Dua hari lepas, terima panggilan daripada seorang pesara Guru dari Kelantan. Katanya, berada di Gua Musang dalam perjalanan ke Genting Highlands.
Katanya, kenderaan miliknya dipandu rakan anaknya terlibat dalam kemalangan. Tetapi anaknya membuat laporan mengatakan kereta tersebut dipandu olehnya. Pegawai Penyiasat marah, lalu menakutkan beliau dan anaknya dengan reman lokap 14 hari kononya laporan palsu.
Saya kata, kenapa palsu kemalangan berlaku yang salah hanya fakta kejadian. Perkara itu boleh dibetulkan oleh Polis. Hanya perlu ke kaunter dan beritahu nak betulkan semula laporan.
Jadi, tak perlu susah payah ke Genting Highlands untuk bertemu rakan anaknya. Beliau terkejut, kecewa kerana Pegawai Penyiasat menakutkan dengan reman penjara.
Kes kedua di Terengganu, rumah didatangi sekumpulan anggota Polis berpakaian biasa dan bertindak memecah masuk ke rumah menahan adiknya kerana laporan oleh bekas isteri.
Saya tanya, ada atau tidak Polis memperkenalkan diri sebelum bertindak pecah masuk kononnya adiknya tidak memberi kerjasama. Katanya, Polis terus masuk tahan adiknya tanpa perkenalkan diri.
Selepas itu direman kononnya Polis menemukan senjata ketika tangkapan dibuat. Maksudnya, Polis planted untuk reman adiknha.
Perbuatan salahguna kuasa, buli, planted bukti memang selalu dilakukan oleh Polis dan ia boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja.
Saya tak suka dibuli dan membuli, apatah lagi membuli budak skema yang terkial-kial nak jawab Yes or No pun susah. Disebabkan banyak kes salahguna kuasa.
Kita kembalikan Klinik Nasihat Guaman bersama panel baharu khas untuk membantu individu ataupun golongan teraniaya.
Untuk sebarang aduan mengenai permasalahan dihadapi boleh hubungi talian pejabat NaN untuk slot temujanji anda.
عرض المزيد ...