Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Channel location and language

audience statistics Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia. 
Show more
20 709-2
~4 508
~43
21.84%
Telegram general rating
Globally
38 142place
of 78 777
1 063place
of 1 942
In category
1 166place
of 2 333

Subscribers gender

Find out how many male and female subscibers you have on the channel.
?%
?%

Audience language

Find out the distribution of channel subscribers by language
Russian?%English?%Arabic?%
Subscribers count
ChartTable
D
W
M
Y
help

Data loading is in progress

User lifetime on the channel

Find out how long subscribers stay on the channel.
Up to a week?%Old Timers?%Up to a month?%
Subscribers gain
ChartTable
D
W
M
Y
help

Data loading is in progress

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Viral Semakin berkembang dunia teknologi, semakin canggih segala alat yang wujud hari ini. Kewujudan kenderaan elektrik, kebijakan peranti elektronik, kelajuan internet, termasuk lah media sosial yang diguna pakai hampir seluruh masyarakat dunia. Tidak dinafi semua yang ada di atas bumi punyai kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan. Semuanya tentang diri pengguna bagaimana dia memanfaatkan atau memudaratkan perkembangan yang berlaku di sekeliling. Acap kali kita melihat fenomena masyarakat yang seakan mencari sesuatu untuk menarik perhatian orang lain apabila dunia teknologi kian diakses semua lapisan masyarakat. Semua yang menaikkan “rating” dan “viral” seolah menjadi tujuan utama tanpa mengira soal maruah, harga diri dan malu seorang yang bergelar INSAN apatah lagi seorang MUSLIM. Mari renungi hadis-hadis Nabi SAW; َاْلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ َاْلإِيْمَانُ. "Iman mempunyai enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan 'Lâ ilâha illallâh,' dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu merupakan salah satu cabang Iman." (HR. Imam Al Bukhari No 9). اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ "Iman dan malu merupakan pasangan dalam segala situasi dan kondisi. Apabila rasa malu sudah tidak ada, maka iman pun sirna." (HR. Al Hakim). Jelas terbukti dalam hadis-hadis Nabi SAW malu terkait dengan Iman. Betapa canggihnya teknologi suatu masa nanti tidak mengikis sifat malu kita. Kita akan beroleh Ketenangan dan kedamaian dengan cara memelihara malu dan maruah. Kita akan dihormati walaupun tidak “famous” di mata masyarakat. Harga diri dan maruah terlalu tinggi dan wajib dipelihara oleh setiap yang berakal dan beragama Islam. Selagi mana iman kita mampu jaga, selagi itu malu kita ada. Wahai orang-orang beriman, bertakwa lah dan takut lah azabNya yang bakal menimpa bagi yang lalai, buang lah sikap suka mengejar VIRAL, LIKES, SHARE, FOLLOW semata-mata. Pelihara diri kita, keluarga, rakan-rakan daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menggoda terutama zaman “viral” seperti hari ini.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
2 919
11
Waktu Dalam Kehidupan Muslim Waktu amat berharga dalam kehidupan kita. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Ramadan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya telah berlalu. Setiap kita belum pasti dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun akan datang. Jika bertemupun, belum pasti kita berpeluang merebutnya dengan pelbagai amalan soleh seperti tahun sebelumnya. Mungkin ketika itu kita tidak berdaya melakukan ibadat puasa. Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri, يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه Maksudnya: "Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekallah daripadaku dengan amal soleh kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat". Waktu yang berlalu kita berikan unit ukuran seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Akhirnya ia membentuk sesuatu yang kita panggil umur dan usia. Sesungguhnya kesempatan umur dan usia yang dimiliki oleh seseorang menentukan kelangsungan usia dan ajal seseorang. Firman Allah : وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤ Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Surah Al-Araf ayat: 34) Setiap detik masa yang kita lalui, umur yang kita miliki akan dipersoal di hari akhirat kelak. Justeru kita perlu memanfaatkan setiap detik masa dan usia ini sebaik mungkin dengan amal yang bermanfaat. خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48) Waktu yang berlalu seringkali membuatkan manusia tertipu. Ia merasakan esok masih ada. Sedangkan waktu dan hari yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak akan kembali sehingga hari kiamat. Berapa ramai dari kalangan kita yang membiarkan masa berlalu tanpa amal yang bermanfaat. Alangkah sedihnya mengenangkan waktu yang berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga waktu dan hari yang ada ini kita rebut kesempatan menyediakan bekalan. Bukan sahaja untuk survival diri, juga untuk survival Islam dan umat ini. Pepatah Melayu menyebutkan, Masa Itu Emas. Ia amat berharga dan perlu diguna serta dimanfaatkan sebaik mungkin. Pepatah Arab menyebutkan; الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك "Masa Seperti Pedang, Andai Engkau Tidak Memotongnya, Dia Akan Memotongmu." Jangan kita biarkan masa berlalu tanpa kita gunakan dengan cara yang bermanfaat. Waktu yang berlalu tidak akan kembali.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
3 625
19
📌 BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL 🩷💚 Tarikh cadangan puasa 6 bagi tahun 2024 M/1445 H: 🌟 22/4 (Hari Putih + Isnin) 13 Syawal 🌟 23/4. ( Hari Putih ) 14 Syawal 🌟 24/4. ( Hari Putih ) 15 Syawal 🌿 25/4. ( Khamis ) 16 Syawal 🌿 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal 🌿 2/5 ( Khamis ) 23 Syawal Berhimpun 3 Fadhilat 1. Puasa 6 Syawal 2. ⁠Puasa Isnin Khamis 3. ⁠Puasa Hari Putih ✔️ Tahniah buat yg dah selesai ✔️ Buat awal itu yg terbaik
Show more ...
5 758
66
Hasil Tarbiah Ramadan Kita baru sahaja melalui Tarbiah di bulan Ramadan. Saya yakin dan percaya, pelbagai ibadat telah kita gandakan. Namun adakah amal tersebut berkekalan sehingga kini? Kita baru sahaja menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga. Kebanyakannya berkesempatan pulang ke kampung berhari raya bersama ibu bapa dan saudara mara. Tahukah kita bahawa  saudara kita di Palestin menyambut hari lebaran dengan peluru dan titisan darah. Namun adakah kita merasa selesa berhari raya di Negara kita dengan mercun dan bunga api? Atau hanya bersedih kerana tidak dapat berhari raya di kampung. bertemu keluarga dan sanak saudara kerana bertugas wajib. Mungkin juga kita terus merasa tenang dan terus tertipu dengan ketenangan, keselesaan dan kehebatan apabila kita menjauhkan diri dari orbit ibadah, dakwah dan tarbiah. Tiada lagi kesibukan bertilawah, berqiamullail juga bersedekah. Aktiviti usrah, katibah, daurah dan pelbagai wasilah dakwah kita dah tak kisah. Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kerdil apabila memikirkan untung nasib ketika berhadapan dengan Rabbul Jalil nanti. Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kekurangan apabila melihat segala amalnya berbanding salafussoleh terdahulu. Ketahuilah, orang yang  perihatin terhadap nasib umat Islam lain seperti di Palestin, Syria dan lain-lain akan sentiasa merasa bersalah apabila kemampuan terbatas dan terhad untuk memberi bantuan dan pertolongan. Ketahuilah, dakwah akan terus berjalan, sama ada penumpangnya ramai atau sedikit, sama ada kita bersama atau tidak, sama ada kita bantu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak....... ia akan terus berjalan. Maka berungtunglah sesiapa yang sentiasa memperbaiki segala amalnya. Maka beruntunglah sesiapa yang sentiasa perihatin dan memberikan segala bantuan kepada orang lain. Maka beruntunglah sesiapa yang terus bersama dengan dakwah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus bersama dalam memperbaiki amal, keprihatinan serta medan dakwah sehingga ke nafas yang terakhir... Semakin dekat kita dengan paksi orbit ini maka makin kita terasa 'kita di mana' dalam pandangan Allah SWT.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
4 949
15
Perjuangan Tiada Kesudahan Jihad yang berlaku demi mempertahankan tanah air dan Kota Suci Bait al-Maqdis merupakan perjuangan panjang yang perlu disokong seluruh umat Islam. Perjuangan ini telah mengorbankan jiwa, harta, masa dan segalanya. Namun, kita yakin setiap pengorbanan ini pasti diganjari dengan ganjaran agung di sisiNya. Kita pula di negara yang aman damai, jihad kita termasuk lah jihad nafsu, jihad ilmu, jihad melawan godaan syaitan dan sebagainya. Kesemua jihad ini sedikit sebanyak menginsafi penderitaan saudara-saudara kita di bumi yang bergolak khususnya Palestin saat ini. Firman Allah SWT; وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” Mari kita berusaha untuk berjihad dengan penuh kesungguhan sama ada dalam bidang ilmu, kepakaran, pekerjaan, menentang hasutan syaitan dan hawa nafsu. Kita sambung semangat berkobar kita melawan hawa nafsu sewaktu Ramadan hingga kita bertemu Ramadan akan datang. اللهم انصر إخواننا في فلسطين 🇵🇸 اللهم ثبت أقدامنا في جهادنا
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
5 335
11
4 408
8
Umpama Berpuasa Sepanjang Tahun Kita baru sahaja menunaikan ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima ibadat kita. Disamping ibadat puasa fardhu, terdapat juga galakan untuk kita mengerjakan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984) Status: Hadis Sahih Berdasarkan hadis di atas, mereka yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 60 hari atau dua bulan”. Terdapat juga hadis yang menerangkan kelebihan kepada mereka yang berpuasa sunat selain Sunat Syawal. Antaranya puasa tiga hari setiap bulan, sama ada puasa Isnin atau Khamis juga puasa pada hari-hari Puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda, صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979) Puasa tiga hari menyamai puasa tiga puluh hari atau sebulan. Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya, يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ “Wahai Abu Zar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761) Hadis Hasan. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih Di kesempatan Syawal yang masih ada ini, bagi yang belum memulakan puasa sunat Syawal, jom rebutlah peluang yang ada untuk berpuasa sunat, kerana kita tidak pasti akan bertemu Syawal pada tahun akan datang atau tidak.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
4 771
17
Syawal Dan Ziarah Saling ziarah menziarahi adalah antara amalan yang dituntut di dalam Islam. Menjadi tradisi dalam masyarakat di Malaysia apabila menjelang Aidil Fitri ialah amalan saling kunjung mengunjung sama ada antara kaum kerabat mahupun jiran tetangga. Tujuannya untuk saling bermaafan dan mengeratkan hubungan silaturahim mahupun ukhuwah. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda : مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً ”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah SWT maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” (HR Tirmizi No: 2008). Status: Hadis Sahih Perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi syariat dan adab bersilaturahim dan berukhuwah. Antaranya; 1.  Pastikan memakai pakaian sopan dan menutup aurat. 2.  Tidak menziarahi terlalu lama. 3.  Sebaiknya meminta izin dan memilih masa yang sesuai kerana kita perlu menghormati privasi orang yang diziarahi. 4.  Berusahalah untuk mengeratkan ukhuwah serta silaturahim dengan kaum kerabat melalui ziarah yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. (Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih Bagi kita yang masih ada ibu bapa, adik beradik, serta kaum kerabat yang tidak dapat diziarahi secara fizikal, manfaatkan teknologi yang ada untuk bertanya khabar mereka dalam kerangka mengeratkan silaturahim.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 471
19
Hakikat Hari Raya Sebahagian salafusolleh menyebutkan; ليس العيد لمن لبس الجديد Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru إنما العيد لمن طاعاته تزيد Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya. ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya إنما العيد لمن غفرت له الذنوب Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya. ليس العيد لمن كسب الربياة Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit إنما العيد لمن وجد الرحمة Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah. ليس العيد لمن كثر الاشراب و الطعام Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum إنما العيد لمن عمل الصواب و الدوام Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan. ليس العيد لمن ذهب في اي المكان Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi kemana sahaja tempat yang dia suka إنما العيد لمن يزيد الايمان Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya. Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata; كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya. Eid Mubarak… Selamat Hari Raya تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 295
22
5 336
7
Jadilah Rabbani Bukan Ramadani Para salafus soleh pernah berkata: كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا Maksudnya: “Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadan (mengenal Allah hanya di bulan Ramadan).” Insan Rabbani adalah mereka yang keluar dari Madrasah Ramadan dengan cemerlang dan berterusan dalam kecemerlangan amal soleh mereka. Insan Rabbani adalah mereka yang sentiasa berusaha melaksanakan amal yang boleh menjadi penghapus segala dosa sepanjang masa. Insan Rabbani adalah mereka yang sentiasa menjadikan kebiasaan melaksanakan ibadat fardu dengan sempurna serta melipatgandakan segala ibadat sunat yang menjadi pelengkap dan penyempurna segala ibadat fardhu. Antara Tanda Insan Rabbani: •  Sentiasa mendampingi Allah setiap masa, berterusan dalam ibadah dan tidak terputus daripada amal soleh. •  Sentiasa menjaga solat berjamaah di masjid tanpa mencuaikan dalam solat-solat fardunya (bagi kaum lelaki). •  Sentiasa memastikan hubungan berterusan dengan membaca, mentadabbur, menghafaz dan beramal dengan al-Quran dan tidak memisahkannya pada bulan-bulan selepas Ramadan. Berhati-hati dari tenggelam bersama mereka yang meninggalkan al-Quran seperti peringatan Allah kepada Nabi SAW tentang mereka: وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا ٣٠ Maksudnya: Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai (Surah al-Furqan ayat: 30) •  Tidak terputus daripada melakukan puasa sunat antara dua Ramadan. Disunatkan puasa di bulan Syawal seperti yang dinyatakan oleh nabi SAW  apabila seorang hamba mendirikan puasa Syawal selepas Ramadan ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun. Sebenarnya momentum kesungguhan ibadat pada bulan Ramadan itu hendaklah diteruskan pada bulan yang lain agar semangat kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah sentiasa berterusan. Marilah kita menginsafi diri dengan berterusan memperbaiki diri dengan segala amal soleh pada setiap detik dan ketika. Jangan sesekali menjadikan kita sebagai hamba Allah hanya di bulan Ramadan. Jadilah Insan Rabbani bukan Ramadani.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 409
20
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA PERSIAPAN MENINGGALKAN RAMADAN; WASIAT BUAT UMAT ISLAM OLEH: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī Penterjemah: Omar Mokhtar Hamdan al-Rupawani Ramaḍān adalah bulan kebaikan dan keberkatan. Beruntunglah orang yang memanfaatkan hari-hari kebaikan ini, dan celakalah orang yang apabila berlalunya hari-hari tersebut namun tidak memanfaatkannya serta tidak menambahkan sebarang bekal kebaikan di sisi Allāh ‘azza wa jalla. Kita sedang berada di hari-hari terakhir Ramaḍān, sebelum Ramaḍān berlalu pergi meninggalkan kita. Karya ini adalah wasiat Imam al-Qaraḍāwī buat seluruh umat Islam, agar kita menjadi orang yang beruntung melalui hari-hari dalam Ramaḍān, dan tidak menjadi orang yang rugi dan celaka setelah berlalunya Ramaḍān. Baki-baki hari yang tinggal ini hendaklah kita manfaatkan sebaiknya. Alangkah sia-sianya jika tidak memanfaatkan hari-hari terakhir Ramaḍān ini, alangkah sia-sianya jika tidak dimanfaatkan tempoh masa Ramaḍān ini. Untuk bacaan lanjut, wasiat Imām al-Qaraḍāwī ini boleh dibaca secara atas talian dan boleh dimuatturun melalui pautan di bawah ini. Karya yang baik dan bermanfaat ini kami sebarkan sebagai bahan bacaan percuma, dan ia boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya. Selamat membaca dan menghayati! Moga-moga amal kita sepanjang Ramaḍān diterima oleh Allāh, dan kita termasuk golongan yang beruntung!
Show more ...
5 791
33
Perginya Ramadan Ditangisi Perginya Ramadan bermakna segala kehebatan anugerah Allah Azza wa Jalla kepada umat ini juga turut pergi meninggalkan kita. Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan dibukakan pintu syurga buat kita seperti semasa Ramadan bersama kita. Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan ditutup rapat pintu neraka buat kita. Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan Lailatul Qadar yang menjanjikan ganjaran melebihi 1000 bulan buat kita. Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keberkatan Ramadan, keberkatan memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa. Perginya Ramadan bermakna Syaitan Iblis dah bebas berkeliaran untuk menggoda kita. Berlalunya Ramadan bermakna tiada lagi jaminan khusus keampunan segala dosa yang lalu kepada orang yang berpuasa dan orang yang menghidupkan malam hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Jangan pergi duhai bulan keampunan. Jangan pergi duhai bulan rahmat. Jangan pergi duhai bulan barakah. Jangan pergi duhai bulan yang membentuk kita menjadi insan bertaqwa. Namun apakan daya… Ramadan tetap akan pergi meninggalkan kita. Tahun hadapan belum tentu kita dapat bersama dengan Ramadan. Yang kita mampu hanya berdoa mengharap bertemu kembali dengan Ramadan. اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang. رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Masih berbaki Ramadan untuk kita dakap sebelum dia pergi... manfaatkan Ramadan ini sebaik mungkin untuk melipat gandakan ibadat..
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
5 577
22
Hari-Hari Terakhir Ramadan Ramadan telah berada di penghujung. Semoga setiap kita diberi kekuatan membuat “finishing” yang terbaik. Jika kita peserta larian 400 meter, kita sedang berada di 100 meter terakhir. Pecutan akhir ini perlu dilakukan sedaya mungkin bagi menentukan kedudukan kita berjaya ditempat pertama atau sebaliknya…. Kata ulama; العبرة بكمال النهايات لا بنقص البدايات “Yang menjadi ukuran itu adalah akhir yang sempurna, bukan permulaan yang penuh kekurangan.” Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW وَإِنَّمَا الأعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ "Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada pengakhirannya (penghujungnya)” (HR. Bukhari No: 6607). Hasan al-Basri rahimahullah berkata: Perbaikilah hari-hari yang tersisa ini semoga Allah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu. Gunakanlah kesempatan hari-hari berbaki Ramadan ini sebaik mungkin kerana kita tidak tahu bilakah rahmat Allah itu datang untuk kita. Boleh jadi di hari-hari terakhir Ramadan ini. Begitu juga Lailatul Qadar, barang kali malam ini atau mungkin juga esok atau seterusnya? Marilah kita bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan hari-hari berbaki Ramadan kita pada tahun ini. اللَّـهُـمَّ اخْـتِـمْ لَـنَا رَمَـضَانَ بِالْغُـفْـرَانِ وَالْعِـتْـقِ مِنَ النِّـيرَانِ Ya Allah, tutuplah Ramadan kami ini dengan keampunan dan pembebasan dari siksaan api neraka.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
7 808
26
Jumaat Terakhir Ramadan Alhamdulillah, kita sudah hampir berjaya mengekang hawa nafsu sebulan. Pelbagai usaha kita lakukan termasuk puasa, solat, menghayati al-Quran, sedekah, berkongsi ilmu dan rezeki, membantu manusia lain dan macam-macam lagi demi anugerah TAKWA yang kita cari. Kesempatan terakhir ini jangan dipersia, masih ada waktu memburu setiap ganjaran di segenap amal soleh yang kita lakukan. Moga Allah SWT pertemukan kita dengan lailatulqadr dan beroleh kita anugerah TAKWA yang diimpikan. اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا اللهم اجعلنا من المتقين
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
5 916
8
Sudahkah kita menjamu makan orang yang berpuasa Kebiasaannya pada bulan Ramadan kita akan banyak menerima pesanan ringkas atau iklan melalui media sosial rayuan Ramadan untuk memberi makan orang berbuka. Kita telah melalui lebih separuh puasa bulan Ramadan, adakah kita telah merebut peluang ini. Terdapat riwayat hadis dari Rasulullah menunjukkan bahawa adalah disunatkan kita menjamu dan memberi makan orang yang berpuasa. Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut. Ganjaran pahala yang diperolehi seumpama orang yang berpuasa dan tidak berkurang walau sedikit. Bayangkan kalua kita dapat menjamu beberapa orang untuk berbuka. Dalam  hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah SAW: ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’. Ada pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjamu orang berbuka dan pelbagai bentuk makanan. Sehingga Rasulullah menyebut walau sekadar air atau sebiji kurma. 1. Menyumbang wang pada masjid yang ada menyediakan makanan untuk orang berbuka. 2. Menghantar makanan yang dimasak pada jiran dan sahabat yang berhampiran. 3. Membeli kurma secara borong dan boleh dibungkus semula untuk diedarkan kepada sahabat dan saudara mara. 4. Boleh buat pindahan wang untuk berbuka ke dalam akaun orang yang kita kehendaki. 5. Buat pesanan makanan melalui khidmat grabfood dan seumpamanya untuk dihantar kepada yang berkenaan. Walaupun orang tersebut duduk jauh masih lagi boleh untuk bersedekah makanan berbuka. Ada berbaki beberapa hari lagi, jangan bertangguh lagi. Apatah lagi jika kita boleh memberinya kepada orang miskin dan anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya: وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا MaksudnyaMereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
7 392
11
Not all ramadans need to be like the 20-year-old student's no-responsibility, no-job, pray all night, read Quran all day, dat-feels-good ramadan. Nor are they meant to be. If you're a single mother and between work, taking care of your child, and scraping together the bare minimum societal standards of basic hygiene, you can just about find time to pray 5 times a day and keep your fast, then that's your ramadan. And your reward may be more than the 20-year-old's. If you're working two jobs trying to support your wife and kids and can only find time to listen to Quran and do dhikr on the commute between jobs, then that's your ramadan. If you've graduated and this is your first ramadan working full time in a city firm and you feel overwhelmed, then that's your ramadan. You don't need to read as many khatms of the Quran as you did when you were 19. You didn't have a job then and now you do, so that's 8-10 hours a day you have less than before. That's nothing to feel guilty about. If you're studying for your finals and you have to prioritise revision over taraweeh, then that's your ramadan. The ummah needs your qualifications and expertise. We should always strive to continuously improve our ramadan, and never be content with what we're doing. But at the same time understand that it's not *all* about quantity. Don't beat yourself up if you can't do as much as another person; your circumstances differ. And don't beat yourself up if you can't do as much as you did in a previous year. Your current circumstances are different from your previous ones. Take the essence from Ramadan and use the opportunity to connect with your Lord. Speak to Him. Cry. Beg Him. Plead for mercy and guidance. Sometimes one line can outweigh an entire month's reading of the Quran. -Dr Salah Sharief-
Show more ...
7 493
24
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan Setiap kita sudah pasti berazam untuk memperbanyakkan amal ibadah bagi mencari kelebihan lailatul Qadr. Sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ Maksud: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 3-5) Antara kelebihan malam Qadar ialah: 1. Lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah. 2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. 3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. 4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbit fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133. Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” Riwayat Ahmad Antara perkara yang boleh dibuat pada 10 malam terakhir ini; 1. Solat berjamaah Maghrib, Isya dan Subuh sebaiknya di Masjid. 2. Menghidupkan malam dengan Solat Tarawih, Solat Tahajud dan solat Witir. Jika dapat, solat sunat tasbih juga. 3. Sedekah pada setiap malam. 4. Banyakkan membaca al-Quran. 5. Memperbanyakkan doa, antaranya: اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا (Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami). 6. Memperbanyakkan istighfar, tasbih dan selawat. 7. Menjauhkan diri daripada perkara tidak bermanfaat seperti melihat filem, drama, atau bermain games. 8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa. 9. Beriktikaf. JOM merebut peluang Ramadan kali ini. Mungkinkah ia Ramadan terakhir buat kita!
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
9 306
42
Manusia, Al-Quran dan Ramadan Tahukah kita siapakah sebaik-baik manusia? Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia? Pelbagai kriteria dan ciri boleh kita sebut yang menunjukkan seseorang itu terbaik. Mari kita lihat siapakah sebaik-baik manusia menurut Rasulullah SAW dalam hadis baginda. خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ “Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari no. 5027). Al-Quran adalah firman Allah SWT bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tertulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan berpahala ibadah apabila membacanya. Al-Quran juga adalah sumber utama hukum syariat Islam serta panduan hidup yang mengandungi keterangan petunjuk serta penjelasan yang benar dan salah. Firman Allah SWT: هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ (Al Quran) sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (al-Baqarah, 185). Ibn Kathir menjelaskan hadis ini bertujuan menjelaskan sifat-sifat orang Mukmin yang meneladani para rasul untuk memberikan manfaat kepada diri mereka dan melebar manfaatnya kepada orang lain yang mengikutinya (Fadail al-Qur’an, 1/126) melalui mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa orang yang belajar al-Quran mendapat kebaikan walaupun tidak mengajarkannya. Namun, orang yang belajar al-Quran dan kemudian mengajarkannya kepada orang lain akan mendapat kebaikan lebih banyak kerana mendapat manfaat sebagai (guru) yang diikuti (Fath al-Bari, 9/76). Hadis ini juga menjelaskan kemuliaan dan kelebihan bagi mereka yang mempelajari al-Quran. Bagi mereka yang telah belajar dan berkemampuan, mereka dituntut mengajarkannya pula kepada orang lain. Belajar al-Quran adalah dengan maksud mempelajari cara bacaan terutama secara musyafahah, memperbetulkan sifat huruf dan makhraj serta bertajwid bagi mencapai bacaan yang tartil. Mereka yang tidak tahu membaca al-Quran, wajib mempelajarinya walaupun sudah berusia tanpa rasa malu. Setelah berilmu, dituntut pula menjadi guru al-Quran kerana banyak ganjaran pahala bagi ilmu yang dimanfaatkan, lebih-lebih lagi ilmu al-Quran yang sentiasa dibaca oleh murid. Kita juga dituntut bertadabbur dengan merenungi ayat al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Jika mempunyai kemampuan, hafaz dan belajarlah ilmu-ilmu al-Quran, antaranya tafsir, asbab al-nuzul, nasikh mansukh dan sebagainya. Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan adalah kitab hidayah, justeru jangan biarkan sebagai hiasan rak rumah dan masjid sahaja. Bergeraklah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik di muka bumi ini dengan mempelajari, membaca dan menghayati al-Quran. Terdapat hadis lain yang menjelaskan kelebihan ahli al-Quran, antaranya diangkat darjat di sisi Allah SWT serta pemberi syafaat pada hari akhirat kelak. Kelebihan bukan hanya untuknya sahaja malah untuk kedua ibu bapanya. Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا فَهُوَ فِي صُعُودٍ مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al-Qur’an)”. [Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadis ini hasan. Mari kita jadikan Ramadan kali ini sebagai bulan al-Quran dengan banyak membaca, menghayati dan mengajarnya.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 480
19
Ramadan Bulan al-Quran Maqasid nuzul Al-Quran (tujuan penurunan al-Quran) bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan oleh nabi SAW: Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)] Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia Dan akhirat. Allah SWT nyatakan dalam Al-Quran: شَهرُ رَمَضانَ الَّذي أُنزِلَ فيهِ ٱلقُرءَانُ هُدًى لِّلنّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ مِّنَ الهُدىٰ وَالفُرقانِ ۚ Maksudnya: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi petunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil" (al-Baqarah: 185) Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta mentadabbur, antaranya ialah sepotong ayat yang bermaksud: كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ مُبَٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ Maksudnya: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” (Sod: 29). Selamat meneruskan budaya menghidupkan al-Quran pada bulan Ramadan yang mulia ni!
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 208
13
17 RAMADAN Peristiwa agung pada tarikh hari ini membawa perubahan signifikan terhadap perkembangan dakwah Rasulullah SAW di semenanjung tanah Arab. Hingga ke hari ini kita masih dan sentiasa kenang kisah bersejarah ini. 1) Nuzul al-Quran Mukjizat yang diturunkan pada malam al-Qadr menjadi Rahmat teragung buat seluruh umat manusia. Rasulullah SAW yang diutus sebagai pelengkap pembawa risalah daripada Allah SWT mengajar dan menyucikan jiwa-jiwa manusia dengan ayat-ayat suci al-Quran yang merupakan panduan utama umat manusia. 2) Ghazwah Badr Peperangan badar yang menjadi peperangan pemula kepada berkembangnya dakwah Islam dan sumber kekuatan umat Islam. Kisah ini melambangkan keteguhan iman yang membentuk peribadi-peribadi yang bukan sahaja kuat fizikal akan tetapi spiritual. Mari kita kembali merenung Sirah hebat ini untuk bekalan Ramadan berbaki!
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 491
12
5 golongan yang rugi di bulan Ramadan Setiap mukmin mengharap balasan yang baik daripada amalnya, mengharap semua ‘perniagaannya’ didunia mendatangkan untung besar di akhirat. Bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita berlumba-lumba mempertingkatkan amal ibadah, kerana padanya dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang terbaik. Amat rugilah mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak memperolehi keampunan Allah. Dalam sebuah Hadis ,ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barang siapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin” - [HR Ibn Hibban 907]. Antara golongan yang rugi di bulan Ramadan ialah: 1. Bangun sahur tanpa meminta keampunan Allah Waktu sahur merupakan satu waktu yang sangat penting bagi orang puasa, selain itu ia adalah waktu terbaik meminta keampunan dan dijanjikan keampunan oleh Allah. Firman Allah di dalam Surah Al-Imran ayat 17: (maksud) …….dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. Sangat rugilah bagi mereka yang meninggalkan Istighfar pada waktu tersebut. 2. Menunggu waktu berbuka tanpa meminta doa kepada Allah Waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyakkan doa adalah pada ketika hendak berbuka puasa tetapi ramai dalam kalangan kita yang mengabaikan waktu terbaik ini. Sabda Rasulullah: Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa. - [HR Ibn Majah 1743] 3. Menghabiskan waktu siang dengan tidur Tidur tidaklah membatalkan puasa tetapi kata para ulama’ bahawa orang yang menghabiskan waktu siang dengan tidur merupakan orang yang rugi, kerana mungkin mereka yang tidur tidak melakukan ibadah seperti solat wajib dan sunat dan lain2 ibadah, maka puasa mereka hanyalah lapar dan dahaga. Sabda Rasulullah saw (maksud) : Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahala puasanya selain lapar dahaga dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan pahala solat malamnya selain hanya sekadar bangun malam. 4. Tidak membaca Al-Quran Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan kehidupan. Rasulullah saw sentiasa membaca Al-Quran dan apabila sampai di bulan Ramadan baginda akan melipat gandakan bacaan tersebut. Demikian juga para salaf, diceritakan bahawa Imam Syafie mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali setiap hari di bulan Ramadan. Firman Allah di dalam Surah Faatir ayat 29 (maksud) Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al-Quran) dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Orang yang selalu membaca al Quran tidak akan rugi. 5. Tidak bersedekah Sepatutnya puasa mendidik jiwa kita belas kasihan kepada golongan fakir miskin, mereka menahan lapar kerana tidak mempunyai makanan. Diriwayatkan bahawa (maksud): Rasulullah adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. - [HR Muslim 4268] Sama-sama kita meniru kebaikan-kebaikan yang diajar oleh Nabi SAW ini. Wallahu a'lam.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
7 639
47
Menghidupkan malam di bulan Ramadan Waktu malam pada bulan Ramadan berbeza dengan bulan-bulan lain. Apatah lagi tidak lama lagi kita akan memasuki fasa 10 malam terakhir yang terdapat di dalamnya malam lailatul qadar. Terdapat hadis Rasulullah yang menekankan tentang amalan menghidupkan malam pada bulan Ramadan. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870] Terdapat juga dalam Riwayat lain Rasulullah bersabda: مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: “Barangsiapa menghidupkan malam lailatul qadar dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari-Nya, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampuni, barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dalam keadaan iman dan mengharapkan pahala dari-Nya maka dosanya yang telah berlalu akan diampuni”. (HR. Bukhari). Dalam Riwayat ini ada menyebut menghidupkan malam lailatul qadar. Apakah yang boleh difahami dari hadis di atas : 1. Hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadan termasuk pada malam Lailatul Qadar. 2. Ganjaran mereka yang menghidupkan malam bulan Ramadan amat besar bagi sekiranya dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT. Hukumnya adalah sunat muakkad. 3. Allah akan menghapuskan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. 4. Al-Hafiz Ibn Hajar menerangkan makna “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan” adalah kita menghidupkan malam-malamnya (Ramadan) dengan bersolat.. 5. Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadan adalah dengan solat Tarawih. 6. Solat sunat dan solat tarawih ini adalah hanya sebahagian dari pelbagai ibadah yang boleh dilakukan untuk menghidupkan malam. Membaca al-Quran, beristighfar, berzikir dan berdoa adalah antara ibadat lain yang boleh dilakukan. 7. Satu lagi amalan yang telah dibuat oleh Rasulullah ialah beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Terdapat hadis riwayat Imam Bukhari menyatakan :   عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ Maksudnya: “Dari Abdullah bin Umar ra berkata: “Rasulullah saw rutin melakukan i’tikaf pada 10 hari terakhir dari Ramadan”. (HR. Bukhari).   Jangan kita lepaskan peluang tawaran istimewa daripada Allah untuk kita mendapatkan pahala berlipat ganda serta keampunanNya. Sangat rugi sekiranya kita boleh berjaga malam untuk melakukan perkara yang tidak bermanfaat apatah lagi berjaga untuk perbuatan maksiat serta sia-sia.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 271
19
Ramadan bulan Kembali kepada fitrah Setiap anak cucu Adam dilahirkan dengan fitrah serba suci dan bersih ibarat sehelai kain putih tanpa ada sebarang tompok kekotoran. Masa berlalu hari demi hari, melalui pelbagai fasa dan ujian kehidupan, maka titik-titik serta tompok hitam semakin bertambah akibat kelalaian dan dosa seseorang. Allah telah mengurniakan anugerah agung setiap tahun pada hambaNya, iaitu anugerah Ramadan untuk membersihkan diri serta Kembali pada fitrah. Setiap ibadah dalam Islam sememangnya mahu mengembalikan fitrah seperti mula dilahirkan. Tetapi pasti berbeza dengan bulan Ramadan. Allah memberi ruang selama sebulan, ibarat berada dalam kem motivasi yang penuh dengan disiplin, semangat berlumba-lumba dan mahu mencapai objektif program. Terdapat ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan persoalan fitrah ini. Antaranya ialah firman Allah SWT: فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ Maksudnya: (Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. (Surah al-Rum: 30) Begitu juga hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Fitrah secara ringkasnya bermaksud asal kejadian manusia yang Allah SWT jadikan manusia di atasnya, yang dengan kesuciannya manusia mampu dan bersedia untuk menerima kebenaran Islam. Jiwa manusia asalnya bersih tiada sifat dengki, tamak, gila kuasa serta tunduk pada hawa nafsu. Antara sifat yang boleh dipupuk kembali untuk disuburkan ialah : 1. Mendidik hati untuk bersifat ihsan dan pemurah. Bersedekah pada bulan Ramadan dapat mencuci, menghilangkan sifat kedekut serta mementingkan diri sendiri. Kita akan memberikan yang terbaik kerana memahami Allah menyukai sifat ini. Firman Allah SWT: لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. (Surah Ali-Imran: 92) 2. Membersihkan hati dengan membanyakkan memohon keampunan dengan beristighfar dan bertaubat kerana Allah itu Maha pengampun. Allah Ta’ala berfirman : قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ “Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53). Dengan bertaubat, hati menjadi lebih tenang dan bersih. Ini akan mendorong seseorang untuk melakukan pelbagai amal ibadah dan kebaikan. 3. Meningkatkan rasa kehambaan pada Allah. Pada bulan Ramadan kita akan berusaha untuk memelihara solat fardu agar lebih sempurna dan khusyuk. Bukan itu sahaja, solat sunat rawatib, solat dhuha dan solat tarawih akan dlakukan tanpa gagal setiap hari. Tempoh sebulan sebagai latihan diharapkan akan berterusan pada bulan-bulan lain untuk diteruskan secara istiqamah. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang mengdirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870] Kesimpulannya, Allah mahu membentuk hambaNya pada bulan Ramadan untuk kembali menjadi manusia yang fitrah. Bukan sahaja menyihatkan jiwa dan rohani, bahkan kesihatan fizikal apabila berjaya mengekang pelbagai bentuk hawa nafsu untuk terus kekal sihat.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 065
25
Keutamaan berlapar bagi orang berpuasa Telah pun berlalu kita berpuasa selama 12 hari dalam keadaan cuaca yang panas pada tahun ini. Pasti dalam keadaan cuaca seperti ini akan merasakan kehausan dan kelaparan lebih dari biasa. Adakah Allah mahu menzalimi hambaNya dengan berlapar dalam tempoh 14 jam dan mungkin lebih bagi negara tertentu. Ada hikmah yang besar mahu dianugerahkan oleh Allah pada hamba-hambaNya di saat kelaparan. Rasa lapar itu adalah salah satu bentuk ujian oleh Allah pada hambaNya untuk menguji keimanan. firman Allah SWT: وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Al-Baqarah :155) Imam al-Ghazali ada menyatakan di dalam kitabnya, Ihya’ Ulumiddin  manfaat apabila perut kosong atau lapar. Pertama, lapar dapat membersihkan hati dan meningkatkan kecerdasan. Menurut Al-Ghazali, rasa kenyang boleh membutakan hati dan mengepulkan ‘asap-asap’ di otak seseorang yang menyerupai mabuk sehingga memenuhi seluruh ruang dalam otak tersebut. Hal tersebut kemudian menyebabkan seseorang lambat dalam memahami sesuatu atau biasa dikenal dengan lola. (Ihya`, Jil. 3, h. 105) Kedua, lapar dapat membuat hati menjadi lembut dan bersih yang menjadi lebih mudah untuk merasakan nikmatnya ketekunan dalam berzikir dan manfaatnya. Bagi Al-Ghazali, ini merupakan sebuah keistimewaan, mengingat betapa banyak orang yang lisannya berzikir namun hatinya tidak menghadirkan apa yang sedang diucapkan oleh lisan, yang mana hal ini bisa jadi disebabkan karena kerasnya hati. (Ihya`, Jil. 3, h. 106) Ketiga, lapar dapat menyingkirkan kesombongan, perasaan bahagia, dan kekufuran yang menjadi awal dari perbuatan zalim dan membuat seseorang melalaikan ketetapan-ketetapan Allah. Bagi Al-Ghazali, tidak ada hal yang lebih efektif yang membuat seseorang dapat menaklukan hal-hal negatif tersebut daripada rasa lapar. (Ihya`, Jil. 3, h. 106) Keempat, lapar dapat membuat seseorang tidak melupakan cubaan dan azab Allah, serta tidak melupakan mereka yang menerima ujian. Bagi Al-Ghazali, orang yang kenyang seringkali lupa terhadap nasib mereka yang diuji dengan kelaparan. Orang yang cerdas, ketika ia menyaksikan orang yang sedang diuji dengan kesusahan, ia menjadi ingat akan betapa susahnya nasib seseorang di akhirat, seperti rasa haus yang dialami saat di padang mahsyar atau laparnya penghuni neraka. (Ihya`, Jil. 3, h. 107) Kelima, lapar dapat membuat seseorang mampu menaklukan syahwat maksiat dan mampu mengontrol nafsu ammarah (nafsu yang mendorong seseorang kepada hal negatif), dan inilah manfaat yang paling besar dari rasa lapar. Karena, bagi Al-Ghazali, akar dari perbuatan maksiat adalah syahwat dan kekuatan untuk memenuhinya, dan keduanya bersumber dari makanan. Sehingga, dengan mengurangi makan, maka seseorang sedang melemahkan syahwat dan kekuatan tersebut. (Ihya`, Jil. 3, h. 107) Selain kelima hal tersebut, manfaat lain dari lapar adalah membuat seseorang tidak mudah mengantuk sehingga dapat ‘begadang’ untuk menghidupkan malam; menjadi lebih tekun beribadah; membuat badan lebih sehat dan terhindar dari penyakit baik fisik maupun hati; meminimalisir pengeluaran untuk bahan makanan; dan memungkinkan seseorang untuk dapat menyisihkan sebagian makanan yang kemudian disedekahkan kepada yang membutuhkan. (Ihya`, Jil. 3, h. 108-110) Di samping manfaat yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali di atas, ada lagi banyak kelebihan berpuasa saat berlapar dari sudut kesihatan. Antaranya boleh memelihara diri dari pelbagai penyakit yang merbahaya serta boleh menurunkan berat badan jika menjaga pemakanan saat berbuka dan bersahur.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 488
32
Peluang doa dimakbulkan pada bulan Ramadan Sebagai seorang hamba yang fakir, kita sentiasa berhajat kepada bantuan dan pertolongan Allah. Allah sentiasa menunggu dan ternanti-nanti hambaNya berdoa memohon sesuatu padaNya. Firman Allah وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ Maksudnya : Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (al-Baqarah : 186) Ada 3 waktu bagi orang yang berpuasa Allah makbulkan doanya : 1. Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan] Sepanjang hari orang berpuasa adalah waktu terbaik untuk berdoa. Carilah waktu yang sesuai untuk kita berdoa. 2. Waktu sahur atau sepertiga malam adalah waktu dikabulkannya doa dan waktu paling utama untuk melakukan ibadah lainnya seperti solat tahajud. Pada bulan Ramadhan, umat Islam yang bangun bersahur dapat memanfaatkan waktu tersebut untuk berdoa dan beribadah, Rasulullah SAW telah bersabda : يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ "Rabb kita tabaraka wa taala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, "Siapa saja yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni." [HR. Bukhari, no. 1145 dan Muslim, no. 758]. Waktu bangun untuk bersahur, ambillah masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk beribadah sebelum makan bersahur, merayu dan berdoalah dengan hati yang khusyuk. Elakkanlah waktu bersahur menghabiskan masa untuk membaca atau menghantar sebarang info di media sosial. 3. Ketika berbuka puasa . Allah SWT akan mengabulkan doa orang yang berbuka puasa seperti sabda Rasulullah Saw berikut: إِنَّ للصَائِم عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ Maksudnya : "Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa. " [HR Ibnu Majah no. 1743] Pada bulan Ramadan hendaklah kita banyakkan berdoa untuk memohon keampunan serta dibebaskan dari azab api neraka terutama pada sepuluh malam terakhir. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis : عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku” (Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih Janganlah kita melepaskan peluang untuk memperbanyakkan berdoa pada saat bulan Ramadan ini terutama pada 10 malam yang terakhir. Ini kerana bagi orang yang berpuasa pasti melalui ketiga-tiga saat ini. Apabila berdoa yakinlah bahawa Allah akan memperkenankan doa kita pada saat dan waktu yang tepat dan terbaik untuk hambaNya.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
6 984
31
Ramadan bulan adanya solat sunat Tarawih Setiap daripada kita pasti memahami dan mengetahui bahawa solat sunat Tarawih hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja. Mereka yang jarang menunaikan solat sunat lain pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang mendapatkan ganjaran pahala menunaikan solat sunat Tarawih. Ramadan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT bagi mereka yang mendirikan malam-malamnya dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Rasulullah SAW bersabda: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu”. Riwayat Muslim Mendirikan malam pada bulan Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis di atas merupakan solat sunat Tarawih. Tarawih memberi maksud sebagai istirahat dan ini kerana kebiasaan mereka yang melakukannya dengan memanjangkan berdiri kemudian beristirahat pada setiap kali empat rakaat. Umat Islam disunatkan untuk melakukannya secara berjemaah. Solat sunat Tarawih dilakukan secara berjamaah sejak Khalifah Umar al-Khattab menjadi khalifah. Di sana ada beberapa persoalan berkaitan solat Tarawih : 1. Berapakah jumlah rakaat solat sunat Tarawih. Menurut mazhab Syafi’e dan jumhur ulama, bilangan rakaat tarawih adalah dua puluh rakaat berserta sepuluh salam tidak termasuk solat sunat witir. Walau bagaimana pun solat seseorang itu tetap sah dan diterima jika mengerjakannya kurang daripada dua puluh rakaat. Dari sudut ganjaran pahala, ia tetap mendapat ganjaran pahala solat sunat tarawih mengikut kadar bilangan rakaat yang dilakukan. 2. Bolehkah kita qada’ solat tarawih dan sunat witir jika kita tertinggal. Imam al-Nawawi menyebut secara umum bahawa sunat qada solat sunat yang memiliki waktunya (solat sunat al-Muaqqat). Teks asalnya seperti berikut: وَلَوْ فَاتَ النَّفَلُ الْمُؤَقَّتُ نُدِبَ قَضَاؤُهُ فِي الْأَظْهَرِ Maksudnya: “Jika luput waktu solat sunat yang telah ditetapkan waktunya, maka sunat untuk qada menurut pandangan yang muktamad”. Begitu juga solat sunat witir boleh diqada’. Rasulullah bersabda : مَنْ نَامَ عَنْ الْوَتْرِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُوتِرْ إِذَا ذَكَرَهُ أَوْ اسْتَيْقَظَ Maksudnya: “Sesiapa yang tidur sehingga terlepas waktu solat Witir atau terlupa menunaikannya, maka lakukanlah apabila dia mengingatinya atau setelah dia bangun daripada tidur”. Riwayat al-Tirmizi (465) 3. Adakah digalakkan kaum wanita menunaikan solat tarawih di masjid. Tempat solat terbaik bagi wanita adalah di rumah, tetapi Islam tidak melarang mereka pergi ke masjid terutamanya untuk solat berjemaah pada bulan Ramadan dengan syarat selamat daripada fitnah. Tambahan syarat wanita yang telah berkahwin perlu mendapat keizinan suami, tidak tabarruj dan sentiasa menjaga adab. Rasulullah SAW bersabda: لا تمنعوا إماءَ الله مساجدَ الله، ولكن لِيَخرُجْنَّ وهنَّ تَفِلاتٌ Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian.” Riwayat Abu Daud Mari kita berlumba-lumba untuk memperbanyakkan solat sunat pada bulan yang penuh barakah ini terutamanya solat sunat tarawih. Tidak perlu berdebat sama ada untuk melakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Laksanakanlah mengikut kemampuan masing-masing dengan penuh keikhlasan dengan hanya mengharapkan rahmat Allah serta keampunanNya.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
7 179
16
Mahu bersahur atau tidak? Ada orang telah siap makan sebelum tidur malam dengan beranggapan dia telah bersahur. Adakah benar fahaman dan amalan sebahagian orang ini? Apakah hikmat dan rahsia Rasulullah sangat menggalakkan dan menghukumnya sebagai sunat muakkad bagi yang bangun bersahur apabila mahu berpuasa. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji dinyatakan bahawa waktu bersahur bermula pada tengah malam. Imam al-Nawawi menyebutkan, waktu bersahur adalah di antara tengah malam dan terbitnya fajar. Terdapat ulama yang berpendapat masuknya waktu sahur adalah pada seperenam akhir malam. Maksud sahur itu tercapai dengan sebarang makanan sama ada banyak atau sedikit serta dengan air.  1. Bersahur adalah sunnah yang paling besar dan tidak ditinggalkan oleh Rasulullah. Bersahur juga adalah bertujuan untuk mmembezakan antara puasa kita dengan penganut agama lain.. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Bin Sa’ad. Nabi SAW bersabda : إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ Maksudnya :” Pemisah (perbezaan) di antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah bersahur.” Riwayat Abu Daud (2343) 2. Sangat rugi jika kita tidak bersahur kerana di dalamnya ada keberkatan. Rasulullah memerintahkan agar jangan meninggalkan sahur. Ini terbukti melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda : السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ ، فَلاَ تَدَعُوهُ ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ Maksudnya :” Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur.” 3. Rasulullah melewatkan bersahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (maksudnya) “Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17). Tidak digalakkan untuk bersahur awal, sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit: تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ»، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟ " قَالَ: «قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 4. Seseorang itu masih boleh untuk makan sebelum azan subuh berkumandang. Ini merujuk kepada firman Allah : وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ (maksudnya): "Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam" (Surah al-Baqarah: 187). Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. 5. Rasulullah akan memakan kurma Ketika bersahur Kurma mengandungi banyak khasiat. Kurma merupakan pilihan makanan yang tepat untuk sahur. Buah ini mengandung kalori, serat, dan karbohidrat yang cukup untuk memberikan tenaga pada tubuh. Kita akan merasa kenyang lebih lama saat mengambilnya kerana kurma termasuk sumber karbohidrat kompleks Kesimpulannya, sangat rugi sekiranya seseorang itu mengambil ringan untuk meninggalkan bersahur sama ada puasa sunat apatah lagi puasa fardu bulan Ramadan.
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
7 575
26
Ramadan Bulan Keampunan Bangunkan jiwa taqwa dengan mendapat keampunan melalui  ibadat Ramadan. Syahrul Maghfirah (Bulan Pengampunan) merupakan satu daripada nama bulan Ramadan. Pelbagai mekanisma disediakan untuk membersihkan dosa sehingga kita keluar daripada Ramadan nanti menjadi orang yang bersih daripada dosa atau kembali menjadi fitrah. Antara mekanisme yang disediakan sebagai penghapus dosa di bulan Ramadan: 1.  Ibadat Puasa عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih 2.  Solat Malam عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain)  kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih 3.  Bersedekah اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ Puasa merupakan benteng dan sedekah dapat meleburkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api  (HR Ahmad  no 5231) 4.  Waktu Sahur أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ “Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR Bukhari no.1145) 5.  Menghidupkan Malam Lailatul Qadar مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR Bukhari No: 1901) 6.  Zakat Fitrah Ibnu Abbas RA berkata: فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ “Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa serta dari perbuatan atau ucapan lagha, juga sebagai makanan bagi orang miskin” (HR Abu Daud No: 1609) رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ...وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانَ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ "Menyesallah dan rugilah .. menyesallah dan rugilah ... Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadhan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi No 3545 dengan sanad Hassan) . Pelbagai mekanisme disediakan Allah SWT Tuhan Yang Maha Pengampun. Banyakkan memohon keampunan Allah. Hendaklah kita berharap dan berusaha melakukan amal ibadah sebaik mungkin agar dosa-dosa kita diampunkan Allah terutama disepanjang Ramadhan ini. Bulan Ramadhan adalah medan untuk menyucikan dosa. Mulai dari solat, puasa, sedekah, ibadah Lailatul Qadar sehinggalah zakat fitrah menjadi penyuci dosa bagi kita yang berpuasa. Semoga kita diampuni disepanjang Ramadhan ini. Aamiiin
Show more ...
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
7 705
34
Ramadan bulan melatih kesabaran Bulan Ramadan adalah bulan tarbiyah. Antara sifat yang hendak kita pupuk dan diamalkan dalam kehidupan seorang muslim ialah sifat sabar. Tidak kurang 90 kali kata-kata sabar disebut dalam al-Quran. Sifat sabar mudah disebut tetapi sangat sukar dilaksanakan. Oleh itu orang yang bersabar diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 10 : إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. 1. Kehidupan manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk, maka mintalah pertolongan daripada Allah dengan menunaikan solat serta sifat sabar. Firman Allah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar (Al-Baqarah:153) 2. Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. 3. Darjat sabar yang paling tinggi ialah sabar terhadap ketaatan, bererti apabila mahu melakukan ketaatan hendaklah menyabarkan diri melaksanaknnya agar terus istiqamah. 4. Cabaran pada bulan Ramadan adalah sabar untuk melakukan ketaatan untuk meningkatkan ibadah seperti melakukan qiam Ramadan, tilawah al-Quran, bersedekah dan ibadah lain. 5. Rasulullah adalah insan yang sangat tinggi sifat sabarnya apaabila berhadapan dengan pelbagai ujian serta tentangan dalam menyampaikan dakwahnya. Baginda sentiasa membalas kejahatan dengan kebaikan. Orang beriman sangat dikagumi sifatnya : عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ Rasulullah bersabdaAlangkah mengagumkan keadaan orang yang beriman, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin, jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya. (Riwayat Muslim) Jadikan Ramadan tahun ini sebagai bulan yang paling baik untuk kita kerana berjaya memupuk sifat sabar. Boleh menahan diri dari kemarahan yang melampau hingga membuat tindakan yang boleh mencederakan hati, fizikal serta yang paling dahsyat ada yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Show more ...
7 380
32
Last updated: 11.07.23
Privacy Policy Telemetrio