Xizmat sizning tilingizda ham mavjud. Tarjima qilish uchun bosingEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Kategoriya
Kanal joylashuvi va tili

barcha postlar Nadir Al-Nuri

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza. 
258 468-15
~50 864
~17
18.38%
Telegram umumiy reytingi
Dunyoda
2 725joy
ning 78 777
Davlatda, Malayziya 
41joy
ning 806
da kategoriya
51joy
ning 2 333
Postlar arxivi
Terima kasih Atok yang sentiasa berusaha mengambil hati Haura' dan Qamar 'to the best of his ability'. Mengambil hati orang dewasa dan berkuasa itu biasa tetapi jarang dilakukan tanpa mengharapkan balasan. Mengambil hati kanak-kanak itu yang susah kerana mereka tak ada apa untuk diberikan. Biarkan kasih Rasulullah S.A.W kepada anak kecil semata-matalah yang menjadi teladan.
5 606
1
Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza! Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti: πŸ“š Peralatan Sekolah πŸ•οΈ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran 🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah) πŸ‘©β€πŸ« Gaji Guru Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik.Β  Klik atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
Ko'proq ko'rsatish ...
12 954
13
JEMPUTAN KE MEET & GREET BERSAMA CGM 3.0! Tak kenal maka tak cinta, ternyata pepatah ini tak boleh digunakan untuk kalian. Kalian yang tak mengenali mereka tetap juga menyumbang, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri terasa. Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu) Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: Level 1, Library Cinta Gaza Malaysia, Bangi Pautan Lokasi: Penampilan Khas : Tuan Nadir Al-Nuri, Puan Reem Al-Minawi dan Tim CGM dari Gaza Ini lah wajah-wajah saudara kita di bumi Gaza yang kalian telah bantu selamatkan dengan sumbangan yang tak pernah putus walaupun setelah lebih 300 hari sejak genosid di Palestin bermula. Kami ingin mengambil peluang hari ini untuk kalian dapat jumpa face-to-face dengan keluarga Tuan Nadir sendiri dan dengar cerita yang akan mereka kongsikan, kehidupan di Gaza sepanjang genosid yang paling teruk direkodkan dalam sejarah. Daftar di sini! Kerana terhad untuk 40 orang sahaja
Ko'proq ko'rsatish ...
12 252
2
13 469
14
Suka atau tidak, kesungguhan mereka mencari rezeki wajar kita jadikan contoh. Baca kisah inspirasi lelaki Bangladesh ini πŸ‘‡ "Saya meninggalkan tanah air Bangladesh 31 tahun lalu ketika anak kelima saya baru berusia 6 bulan. Saya tidak pulang sejak itu. Saya merindui keluarga saya dan mereka juga merindui saya. Tetapi ini untuk mereka. Semua ini untuk masa depan mereka. Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar terdapat banyak pekerjaan di sini. Walaupun ia hanya melakukan kerja yang tiada orang lain mahu lakukan, saya akan melakukannya. Saya telah melakukannya 7 hari seminggu, 365 hari setahun selama 27 tahun yang lalu. Saya tidak pernah mengambil satu hari cuti sakit mahupun hari cuti. Dan saya masih kuat, insha'Allah. Keperluan saya di sini mudah sahaja. Saya menghantar sebahagian besar pendapatan saya kembali kepada keluarga saya. Saya bangun, saya mandi, saya sarapan, saya pergi kerja, saya balik, saya bercakap dengan keluarga saya di rumah melalui telefon, saya berehat dan ia adalah perkara yang sama pada keesokan harinya, dan keesokan harinya. Saya juga telah mendapat beberapa kawan baik di sini. Salah seorang daripada anak perempuan saya kini seorang hakim, seorang lagi doktor dan seorang jurutera. Saya bersyukur dengan apa yang telah mereka capai. Disember ini saya akan pulang ke rumah untuk selama-lamanya dan akhirnya berjumpa keluarga saya semula. Ini akan menjadi kali pertama saya akan melihat dua cucu saya juga. Saya tidak sabar." HUMANS OF KUALA LUMPUR - Abu Bakar ialah seorang tukang cuci berusia 70 tahun yang bekerja di Klang Parade. Dia adalah yang tertua di kalangan kumpulannya. Gambar diambil di Klang Parade ketika kru meraikan pencapaian mereka untuk memenangi anugerah Tandas Awam Terbersih (Mall) Klang oleh Majlis Perbandaran Klang. Gambar - Ariel Chew Disunting - Mushamir Mustafa
Ko'proq ko'rsatish ...
13 606
17

file

file

file

12 802
6
Seronok juga bila dijemput ke Bukit Bintang untuk join program Bukit Bintang Berselawat kelmarin. Kami sekeluarga biasa saja ke BB sebab kat sana port makanan Arab yang boleh ditelan, khususnya di Arab Street. Nak selit tips, beli syawarma kalian di Halab Gate dan kedai-kedai kecil sepanjang jalan nak ke Hotel Izumi tu, lagi sedap dari kedai besar yang viral. Kali ini sebaik menghampiri persimpangan utama BB itu, suasanya berbeza. Gemuruh dengan suara orang bertakbir, berselawat dan melaungkan pembebasan P sambil disaksikan ratusan orang asing. Skrin besar pun menayangkan mesej perpaduan dan kesatuan. Semoga kita terus berbangga membawa imej agama dan pendirian kita di tengah ibu kota dan tidak apologetik dengan alasan takut dicop mundur dan memalukan negara. Islam adalah dan akan kekal sebagai agama rasmi Malaysia. Tahniah dan terima kasih pihak yang jemput saya dan seluruh penganjur lain, termasuk pihak DBKL dan IPD yang memberikan keizinan penganjuran. .0
Ko'proq ko'rsatish ...
12 852
9
Alhamdulillah, terima kasih semua rakyat Malaysia yang pemurah sudi menaja anak-anak Gaza ini πŸ˜‡ Kelas Halaqah al-Quran ini akan mengumpulkan seramai 500 kanak-kanak dan akan berjalan selama satu bulan. Tujuan kelas halaqah ini untuk membantu anak-anak ini untuk belajar dan menghafal al-Quran. Alhamdulillah, asbab sumbangan kalian juga InsyaAllah kita dapat melahirkan lebih ramai lagi penghafaz al-Quran di bumi Gaza ini 🀲🏻 Kalian boleh salurkan ke atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah.
Ko'proq ko'rsatish ...

IMG_1642.MOV

11 882
6
Ramai orang selalu komen depa seronok bila Haura' dan Qamar salam orang, akan cium tangan. Qamar ni bukan setakat orang, dia salam Deadpool hari tu pun cium tangan, terkejut kawan tu πŸ˜‚
13 361
4
Hadiah untuk kalian daripada sahabat-sahabat kita di sana, bersempena Hari Malaysia. Bukan sahaja dari G mereka mendoakan kita, malah juga dari bumi Al-Aqsa tercinta.

file

16 752
36
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak beriman seseorang dalam kalangan kalian hingga menjadikan aku lebih dicintai melebihi kecintaannya kepada anaknya, bapanya dan seluruh manusia." - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Tingkatkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan berselawat ke atas Baginda disamping mempelajari dan mengikuti akhlak mulia Baginda. InsyaaAllah bersama-sama kita mendekatkan diri dengan Rasulullah SAW dengan sentiasa memperingati Baginda. Salam Maulidur Rasul! ✨
18 807
30
Semalam kami bertiga saja memenuhi undangan ceramah di Setiawangsa. Dalam perjalanan ke sana Haura' kata, lepas habis ceramah nanti mesti ramai datang nak salam dan cium saya sebab saya masyhur. Nasib baiklah saya teringat nak pakai minyak wangi tadi.
15 705
3
Berapa hari lagi nak jadi satu tahun?
25 657
19
Kenal Kekasih kita Rasulullah S.A.W dalam satu mukasurat. Saya tak pasti siapa yang buat infografik ini tapi pastinya bertimbun pahala beliau. Yang sharekan pun dapat pahala, tanda cinta kepada Baginda.
24 903
262
Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza! Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti: πŸ“š Peralatan Sekolah πŸ•οΈ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran 🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah) πŸ‘©β€πŸ« Gaji Guru Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik.Β  Klik atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
Ko'proq ko'rsatish ...
18 735
11
Jom main game petang-petang ini. Cuba tengok apakah persamaan dalam kesemua gambar yang saya kongsikan? Betul! Semua ahli team CGM ini menggayakan tudung Edisi Palestin baru keluaran ! Kalau kalian pun nak bergaya sambil membuktikan cinta dan setia kepada Palestina, pada masa sama 100% keuntungan jualan akan masuk ke Tabung Pemerkasaan Wanita di sana, kalian perlu menghadiahkan tudung Gaza atau Jenin kepada diri sendiri atau orang tersayang. Klik cepat sebelum preorder ditutup!
Ko'proq ko'rsatish ...
17 605
5
13 959
6
Tala, anak berusia 10 tahun yang merayu babanya untuk turun bermain roller skate bersama anak-anak jiran. Dia baru sahaja hendak keluar rumah apabila ia dibedil dan beliau mati syahid dalam keadaan masih memakai kasut rodanya. Mereka masih memerlukan kita. Share kita, sumbangan kita, doa kita. Adakah kita sudah bosan membantu mereka?
17 586
19

file

18 938
19

file

15 914
15
Saya di sini malam ini inshaAllah. Jom perkasakan semula semangat cintakan Palestin.
16 871
2
Korang tengok dah video ni? Kami rakam masa hantar Tudung Edisi Palestin, Siri Gaza dan Jenin kepada beberapa orang influencer. Bersama dengan kami masa tu adalah team tarian dabke Palestin, tarian tradisi yang dipersembahkan di majlis perkahwinan dan keraian lain di G. Korang tengoklah sendiri, rasa macam nak melompat sama sebab happening betul. Oh ya, untuk preorder tudung lawa tu boleh dibuat di , tak lama lagi nak tutup dah preorder tau. Orang kata kalau perempuan pakai, auto cantik. Tapi kalau suami belikan untuk isteri, pehhh, dua kali cantik. Klik cepaaaat.
Ko'proq ko'rsatish ...

file

17 997
9
Bila renung mata budak ni, apa yang kalian rasa? Saya rasa macam budak ni sedang menyalahkan dunia, menyalahkan kita semua atas apa yang sedang menimpanya. Kalian tahu tak kenapa dia menangis? Dia menangis sebab terpaksa beratur panjang dan berebut untuk mendapatkan sepotong piza untuk dimakan. Entahlah anakku sayang. Dunia ini penuh kekejaman dan ketidakadilan.
26 182
22
23 025
23
Muhasabah sebelum tidur. Malu kan nak kata kita banyak ujian, kita letih, kita tak cukup itu ini. Betullah ujian ni Allah bagi ikut iman dan akidah kita, kalau kecil ujian pun kita dah mengeluh dan mengadu domba, kena tanya diri semula, betulkah kita ini bergelar Hamba? Hamba Allah yang redha dan sabar, kuat dan tawakal atau hamba dunia yang sementara, harta yang tak ke mana? Moga Allah mengampunkan kita.

file

19 450
30
23 568
13
Beberapa bulan lepas saya duduk bersama pasukan membincangkan cara menghargai ratusan ribu wanita hebat yang pernah menyumbang melalui CGM. Kata sepakat yang kami capai – berikan wanita hebat ini identiti untuk diangkat setara wanita-wanita besi yang ada di bumi Palestin sana. Berikan mereka ruang khusus bagi membantu program pemerkasaan wanita di Gaza ; orang yang mereka anggap adik, kakak dan ibu mereka sendiri. Berikan mereka peluang membeli produk yang cantik dan tidak mahal sambil-sambil mereka beramal. Daripada situlah lahirnya idea menghasilkan tudung Edisi Palestin di bawah jenama yang 100% dimiliki oleh CGM. Dua keluaran pertama ini dinamakan sebagai Siri Gaza dan Siri Jenin, dua buah wilayah di Palestin yang sedang bangkit dengan dahsyat ketika ini menentang penjajahan. Paling seronok 100% keuntungan jualan akan digunakan untuk projek pemerkasaan wanita di Gaza pada waktu genosid ini dan selepas perang tamat melalui projek pembangunan ekonomi wanita. Peluang untuk preorder sangat terhad, kita sasarkan 1000 orang sahaja pada hari ini untuk mendapatkannya. Klik segera dan layari di instagram untuk melihat influencers tersayang kalian menggayakannya. 1000 orang saja diperlukan hari ini, siapakah yang akan bertindak membantu saudara kita di sana? Saya pasti anda salah seorang darinya!
Ko'proq ko'rsatish ...
20 943
11
Dengarkan kisah-kisah baru tentang wanita dan perjuangan Syeikh Ismail Haniyyeh (diterjemah) bersama isteri saya Puan Reem Al-Menawi.
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
17 948
9

file

21 504
3
Baru-baru ni masa kami di imigresen, Qamar bergayut pada pushchair Ibrahim sampai pushchair jatuh dan Ibrahim tergolek ke tanah. Pegawai-pegawai di situ terkejut bila lihat kami tenang dan tak bertindak, hanya mengangkat semula Ibrahim perlahan-lahan untuk tengok reaksi dia. Ibrahim bangun sendiri dan ketawa. Masa saya mula-mula berada di G saya pun pelik tengok cara mereka mendidik anak-anak. Anak-anak dibiarkan untuk beraktiviti lasak, jatuh terluka dan menangis lalu bangun semula. Bila saya tanya ipar saya satu hari kenapa dibiarkan saja anaknya melompat dan memanjat, dia menjawab, 'kalau patah paling-paling kena plaster'. Lama-lama saya pun jadi tenang macam mereka malah melebihi ketenangan mereka bila terjadi apa-apa. Sekali jelah masa Ibrahim sesak nafas teruk di sana kelam-kabut kami kejarkan ke wad kecemasan dan dah terima takdir apabila melihat dia terkulai di pangkuan mamanya. Tapi ni untuk anak lelaki je tau. Kalau anak perempuan mereka tak biarkan 'membuas', malah sangat dijaga takut mukanya tercalar atau kulitnya gelap kalau bermain panas, nanti tak jumpa pengantin πŸ˜„ Saja bercerita untuk kawan-kawan kenali cara mereka. Salam hari Sabtu teman-teman.
Ko'proq ko'rsatish ...
21 854
5
Sebab kalian di telegram ini setia dan istimewa, saya belanja sekali gambar Lujain dan pakciknya Ibrahim (anak bongsu saya) ini πŸ˜€
20 491
4
Saya ada berita gembira nak dikongsikan dan saya rasa kalian selayaknya mendengar berita ini terlebih dahulu kerana kalian penyokong paling tegar P melalui wadah saya dan CGM. Minggu lepas kami dihubungi anak kedua saya Seneen, anak perempuan yang sudah berkahwin dan masih berada di bumi G pada saat ini. Rata-rata kalian tahu saya dianugerahkan pangkat Datuk oleh Allah kerana Seneen sudah mempunyai seorang anak bernama Lujain. Seneen menghubungi kami melalui grup whatsapp dan menyatakan ada berita gembira nak dikongsikan sehingga membuat kami terteka-teka, Lujain nak dapat adikkah? Ada bunyi nak berlaku gencatan senjatakah? Atau apa yang berahsia sangat ni? Rupanya Seneen membawa berita yang jauh lebih menggembirakan! Dia memaklumkan kami sekeluarga bahawa dia sudah tamat menghafal 26 juzu' Al-Quran dalam tempoh 3 bulan terakhir peperangan! Seneen bangun setiap hari untuk solat Subuh dan walau dikelilingi hentaman roket dan bedilan bom, di ruang usang yang didiami tanpa apa-apa kemudahan, dia mampu menghafal 10-13 muka surat Al-Quran setiap hari. Selepas Asar, suaminya diminta menyemak hafazan untuk memastikan semuanya lancar. Kata Seneen, cita-cita menghafal Al-Quran telah lama ditanam tetapi tanpa disangka dalam perang ini pula peluang terbuka untuk dia menelaah ayat-ayat suci lalu terus disemat di akal dan hati. Allah, beruntungnya Seneen. Kami dalam kelapangan dan kemudahan, hendak membelek dan membaca Al-Quran pun payah. Moga umur engkau panjang anakku, kebanggaanku, agar kita dapat menyambut bersama kejayaanmu ini, ameen ameen.
Ko'proq ko'rsatish ...
18 355
10
13 692
5
15 017
2
*TEMPAHAN DITUTUP!!!* Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang sentiasa support team 2lenpalestin & terima kasih juga kepada anda yang telah membuat tempahan bagi perlancaran koleksi Sweater LEGACY πŸ‡΅πŸ‡Έ InnsyaAllah doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar 🀲🏻✨ Mana tahu akan datang ada produk terbaru lagi kan.. InnsyaAllah. Untuk tarikh penghantaran boleh rujuk semula pada poster Garis Masa di bawah. Terima kasih dari kami 2lenpalestin πŸ‡΅πŸ‡Έβœ¨ . . πŸ‰
Ko'proq ko'rsatish ...
16 767
2
Banyak kali juga saya bertemu sosok ini di bumi Tawau. Setiap kali ke sana, 'menghadap' beliau seperti satu kewajipan sebagai menghormati tuan rumah dan menghormati sosok yang telah berpuluh tahun mencurahkan bakti mendidik dan membangunkan golongan muda di bumi Tawau dan timur Sabah. Beliau definisi murabbi sebenar. Melahirkan bukan seorang tapi satu generasi lengkap yang bertebaran di seluruh Sabah meneruskan legasi dakwahnya. Meninggalkan kampung halaman dan menjadi orang asing demi perjuangannya. Dan paling penting, bertemu Ilahi dalam keadaan berbakti. Harapan saya hanya satu, agar dapat hidup berjuang, mati berjuang seperti Cikgu Mohd Nasir Che Ali. Selamat berehat, murabbi.
Ko'proq ko'rsatish ...
16 016
4
Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza! Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti: πŸ“š Peralatan Sekolah πŸ•οΈ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran 🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah) πŸ‘©β€πŸ« Gaji Guru Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik. Klik atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
Ko'proq ko'rsatish ...
15 333
19
14 683
0
Alhamdulillah selesai di Masjid As-Salam, PJ. Menuju ke Penang pula. Ψ§Ω„Ψ­Ψ±ΩƒΨ© Ψ¨Ψ±ΩƒΨ©. Bismillah.
11 742
1
Rakyat Palestin Terima Rawatan Mahu Kembali Sihat dan Pulang Ke Tanah Air. "Ketika saya berada di Mesir dan diberitahu kepada saya bahawa saya akan dibawa ke Malaysia, saya berasa sangat gembira dan perjalanan dari Mesir ke Malaysia sangat menarik. Inilah kali pertama saya menaiki pesawat. Saya berasa sangat gembira. Alhamdulillah. Sekiranya video ini dapat dilihat oleh bapa saya, sampaikan kepadanya bahawa saya dalam keadaan yang sangat baik dan saya sangat rindukan bapa saya." "Saya berharap agar peperangan ini berakhir dengan segera. Gaza merupakan bandar yang sangat cantik. Semoga Allah merahmati para syuhada kami dan bagi mereka yang tercedera diberikan kesembuhan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia yang menerima kami di sini dan rawatan yang telah diberikan kepada kami. Malaysia adalah sebuah negara Islam." 7 Oktober depan, genap setahun kekejaman rejim Zionis membedil Gaza dengan angka korban warga Palestin mencecah lebih 40,000. Semoga kita semua terus istiqamah menyebarkan berita dan tidak lupa pada saudara kita di Gaza. Ketahuilah, mereka masih bersemangat sehingga ke hari ini kerana adanya kita yang masih ambil tahu dan peduli. Video penuh di .
Ko'proq ko'rsatish ...
KEKEJAMAN ISRAEL |Β Rakyat Palestin TerimaΒ Rawatan Mahu Kembali Sihat & Pulang Ke Tanah Air
7 Oktober depan,Β genap setahun kekejaman rejim Zionis membedil Gaza dengan angka korban warga Palestin mencecah lebih 40,000. Β  Selain mengecam genosid itu, Malaysia bersamaΒ masyarakat antarabangsa menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan termasukΒ rawatan perubatan untuk warga Palestin.Β  Β  Laporannya bersamaΒ wartawan, Syafiqah Damanhuri. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan β€˜SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di: Facebook : https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter : https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram : https://www.instagram.com/buletintv3/ Website : https://www.buletintv3.my TikTok : https://www.tiktok.com/@buletintv3 Telegram : https://t.me/BuletinTV3Official Whatsapp Channel : https://bit.ly/3SZnJ5L Lagi berita terkini dan komprehensif, layari www.buletintv3.my #BuletinTV3 #TV3 #BuletinUtama
13 314
12
14 535
3
Seminggu dua ni kepala berkecamuk teruk apabila mengurus 1001 hal keluarga khususnya yang melibatkan urusan kewangan. Belanja kami sekeluarga mencecah sekitar RM10,000 sebulan apabila bertimpa-timpa anak-anak perlu didaftarkan di kursus Bahasa Inggeris, masuk universiti, sekolah, tadika dan menerima rawatan. Semalam saja apabila ke imigresen untuk urusan visa mereka, hampir RM2000 hangus. Hari ini beribu lagi dihabiskan untuk β€˜maintenance’ kuda perang yang sentiasa perlu diservis di awal waktu kerana tayar tak pernah berhenti bergolek ke sana ke mari untuk berceramah dan berkongsi. Tetapi dalam keserabutan Allah selalu memberi peringatan. Sedang saya keluar dari imigresen (yang melayan kami dengan cukup baik dan pantas, terima kasih kami ucapkan), saya disapa seorang hamba Allah yang tak dikenali. Ustaz datang atas urusan apa, kata hamba Allah berjubah kuning. Saya uruskan visa anak-anak ni, saya menjawab ringkas. Tiba-tiba hamba Allah tersebut menghulur salam dan di tangannya sampul berisi duit. Allah. Hati saya terketuk bukan sahaja kerana menerima hadiah dari insan tak dikenali tetapi juga kerana ditegur Ilahi - rezeki dunia terlalu murah dan mudah untuk diberi. Yang penting kita perlu berusaha dan itulah yang saya cuba lakukan, berusaha dengan kudrat yang ada, menulis, berbisnes di sini-sana walaupun masa mencengkam dalam mengurus keperluan mereka yang lebih terhimpit di bumi sana. Saya semakin yakin dengan apa yang disebutkan oleh seorang guru saya. Kerja ummah ini bulatan yang perlu dilengkapkan sempurna. Tak semua orang terpilih untuk melakukannya tetapi semua orang boleh memilih untuk melakukan bahagian masing-masing. Ada yang dipilih bekerja di lapangan secara terus, bekerjalah. Ada yang dipilih mencari dana tanpa sampai ke sana, carilah. Dan ada yang lain, tugas mereka pula memastikan yang berada di barisan hadapan tidak keseorangan dan kesepian. Semoga Allah sahaja yang mencukupkan. Hari ini hari terakhir preorder yang saya buka di bisnes baju kecil saya yang dibangunkan untuk menampung keperluan keluarga besar kami berlapan. Jemputlah meninjau di laman ini, mana tau ada yang berkenan. Terima kasih atas sokongan.
Ko'proq ko'rsatish ...
14 881
4
13 211
1
'Dalam hidup kita akan melalui momen-momen yang sekiranya tidak direbut, akan terlepas dari tangan kita. Tidakkah saat ini apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di G memberi kita ruang untuk melakukan sesuatu lalu menjadi sebahagian dari sejarah? Tujuan hidup hanya ada satu, iaitu untuk menentukan bagaimana kita akan mati kelak. Jadikan pertemuan ini tarikh sejarah mencatat permulaan kerjasama dua bangsa, Malaysia dan Indonesia untuk P. Saya akan kembali untuk membincangkan apa yang boleh kita laksanakan bersama.' Sedikit sebanyak, begitulah intipati perkongsian tetamu istimewa yang bertandang ke pejabat CGM pada Selasa lepas. Ustaz Bachtiar Nasir, Koordinator Aksi Bela Palestina hadir bersama Ustaz Muhammad Hussein, teman perjuangan 10 tahun saya di G beserta adik Ramadan Abu Jazar. Saya sebut kepada Ustaz Bachtiar, kami cukup mengagumi kehebatan pimpinan masyarakat di Indonesia berpidato sehingga mampu membangunkan jiwa dan menghidupkan hati. Semoga kerjasama dua negara hebat ini dapat diikat dengan lebih kuat dalam masa terdekat, inshaAllah. Doakan teman-teman, selitkan ameen kalian.
Ko'proq ko'rsatish ...
13 387
2
[ARTIKEL] Fitch Ratings menurunkan taraf kredit Israel daripada A+ kepada A. Perang yang berterusan di Gaza dan risiko tekanan geopolitik yang semakin meninggi menjadi antara punca utama. Baca artikel penuh di :
13 326
9
Kalau kalian rasa nak keluar bersukan tapi macam saya baru sahaja dimalukan 3-0, sebaiknya kalian dapatkan jersi Panji 2.0 ni. Kain microfiber, selesa dan ringan, kalis bau badan untuk orang rajin mandi, tapi paling penting kalis malu untuk geng english team pertama menang treble. Koleksi korang yang home, away, player edition, fan edition, retro tu simpan dulu dalam almari gelap. Nanti kalau dah nampak cahaya sikit saya maklumkan ya. Sebelum tu jersi Panji dan jersi edisi kuffiyeh P lain boleh dapatkan di . Cepat dapatkan, eh jangan keluar gua dulu, klik dulu link tu. Disclaimer : Beg, keychain, bendera, perfume semua ada tapi stokin tu tak ada jual.
Ko'proq ko'rsatish ...
18 636
4
Hari 334 dah teman. Apa lagi yang boleh kita lakukan melainkan tak berhenti bersuara dan berdoa?
18 973
16
Hoodie 'Saladin' ni ramai betul orang minta buka preorder semula, permintaannya lagi besar daripada Sweater 'Legacy' yang baru kami lancarkan. Rasanya sebab kainnya lembut, ada topi menambah elemen misteri dan berzip jadi boleh pakai di tempat panas dan dingin. Susah nak cerita, korang tengoklah ya di . Untuk isteri yang sayang suami, nak hargai dan beri suami hadiah memang sesuai sebab kualitinya mantap. Kalau suami yang sayang isteri pun banyak pilihan baju muslimah yang ada. Preorder tinggal dua hari je tau, order segera di link tertera!
Ko'proq ko'rsatish ...

file

21 245
11
Diam-diam ubi berisi. Begitulah perumpamaan selayaknya untuk Kerajaan Negeri Terengganu, walaupun nampak senyap, tenang dan bersahaja tetapi kerja berjalan tanpa banyak bicara. Baru kira-kira sebulan kami berjumpa dengan MB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini kami dijemput untuk menerima cek bernilai RM700,000 hasil sumbangan agensi di bawah kerajaan negeri dan rakyat marhaen untuk saudara-saudara kita di G. Terima kasih dan tahniah rakyat Terengganu!

file

22 725
18
Kadang-kadang apabila kami keluar bersama anak-anak, tiba-tiba mereka akan melompat dan terjerit-jerit. Baba tengok tu pokok durian! Baba tengok tu pokok tu tumbuh jambu batu! Eh Baba tu macam pokok limau ya? Seronok sangat melihat negara kita dengan muka bumi yang terdampar hijau. Kalau di G, kawasan pertanian banyak dekat sempadan, nak ke tanah lapang tentera penjajah akan melepaskan tembakan. Betullah orang kata, dalam banyak-banyak negara, negara Malaysia kita ni antara negara yang paling banyak nikmat. Alhamdulillah. Korang rasa macam tu tak? Alhamdulillah juga bila dapat mengenakan baju bertema kuffiyeh P ni, sambil berjalan pun rasa macam tengah bawa suara mereka. Kalian pun boleh dapatkan di , preorder tinggal beberapa hari saja lagi. Kualiti dia memang kami buat kualiti hadiah, untuk diri sendiri atau orang tersayang.
Ko'proq ko'rsatish ...
24 795
6
Sebelum 31 Ogos beranjak pergi, kami kongsikan kepada kalian, hadiah dari saudara-saudara kita di G bersempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-67. Ya, di tengah pembunuhan, di balik kepayahan, mereka tak melupakan kita dan jasa kita kepada mereka. Dari sedalam hati kami, terima kasih saudaraku.

file

22 906
35
πŸ‘†Bantu saya sharekan di sini boleh?
23 007
3
Saat kita menyambut dengan penuh gembira Hari Kemerdekaan Malaysia jangan kita lupa dugaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di P. Kami di CGM ingin berkongsi kembali semua acara sambutan Kemerdekaan Malaysia yang pernah kami laksanakan di G sebelum ini. 2021 perarakan di sekolah, 2022 lukisan mural dan larian merdeka, 2023 larian merdeka terbesar di G tetapi kini 2024 hanya lukisan mural di runtuhan dinding. Sedih dengan apa yang berlaku dan semoga Gaza mendapat kebebasan dari musibah ini segera. Ameen Ya Rab. Ameenkan sama-sama ya.
Ko'proq ko'rsatish ...

file

24 259
19
SELAMAT HARI MERDEKA KE-67 Ikhlas daripada: Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman (CEO Persatuan Cinta Gaza Malaysia) Pimpinan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja Cinta Gaza Malaysia
19 824
2
21 749
6
Apa plan nak sambut Merdeka malam ni? Untuk warga Bangi dan sekitar jomlah kita sambut di MALAM DEKLARASI: BANGI CINTA PALESTIN. Tarikh: Jumaat 30 Ogos 2024 Masa: 8.30 malam Loaksi: Dewan Tuan Guru Harun Din, Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Pelbagai aktiviti menarik seperti βœ…Pameran NGO βœ… Pidato wakil NGO βœ… Deklarasi Bangi Cinta Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ
22 566
2
Malam Jumaat ini saya mengajak kita semua bermuhasabah. Lihat video ini. Sekilas penderitaan mereka lalu di laman medsos kita, kita tersentap dan tersedu. Tetapi beberapa minit selepasnya kita lupa dan jemu. Lalu kita kembali kepada hidup kita yang penuh tipu-tipu. Kalau luahan sahabat kita Saleh Al-Ja'farawi ini menyentuh hati kita, kongsikan seluasnya. Semoga ada manfaat buat hamba yang masih punya hati yang terkesan bila melihat derita mereka. Allah. Allah 😭

file

24 918
57
Bayangkan kita berkumpul di Axiata Arena, tetapi yang memenuhkan stadium ialah dua lapisan syuhada', bertindih dan berdarah. Jumlah syuhada' di sana sudah cukup untuk mengisi stadium lebih daripada dua kali, sehingga penuh.
21 184
11
Dah dapatkan ketiga-tiga buku keluaran CGM? Belum? Haa klik sini
17 442
3

file

18 410
3
Alhamdulillah berjoget Qamar dapat kerakyatan. Terima kasih Malaysia tambah lagi seorang rakyat hari ni πŸ˜„ Qamar memang automatik dapat kerakyatan masa lahir tapi prosesnya jadi panjang sebab dia lahir masa covid dan kami tak dapat keluar dari G masa tu untuk daftarkan dia. Saya sebut kat Qamar tadi, kalau tak belajar cakap Melayu nanti kita tarik balik kerakyatan. Terus dia kata 'sabar, sabar'. Amboi, tak acilah, yang tu memang Bahasa Arab πŸ˜† Untung kan bila ada kacukan dua darah, darah P dan darah Melayu. Nasib baik kita pun boleh tunjukkan semangat P kita dengan membeli dan menggayakan sweater 'Legacy' cantik gila ni. Korang klik je sini .
Ko'proq ko'rsatish ...
20 338
3
Sahabat semua yang nak lepaskan marah dengan mengekspresi semangat P yang ada dalam diri kalian, boleh ke . Banyak produk P sedang kami launch di sana. Sematkan PLSTN di dada! Kalian suka warna sweater yang mana? Saya secara peribadi suka warna hitam, masih mood berkabung πŸ˜”
22 008
5
18 400
5
Jom bantu adik Ilman sahabat semua. *Update terkini baby 'Ilman Hazim* 1. Baby 'Ilman sudah discaj dari PPUM dua minggu lepas. Kalau ikutkan doktor bagi discaj disebabkan sudah tiada rawatan yang boleh diberikan kepada baby. Namun atas nasihat daripada Pengerusi Biliary Atresia Malaysia Organization, mereka sepakat untuk terus dengan kutipan dana dan akan bawa baby ke Shanghai. 2. Hari ini 'Ilman demam sedikit berikutan semalam baru sahaja dapatkan vaksin pneumococcal di Klinik Kesihatan 3. Dana terkini mencecah *RM 112,779.34* (26 Ogos 2024) 4. Perlukan lebih kurang *RM 137,220.66* untuk meneruskan rawatan di Shanghai 5. Aqilah dan Awang mencuba juga pelbagai ruang yang ada untuk mohon dana buat anak mereka 6. Alhamdulillah walaupun baby 'Ilman demam, tetap senyum bila diagah dan suka bersembang 😭 7. Baby 'Ilman sudah berumur 6 bulan, namun beratnya hanya 3.7kg. Kondisinya memang kurus, kecil dan kekuningan disebabkan penyakit tersebut. Mohon doa semua agar diberi kekuatan buat Aqilah, Awang dan ahli keluarga mereka. Dan mohon bantuan untuk terus sebarkan poster kutipan dana dari ABIM dan GPM agar mereka dapat ke Shanghai sesegera mungkin. Boleh klik di sini untuk sumbangan:
Ko'proq ko'rsatish ...
20 691
5
Sahabat semua nak minta tolong share posting ni boleh supaya suara kita sampai khususnya kepada mereka yang cuba menolak usaha bantuan ini. Share di sini, like sekali facebook baru saya tu yaπŸ‘‡
18 738
6
Malam itu saya bermimpi berjumpa adik ipar di G. Ia bermula dengan melihat beliau di dalam sebuah video, sedang dipukul beramai-ramai oleh tentera penjajah. Tiba-tiba dia muncul di hadapan saya, wajahnya tersenyum seperti kebiasaannya. Kami sempat bergurau dan berseloroh, seronok kerana sudah begitu lama tidak berjumpa. Tetapi mata saya lebih tertumpu pada tubuhnya. Telinganya yang hanya tinggal satu, matanya yang sebelah tidak nampak dan luka besar di dadanya sehingga nampak tulang. Apabila dia cuba bangun, dia terhincut-hincut; rupanya kaki dia juga cedera. Saya terjaga dari tidur. Adik ipar saya ini antara yang terkesan di dalam serangan tiga buah roket ke atas keluarga sebelah isteri saya beberapa bulan lepas. Memang dia cedera agak parah dan memerlukan rawatan segera tetapi sempadan menghalang dia untuk keluar. Mimpi ini berlaku beberapa hari selepas mendapat khabar gembira tentang saudara-saudara kita yang dibawa ke Malaysia untuk dirawat. Sejak itu saya tak keruan, cuba mencari peluang bertemu mereka, berbicara dengan mereka, memeluk mereka, menenangkan mereka dan membisikkan kepada mereka, jangan bimbang, kalian selamat di sini, di negara Malaysia ini. Itulah yang kami sebutkan kepada PMX apabila berjumpa di program Muktamar Masjid Se-Malaysia Ahad lepas. Berikan peluang untuk NGO bertemu dengan mereka, berkongsi dengan mereka, membawa khabar mereka kepada rakyat. Penggerak kemanusiaan ini bukanlah lebih cerdik daripada pihak ATM atau pihak kerajaan tetapi jiwa kami sudah terasuh untuk situasi seperti ini, berdamping dengan mereka yang memerlukan. PMX mendengar dengan tekun dan menjawab ringkas, inshaAllah, saya maklum perkara ini dan kita menunggu para doktor memaklumkan bahawa mereka sudah stabil untuk diziarahi. Alhamdulillah, ada sinar di hujung terowong. Semoga terowongnya tak terlalu panjang. Untuk mereka di luar sana yang cuba dan suka mencipta ombak menidakkan usaha kerajaan, rakyat dan negara untuk saudara-saudara kita, mereka yang menunjukkan wajah sebenar dan mencari ruang memesongkan tindakan yang asasnya berpaksikan pembelaan rakyat yang sedang dijajah dan dibunuh, saya nasihatkan janganlah berumah di tepi pantai, takut-takut dilambung ombak dan tenggelam tak timbul semula. Amarah rakyat terhadap penjajah mungkin belum dapat menghentikan genosid yang masih berlanjutan, tetapi ia cukup untuk mencampakkan kalian ke lembah sejarah, diingati selamanya sebagai manusia busuk hati yang tidak berperikemanusiaan.
Ko'proq ko'rsatish ...
22 448
6
16 771
2
Tak sangka kan, 1 juta dollar yang kita sumbangkan untuk trak bomba dan peralatan Pasukan Bomba Dan Penyelamat di G pada tahun 2022, hari ini menjadi aset paling berharga mereka untuk menyelamatkan nyawa. Berapa puluh ribu nyawa dah mereka selamatkan, berapa jasad syuhada' dah mereka keluarkan dari bawah runtuhan? Harapan kita hanya satu. Semoga semuanya menjadi timbangan amal berat buat kita kelak di hadapan Tuhan.

file

23 049
10
Baru-baru ini kami berjumpa dengan MB Terengganu untuk membentangkan projek Bandar Wakaf Malaysia kita di G. Bandar Wakaf kita yang terdiri daripada 14 bangunan residen mewakili setiap negeri di Malaysia, sekolah, central kitchen, masjid, kolej pendidikan dan lot perniagaan adalah lambang kesatuan seluruh penduduk Malaysia demi P. Satu projek gergasi, satu hati. Sebab itu kami melakukan 'roadtour' meliputi seluruh negara, berjumpa setiap pimpinan untuk mendapatkan sokongan merealisasikan idea ini. Itu aspirasi dan keyakinan kami. Raja, kerajaan dan rakyat bersama perjuangan P atas dasar menolak kezaliman dan penjajahan walaupun sesekali terdengar suara sumbang yang cuba mengapikan permusuhan. 2,3 hari lepas saya terbaca berita bahawa MB Terengganu Dr Samsuri dianugerahkan gelaran Jurutera Profesional atau Ir, gelaran paling tinggi dinobatkan untuk para jurutera di negara ini. Rasa malu sendiri, walau tak sesibuk beliau tetapi masih beralasan untuk tidak bersungguh-sungguh mengejar kelayakan akademik yang lebih tinggi. Doakan ya. Ada sekitar 8 negeri yang sudah kami ziarahi. Giliran negeri mana pula selepas ini?
Ko'proq ko'rsatish ...
22 276
5
18 708
3
Oxirgi yangilanish: 11.07.23
Privacy Policy Telemetrio