هذه الخدمة مُتوفّرة أيضًا بلغتك. لتغيير اللغة، اضغطEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
الفئة
لغة وموقع القناة

audience statistics Nadir Al-Nuri

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza. 
258 468-15
~50 864
~17
18.38%
تقييم تيليجرام العام
عالميًا
2 725المكان
من 78 777
41المكان
من 806
في الفئة
51المكان
من 2 333

جنس المشتركين

تعرف على عدد كل من المُشتركين الذّكور والإناث على القناة.
?%
?%

لغة الجمهور

معرفة توزيع المشتركين في القناة حسب اللغة
الروسية?%الإنجليزية?%العربيّة?%
نمو القناة
رسم توضيحيجدول
ي
أ
ش
س
help

جار تحميل البيانات

فترة تواجد المستخدم على القناة

اعرف كم من الوقت قضى المُشتركون على القناة.
حتى أسبوع?%المؤقتات القديمة?%حتى شهر?%
الزيادة في المُشتركين
رسم توضيحيجدول
ي
أ
ش
س
help

جار تحميل البيانات

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Terima kasih Atok yang sentiasa berusaha mengambil hati Haura' dan Qamar 'to the best of his ability'. Mengambil hati orang dewasa dan berkuasa itu biasa tetapi jarang dilakukan tanpa mengharapkan balasan. Mengambil hati kanak-kanak itu yang susah kerana mereka tak ada apa untuk diberikan. Biarkan kasih Rasulullah S.A.W kepada anak kecil semata-matalah yang menjadi teladan.
5 606
1
Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza! Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti: 📚 Peralatan Sekolah 🏕️ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran 🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah) 👩‍🏫 Gaji Guru Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik.  Klik atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
عرض المزيد ...
12 954
13
JEMPUTAN KE MEET & GREET BERSAMA CGM 3.0! Tak kenal maka tak cinta, ternyata pepatah ini tak boleh digunakan untuk kalian. Kalian yang tak mengenali mereka tetap juga menyumbang, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri terasa. Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu) Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: Level 1, Library Cinta Gaza Malaysia, Bangi Pautan Lokasi: Penampilan Khas : Tuan Nadir Al-Nuri, Puan Reem Al-Minawi dan Tim CGM dari Gaza Ini lah wajah-wajah saudara kita di bumi Gaza yang kalian telah bantu selamatkan dengan sumbangan yang tak pernah putus walaupun setelah lebih 300 hari sejak genosid di Palestin bermula. Kami ingin mengambil peluang hari ini untuk kalian dapat jumpa face-to-face dengan keluarga Tuan Nadir sendiri dan dengar cerita yang akan mereka kongsikan, kehidupan di Gaza sepanjang genosid yang paling teruk direkodkan dalam sejarah. Daftar di sini! Kerana terhad untuk 40 orang sahaja
عرض المزيد ...
12 252
2
13 469
14
Suka atau tidak, kesungguhan mereka mencari rezeki wajar kita jadikan contoh. Baca kisah inspirasi lelaki Bangladesh ini 👇 "Saya meninggalkan tanah air Bangladesh 31 tahun lalu ketika anak kelima saya baru berusia 6 bulan. Saya tidak pulang sejak itu. Saya merindui keluarga saya dan mereka juga merindui saya. Tetapi ini untuk mereka. Semua ini untuk masa depan mereka. Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar terdapat banyak pekerjaan di sini. Walaupun ia hanya melakukan kerja yang tiada orang lain mahu lakukan, saya akan melakukannya. Saya telah melakukannya 7 hari seminggu, 365 hari setahun selama 27 tahun yang lalu. Saya tidak pernah mengambil satu hari cuti sakit mahupun hari cuti. Dan saya masih kuat, insha'Allah. Keperluan saya di sini mudah sahaja. Saya menghantar sebahagian besar pendapatan saya kembali kepada keluarga saya. Saya bangun, saya mandi, saya sarapan, saya pergi kerja, saya balik, saya bercakap dengan keluarga saya di rumah melalui telefon, saya berehat dan ia adalah perkara yang sama pada keesokan harinya, dan keesokan harinya. Saya juga telah mendapat beberapa kawan baik di sini. Salah seorang daripada anak perempuan saya kini seorang hakim, seorang lagi doktor dan seorang jurutera. Saya bersyukur dengan apa yang telah mereka capai. Disember ini saya akan pulang ke rumah untuk selama-lamanya dan akhirnya berjumpa keluarga saya semula. Ini akan menjadi kali pertama saya akan melihat dua cucu saya juga. Saya tidak sabar." HUMANS OF KUALA LUMPUR - Abu Bakar ialah seorang tukang cuci berusia 70 tahun yang bekerja di Klang Parade. Dia adalah yang tertua di kalangan kumpulannya. Gambar diambil di Klang Parade ketika kru meraikan pencapaian mereka untuk memenangi anugerah Tandas Awam Terbersih (Mall) Klang oleh Majlis Perbandaran Klang. Gambar - Ariel Chew Disunting - Mushamir Mustafa
عرض المزيد ...
13 606
17

file

file

file

12 802
6
Seronok juga bila dijemput ke Bukit Bintang untuk join program Bukit Bintang Berselawat kelmarin. Kami sekeluarga biasa saja ke BB sebab kat sana port makanan Arab yang boleh ditelan, khususnya di Arab Street. Nak selit tips, beli syawarma kalian di Halab Gate dan kedai-kedai kecil sepanjang jalan nak ke Hotel Izumi tu, lagi sedap dari kedai besar yang viral. Kali ini sebaik menghampiri persimpangan utama BB itu, suasanya berbeza. Gemuruh dengan suara orang bertakbir, berselawat dan melaungkan pembebasan P sambil disaksikan ratusan orang asing. Skrin besar pun menayangkan mesej perpaduan dan kesatuan. Semoga kita terus berbangga membawa imej agama dan pendirian kita di tengah ibu kota dan tidak apologetik dengan alasan takut dicop mundur dan memalukan negara. Islam adalah dan akan kekal sebagai agama rasmi Malaysia. Tahniah dan terima kasih pihak yang jemput saya dan seluruh penganjur lain, termasuk pihak DBKL dan IPD yang memberikan keizinan penganjuran. .0
عرض المزيد ...
12 852
9
Alhamdulillah, terima kasih semua rakyat Malaysia yang pemurah sudi menaja anak-anak Gaza ini 😇 Kelas Halaqah al-Quran ini akan mengumpulkan seramai 500 kanak-kanak dan akan berjalan selama satu bulan. Tujuan kelas halaqah ini untuk membantu anak-anak ini untuk belajar dan menghafal al-Quran. Alhamdulillah, asbab sumbangan kalian juga InsyaAllah kita dapat melahirkan lebih ramai lagi penghafaz al-Quran di bumi Gaza ini 🤲🏻 Kalian boleh salurkan ke atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah.
عرض المزيد ...

IMG_1642.MOV

11 882
6
Ramai orang selalu komen depa seronok bila Haura' dan Qamar salam orang, akan cium tangan. Qamar ni bukan setakat orang, dia salam Deadpool hari tu pun cium tangan, terkejut kawan tu 😂
13 361
4
Hadiah untuk kalian daripada sahabat-sahabat kita di sana, bersempena Hari Malaysia. Bukan sahaja dari G mereka mendoakan kita, malah juga dari bumi Al-Aqsa tercinta.

file

16 752
36
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak beriman seseorang dalam kalangan kalian hingga menjadikan aku lebih dicintai melebihi kecintaannya kepada anaknya, bapanya dan seluruh manusia." - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Tingkatkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan berselawat ke atas Baginda disamping mempelajari dan mengikuti akhlak mulia Baginda. InsyaaAllah bersama-sama kita mendekatkan diri dengan Rasulullah SAW dengan sentiasa memperingati Baginda. Salam Maulidur Rasul! ✨
18 807
30
Semalam kami bertiga saja memenuhi undangan ceramah di Setiawangsa. Dalam perjalanan ke sana Haura' kata, lepas habis ceramah nanti mesti ramai datang nak salam dan cium saya sebab saya masyhur. Nasib baiklah saya teringat nak pakai minyak wangi tadi.
15 705
3
Berapa hari lagi nak jadi satu tahun?
25 657
19
Kenal Kekasih kita Rasulullah S.A.W dalam satu mukasurat. Saya tak pasti siapa yang buat infografik ini tapi pastinya bertimbun pahala beliau. Yang sharekan pun dapat pahala, tanda cinta kepada Baginda.
24 903
262
Bantu Membentuk Masa Depan Kanak-Kanak Gaza! Kempen "Back to School" kini dilancarkan! Tahun ini, kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada 2,500 kanak-kanak di Gaza, berusia 6-8 tahun dalam tempoh masa 6 bulan. Sumbangan ikhlas anda dapat menyediakan bahan keperluan penting seperti: 📚 Peralatan Sekolah 🏕️ Kelas yang kondusif untuk proses pembelajaran 🎁 Bantuan Psiko-Sosial (Aktiviti & Hadiah) 👩‍🏫 Gaji Guru Bersama-sama, kita dapat memperkasakan minda mereka dengan ilmu melalui empat subjek utama: Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Sertai kami dalam membawa perubahan! Sokongan anda boleh mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Derma sekarang dan jadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih baik.  Klik atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
عرض المزيد ...
18 735
11
Jom main game petang-petang ini. Cuba tengok apakah persamaan dalam kesemua gambar yang saya kongsikan? Betul! Semua ahli team CGM ini menggayakan tudung Edisi Palestin baru keluaran ! Kalau kalian pun nak bergaya sambil membuktikan cinta dan setia kepada Palestina, pada masa sama 100% keuntungan jualan akan masuk ke Tabung Pemerkasaan Wanita di sana, kalian perlu menghadiahkan tudung Gaza atau Jenin kepada diri sendiri atau orang tersayang. Klik cepat sebelum preorder ditutup!
عرض المزيد ...
17 605
5
13 959
6
Tala, anak berusia 10 tahun yang merayu babanya untuk turun bermain roller skate bersama anak-anak jiran. Dia baru sahaja hendak keluar rumah apabila ia dibedil dan beliau mati syahid dalam keadaan masih memakai kasut rodanya. Mereka masih memerlukan kita. Share kita, sumbangan kita, doa kita. Adakah kita sudah bosan membantu mereka?
17 586
19

file

18 938
19

file

15 914
15
Saya di sini malam ini inshaAllah. Jom perkasakan semula semangat cintakan Palestin.
16 871
2
Korang tengok dah video ni? Kami rakam masa hantar Tudung Edisi Palestin, Siri Gaza dan Jenin kepada beberapa orang influencer. Bersama dengan kami masa tu adalah team tarian dabke Palestin, tarian tradisi yang dipersembahkan di majlis perkahwinan dan keraian lain di G. Korang tengoklah sendiri, rasa macam nak melompat sama sebab happening betul. Oh ya, untuk preorder tudung lawa tu boleh dibuat di , tak lama lagi nak tutup dah preorder tau. Orang kata kalau perempuan pakai, auto cantik. Tapi kalau suami belikan untuk isteri, pehhh, dua kali cantik. Klik cepaaaat.
عرض المزيد ...

file

17 997
9
Bila renung mata budak ni, apa yang kalian rasa? Saya rasa macam budak ni sedang menyalahkan dunia, menyalahkan kita semua atas apa yang sedang menimpanya. Kalian tahu tak kenapa dia menangis? Dia menangis sebab terpaksa beratur panjang dan berebut untuk mendapatkan sepotong piza untuk dimakan. Entahlah anakku sayang. Dunia ini penuh kekejaman dan ketidakadilan.
26 182
22
23 025
23
Muhasabah sebelum tidur. Malu kan nak kata kita banyak ujian, kita letih, kita tak cukup itu ini. Betullah ujian ni Allah bagi ikut iman dan akidah kita, kalau kecil ujian pun kita dah mengeluh dan mengadu domba, kena tanya diri semula, betulkah kita ini bergelar Hamba? Hamba Allah yang redha dan sabar, kuat dan tawakal atau hamba dunia yang sementara, harta yang tak ke mana? Moga Allah mengampunkan kita.

file

19 450
30
23 568
13
Beberapa bulan lepas saya duduk bersama pasukan membincangkan cara menghargai ratusan ribu wanita hebat yang pernah menyumbang melalui CGM. Kata sepakat yang kami capai – berikan wanita hebat ini identiti untuk diangkat setara wanita-wanita besi yang ada di bumi Palestin sana. Berikan mereka ruang khusus bagi membantu program pemerkasaan wanita di Gaza ; orang yang mereka anggap adik, kakak dan ibu mereka sendiri. Berikan mereka peluang membeli produk yang cantik dan tidak mahal sambil-sambil mereka beramal. Daripada situlah lahirnya idea menghasilkan tudung Edisi Palestin di bawah jenama yang 100% dimiliki oleh CGM. Dua keluaran pertama ini dinamakan sebagai Siri Gaza dan Siri Jenin, dua buah wilayah di Palestin yang sedang bangkit dengan dahsyat ketika ini menentang penjajahan. Paling seronok 100% keuntungan jualan akan digunakan untuk projek pemerkasaan wanita di Gaza pada waktu genosid ini dan selepas perang tamat melalui projek pembangunan ekonomi wanita. Peluang untuk preorder sangat terhad, kita sasarkan 1000 orang sahaja pada hari ini untuk mendapatkannya. Klik segera dan layari di instagram untuk melihat influencers tersayang kalian menggayakannya. 1000 orang saja diperlukan hari ini, siapakah yang akan bertindak membantu saudara kita di sana? Saya pasti anda salah seorang darinya!
عرض المزيد ...
20 943
11
آخر تحديث بتاريخ: ١١.٠٧.٢٣
سياسة الخصوصية Telemetrio