeliling rumah baginda. Para sahabat pula terkenal sebagai manusia yang paling mengasihi Rasulullah. Mana mungkin mereka membiarkan orang Yahudi itu menyakiti Rasulullah.
Показати повністю ...
4 816
6
Kesimpulan Berdasarkan persoalan-persoalan diatas dan juga jalur riwayat hadith ini yang dhaif, dapat disimpulkan bahawa kisah ini tidak sahih dan rekaan semata-mata. Rekaan yang sengaja diada-adakan bagi menunjukkan kelemahan Rasulullah dan keburukan para sahabat. Walaupun ada penceramah yang ingin menonjolkan akhlak Rasulullah yang mulia, namun memperkatakan sesuatu yang tidak benar tentang baginda adalah sesuatu perbuatan yang batil. Agama Islam adalah agama perdamaian. Islam bukanlah agama yang memusuhi agama dan bangsa lain. Islam hanya bencikan kezaliman dan penindasan. Sekiranya orang Islam sendiri yang melakukan kezaliman, mereka juga termasuk dalam kelompok yang dibenci Islam. Ada sahaja hadis sahih lain yang menceritakan tentang seorang Yahudi yang pernah berbakti kepada Rasulullah dimana ketika dia jatuh sakit, Rasulullah datang melawatnya dan menggiatkan dakwah kepadanya sehingga akhirnya dia menerima Islam. Hadis tersebut seperti berikut yang bermaksud: Anas bin Malik r.a. melaporkan: "Anak muda Yahudi yang menjadi khadam Nabi saw. jatuh sakit. Nabi Muhammad menziarahinya dan duduk di sisi kepalanya. Rasulullah berkata kepadanya, "Masuklah ke dalam Islam. Dia melihat kepada ayahnya yang ada di sisinya, lalu ayahnya berkata: Taatilah Abu al-Qasim s.a.w. Dia pun memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dan berkata: Pujian kepada Allah s.w.t yang menyelamatkannya daripada neraka." [HR Bukhari] Jadi belajarlah dan sebarkanlah hadis sahih, bukanlah menyebarkan kebatilan atas nama cinta kepada Rasulullah. Mencintai Nabi tandanya adalah mengamalkan sunnah-sunnah baginda dan menolak kisah karut marut mengenai baginda.
Показати повністю ...
6 651
4
3 668
1

[object Object]

[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
[object Object]
51
Анонімне голосування
5 011
3
💫Redha Dengan Ketentuan Allah Ada 1 kes cerai bersyarat yg jatuh talak. "Saya berkahwin dah 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Saya pernah mengandung 3 kali, semuanya keguguran. Suami saya salahkan saya tak jaga kandungan baik². Suami kata, kalau lepas ni mengandung tapi gugur juga, jatuh talak 1 terhadap saya. Malangnya saya mengandung kali ke-4 & keguguran juga pada usia kandungan 8 minggu. Maka setelah berjumpa pegawai yg berkenaan, talak sah jatuh." Dari situ boleh lihat betapa tak matangnya seorang lelaki. Kalau diri sendiri tak matang, bagaimana dia boleh menjaga zuriatnya kelak? Lagi nak salahkan isteri. Sedih. Tahu tak bahawasanya menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yg berkahwin. Adalah tidak adil jika mereka dituduh tidak menjaga kandungan dgn baik. Keguguran bukanlah sesuatu yg indah spt berkelah ditepi pantai, wanita itu perlu melalui proses mengeluarkan janin & mencuci rahim. Sesuatu proses yg tiada wanita akan kata mereka suka. Pernah dengar wanita yg happy sangat nak pergi buat D&C? Diseluk sana sini, malu jgn cakaplah. Kalau malu & sakit masa lahirkan anak, masih berbaloi bila nampak baby & dengar suara baby. Tapi keguguran, dah la sakit, kena lalui proses tu semua, emosi lagi nak kawal, baby pun takde. Ingat suka² ke keguguran? Maka, sangatlah tidak adil jika wanita ini didakwa dgn sengaja tidak menjaga kandungannya. Keguguran boleh terjadi dgn pelbagai cara. Walau bagaimana kandungan dijaga rapi bagai anak raja, tapi jika ianya bukan milik kita, tetap bukan milik kita. ✅ Kisah 1 Usia kandungan 2 bulan. Si ibu hanya menarik satu rumput kecil dari tanah, keguguran terjadi. ✅ Kisah 2 Usia kandungan terlalu baru, si ibu tak sedar pun dia mengandung. Lalu dia mengangkat meja berat di tempat kerjanya. Tapi Alhamdulillah, zuriat itu tetap miliknya. ✅ Kisah 3 Anaknya baru berusia 5 bulan, si ibu mengandung sekali lagi tanpa dirancang. Si ibu mmg belum sedia terima anak lagi, maka dia ambil jln pintas memakan ubat mengeluarkan period yg dibeli dari farmasi. Tapi rezekinya, anak dlm kandungan tetap lahir sihat. ✅ Kisah 4 Sama spt kes 3, belum sedia mengandung lagi. Maka dimakannya nenas muda, air coca cola, ubi keladi mentah, apa saja yg org kata boleh gugurkan janin. Tapi anaknya lahir juga. ✅ Kisah 5 Si ibu mengandung sulung. Dijaga rapi bak sang puteri. Tiada sebarang kerja dibuat, segala keinginan dituruti. Pada usia kandungannya 6 bulan, bayi dlm kandungan tak bergerak. Dah meninggal dunia. ✅ Kisah 6 Kahwin 10 tahun, duit byk. Dah buat pelbagai rawatan utk hamil, dah habis jutaan ringgit, tapi masih tiada zuriat. ✅ Kisah 7 Hidup susah, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Tapi anak lahir setiap tahun. Walau makan pil perancang, tapi ada hari terlupa makan. Dan hari itulah Allah kurniakan zuriat dlm rahim si ibu. Kisah 8 Kisah 9 Kisah 10 Kisah 1000 Byk kisah lagi. Saya sendiri pernah keguguran anak pertama. Masa mengandung, saya mengalami hyprem yg teruk. Masuk air sampai 30 botol biru lebam tangan sbb dicucuk jarum tapi akhirnya saya keguguran juga. Adalah mulut berkata, mungkin baby lemas sbb masuk air byk sgt. Anak pertama kan, kita pun tak pandai lagi. Bila mengandung anak kedua, teruk mcmmana pun, saya enggan ke hospital. Saya takut kena masuk air lagi. Tapi sampai tahap saya pengsan, terus dibawa ke hospital. Doktor India tu kata akan masukkan air sbb badan saya dah kekurangan cecair kerana muntah teruk. Saya enggan. Saya kata takut nanti kandungan keguguran lagi. Lalu doktor India tu senyum pandang saya. "You percaya Tuhan kan? You tahu Tuhan boleh buat apa saja kan? Kalau baby ini milik you, walau apa jadi, dia tetap milik you. Kalau bukan milik you, dia tetap bukan milik you." Terus terang cakap, saya tersentak masa tu. Allahu....! Mcm baru sedar walaupun sebenarnya dah lama tahu.... KUNFAYAKUN. Kita boleh berusaha, berikhtiar tanpa henti. Tapi yg menentukan hanya Allah swt. Dia lebih tahu kenapa setiap sesuatu terjadi.
Показати повністю ...
4 553
11
▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak lelaki. ▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak perempuan. ▪️Kenapa ada ibu yg lahirkan hanya 2 anak. ▪️Kenapa ada ibu yg mampu lahirkan belasan org anak. ▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan 1 anak. ▪️Kenapa ada ibu yg tak boleh lahirkan anak. Semua kenapa ini, kalau kita percaya pada qada & qadar Allah, redha dgn ketentuan Allah, pasti kita takkan menyalahkan manusia. Setiap yg Allah takdirkan, pasti ada sebabnya. Bukan hanya pada si ibu, ianya mungkin sbb si ayah. Ianya boleh jadi sebab sekeliling. Ianya boleh jadi sbb apapun. Kerana Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada rancangan lain yg Allah dah atur yg lebih baik. Pelihara anak yatim. Tanggung keluarga yg susah. Atau Allah tahu pada masa akan datang mungkin anak tersebut akan jadi penghalang si ibu mahupun ayah utk masuk syurga. Kita tak tahu kan, tapi Allah tahu. Yg pasti Tiada anak pun boleh masuk syurga. Ramai anak tak semestinya terus masuk syurga. Yg penting, berusaha & redha. Anak itu anugerah. Anak itu harta. Anak itu amanah. Makin ramai anak, makin lama hisab di sana. Segalanya bersebab. C&P
Показати повністю ...
4 983
14
3 442
2
🔶 Sirah Nabi 🔹 Sikap Orang Islam & Quraisy ke atas Israk Mikraj Rasulullah sampai di Mekah dan kemudiannya bersolat Subuh. Selepas solat, baginda masih terkesan dengan peristiwa dan pengalaman semalam sambil mengingat kembali apa yang berlaku kepada baginda. Melihat keadaan Rasulullah sebegitu, Abu Jahal merasakan ada sesuatu yang berlaku. Dia lantas bertanya kepada Rasulullah dan Rasulullah memberitahu bahawa baginda baru pulang dari Baitulmaqdis. Abu Jahal berasa gembira dengan peristiwa ini, kerana dia dapat memburukkan Rasulullah. Dia mengumpul orang ramai dan memberitahu bahawa Rasulullah baru pulang dari Baitulmaqdis setelah semalaman perjalanan. Sedangkan perjalanan menaiki unta ke Baitulmaqdis mengambil masa sebulan perjalanan. Disini berlaku ujian, orang yang belum Islam memang tidak percaya akan hal ini, malahan orang yang lemah imannya juga turut bergoncang keimanan mereka. Abu Bakar segera pergi menemui Rasulullah setelah mendengar perkhabaran tersebut. Abu Bakar terus datang mengadap Rasulullah dan bertanyakan hal tersebut. Tanpa sebarang keraguan, Abu Bakar terus membenarkan dan mempercayai Rasulullah dengan sepenuh hatinya. Bagi Abu Bakar, segala yang disampaikan Rasulullah adalah kebenaran semata-mata. Orang Quraisy mempersoalkan keyakinan Abu Bakar. Adalah tidak logik seseorang mampu untuk pergi ke Baitulmaqdis dan pulang kembali dalam masa semalaman. Abu Bakar berkata dia mempercayai segala apa yang dikatakan Rasulullah. Sebagai bukti atas kebenaran yang disampaikan Rasulullah, Abu Bakar meminta Rasulullah menceritakan bagaimana keadaan Baitulmaqdis, sedangkan semua orang Quraisy tahu Rasulullah tidak pernah ke Baitulmaqdis sebelum ini dan ada antara penduduk Mekah yang pernah ke sana. Rasulullah pun menceritakan keadaan di Baitulmaqdis. Ada antara Quraisy yang mula bertanya pertanyaan secara terperinci, berapa jumlah tiangnya, berapa jumlah pintunya, berapa jumlah tingkapnya. Begitu pula usaha Quraisy bagi membuktikan baginda tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka baginda menceritakan Masjid al-Aqsa tepat dengan yang sebenarnya. Rasulullah jawab semua pertanyaan yang Quraisy tanyakan. Tidak ada yang baginda tidak tahu dan tidak dapat dijawab. Quraisy pelik, tetapi hati mereka belum terbuka untuk beriman, mereka tetap tidak percaya. Selain menceritakan keadaan Baitulmaqdis, Rasulullah juga menyatakan bahawa terdapat rombongan yang dipintas Rasulullah ketika pulang dari Baitulmaqdis. Rasulullah menceritakan ciri-ciri rombongan tersebut dan juga berkaitan kehilangan unta rombongan tersebut dimana baginda menunjukkan kepada rombongan tersebut tempat unta mereka bersembunyi. Rasulullah menyatakan bahawa rombongan tersebut akan sampai dalam masa 3 hari. Pada 3 hari kemudian, memang benar satu rombongan telah sampai ke Mekah yang menepati ciri-ciri yang disampaikan oleh Rasulullah. Quraisy bertanya kepada rombongan tersebut mengenai kehilangan unta mereka. Mereka berasa kehairanan, bagaimana Quraisy dapat mengetahui kisah tersebut sedangkan kisah tersebut masih belum tersebar. Mereka berkata bahawa mereka kehilangan seekor unta dan mendengar satu suara dari langit yang memberitahu mereka tempat unta mereka berada. Walaupun apa yang disampaikan Rasulullah itu benar, Quraisy tetap tidak mahu beriman. ✅ Pengajaran 1. Berhati-hatilah dgn musuh Islam, mereka akan cuba segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Lihatlah Abu Jahal yg cuba untuk memberi keraguan terhadap peristiwa Israk & Mikraj. 2. Berimanlah dgn sepenuh hati tanpa ada sedetik pun keraguan terhadap peristiwa Israk & Mikraj sebagaimana Saidina Abu Bakar membenarkan peristiwa tersebut sehingga digelar As-Siddiq oleh Rasulullah. 3. Hidayah milik Allah. Manusia kufur tidak akan beriman walaupun bukti-bukti telah berada dihadapan mata mereka. Hati, mata & segala pancaindera mereka sudah tertutup untuk menerima kebenaran. 4. Baitulmaqdis merupakan kiblat pertama kita & merupakan antara tempat suci di dalam Islam & merakamkan peristiwa menakjubkan yg berlaku kepada Rasulullah. Sentiasalah berdoa kemenangan Palestin
Показати повністю ...
4 352
7
3 073
0
🔴6TH PAGE Isi Kandungan Channel Kisah-kisah Di Dalam Al Quran 📌 Kisah Di Dalam Al Quran & Hadis 41. 📌 Tazkirah 46. 📌 Sirah Nabi 10. 📌Hadis Palsu & Lemah Popular 28. 📌 Amalan Sunnah 20. 21. 22. 📌 Hadis Berkenaan Puasa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 📌 Lain-lain 62. 63. 64. 65. 66. 67. 📌 Kuiz , , , , , , , , , 📌 Kuiz Surah Al Kahfi , , 📌 Kuiz Bertemakan Doa Para Nabi , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Показати повністю ...
4 123
11

Kuiz 131 Di dalam Al Quran, apakah yang diumpamakan seperti air yang turun dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin?

A. Kehidupan akhirat
B. Kehidupan dunia
C. Percampuran antara hak dan batil
D. Iktikad orang munafik
E. Amalan yang sia-sia
0
Анонімне голосування
4 173
3
✅ Puasa Sunat Enam Hari di Bulan Syawal Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun. [Riwayat Muslim, no. 1164] ✅ Disunatkan berpuasa pada hari putih berdasarkan hadith Nabi SAW: Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya yang bermaksud: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.” [Riwayat Abu Daud no. 2449] ✅ Tarikh Hari-hari Putih 13 Syawal 1445H (Isnin 22.4.24) 14 Syawal 1445H (Selasa 23.4.24) 15 Syawal 1445H (Rabu 24.4.24)
Показати повністю ...
5 454
5
3 453
9
📌Persoalan berkaitan Puasa 6 Syawal & Qadha Puasa ✅ Persoalan Pertama Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan. Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. 🔘Pendapat Pertama: Boleh melakukannya,  berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata yang bermaksud “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.] Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan. 🔘 Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya,  berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra. Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22]. Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].  
Показати повністю ...
3 722
5
Persoalan Kedua Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam. Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu? 🔘 Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. 🔘 Ada dalam kalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah] 🔘 Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut] 🔘 Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam. 🔘 Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Показати повністю ...
4 400
6
Останнє оновлення: 11.07.23
Політика конфіденційності Telemetrio