Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Category
Channel location and language

all posts CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia 
471 075-174
~32 025
~12
6.31%
Telegram general rating
Globally
1 138place
of 78 777
19place
of 806
In category
3place
of 960
Posts archive
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi. ⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Show more ...
15 273
28
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍? Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Sumber: Malaysian Meteorological Department
41 671
27
Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga. ⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba. ‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.
60 866
71
https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/pfbid0cAWjNWjQnNSvVByQSK6ac8DBerxX1v6MojSx1ugJCX5z6xrgBoYB7dZgaQfts7nkl
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 19 April 2024 – 21 April 2024. #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniSiagaBencana #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
67 398
1
🌋🌋🌋 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU). Maklumat lanjut, boleh didapati
Show more ...
63 483
22
Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia❗ ⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.
61 935
66
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 – 17 April 2024.
66 164
4
https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/pfbid02zqcqtsnuRGst9fW52TpgMBDUm8QwWjcAALrr2MNVz17rVPawtDKz7tjw5RDQZs6il
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 – 17 April 2024. #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniSiagaBencana #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
63 745
5
Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨🌙, pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang selamat jika anda mengalami batuk dan bersin. Etika ini adalah cara selamat untuk menguruskan gejala 😷 dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk. ‼️Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
Show more ...
91 678
24
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada semua petugas kesihatan di negara ini! Teruskan kebersamaan dan kesejahteraan dalam mengekalkan kesihatan diri di bulan yang mulia ini. Jaga kesihatan, kekalkan kebersihan dan rayakan kemenangan ini bersama-sama insan tersayang. 𝘚𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘔𝘢𝘢𝘧 𝘡𝘢𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘵𝘪𝘯.
68 006
6
Sempena musim perayaan ✨ ini, semua orang sibuk membuat persiapan 🍪🧁bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi jangan lupa untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah 🏡 anda agar dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes 🦟 yang boleh menyebabkan penyakit Denggi. 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙚𝙙𝙚𝙨, 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙜𝙞, 𝙘𝙝𝙞𝙠𝙪𝙣𝙜𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙯𝙞𝙠𝙖.
61 946
14
🔸Terdapat 27 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Baling, Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik dan Bandar Baharu) Kedah, (Timur Laut dan Seberang Perai Tengah) Pulau Pinang, (Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar) Perak, (Tampin dan Jelebu) Negeri Sembilan, (Maran, Lipis, Pekan, Rompin dan Bentong) Pahang, (Pasir Puteh dan Kuala Krai) Kelantan dan (Besut dan Dungun) Terengganu. 🔸Terdapat 2 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Mukah dan Limbang. 🔸Terdapat 3 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Tenom. Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Show more ...
85 447
31
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒 5 April 2024 🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu (Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli dan Gua Musang) Kelantan dan (Jerantut, Raub, Temerloh dan Bera) Pahang. Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
70 787
37
SIARAN MEDIA : DOF SAHKAN KUPANG DICEMARI BIOTOKSIN Pejabat Perikanan Negeri Sembilan
73 566
30
⚠️ AWAS ‼️ Waspada tanda-tanda PSP‼️ SEGERA KE FASILITI KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA SEKIRANYA MENGHADAPI TANDA-TANDA PSP‼️
66 755
51
🚙 Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi. 🦟 KKM ingin mengingatkan agar anda membersihkan kawasan persekitaran rumah 🏡 anda sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. 🎆 Persekitaran rumah yang 🏡 bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.🦟 🚙 Apabila pulang dari kampung, adalah digalakkan untuk menyembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu. ‼️ Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (). 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗲𝗱𝗲𝘀, 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶, 𝗰𝗵𝗶𝗸𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘇𝗶𝗸𝗮
Show more ...
72 602
21
73 400
19
65 809
12
Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Berkaitan Kejadian Keracunan Kupang di Port Dickson.
73 955
4
https://www.facebook.com/share/p/oCmSiPwk3QLZzjHU/?mibextid=ZbWKwL
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
69 129
2
☀️Lindungi kulit anda daripada sinaran UV matahari dengan menggunakan produk pelindung sinaran matahari. Pastikan produk pelindung sinaran matahari bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
76 047
18
☀️Cuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi. 💡Oleh itu, amalkan tips kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba.
81 563
35
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍. Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.
70 576
26
70 980
45
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia mengalami cuaca panas. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan. Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
61 778
23
66 757
20
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas sekarang. Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia () dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM ().
Show more ...
66 679
22
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍. Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.
63 492
37
https://www.facebook.com/share/p/NBoWSqdhHdtXZscL/?mibextid=ZbWKwL
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
64 100
3
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 24 MAC 2024 -SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA 2024-
66 745
1
https://www.facebook.com/share/p/v148vTQdJPzc61cJ/?mibextid=Nif5oz
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
84 878
3
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 23 Mac 2024 Nasihat Penjagaan Kesihatan Murid- murid Sekolah Semasa Gelombang Haba
87 361
3
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02eP9Rk1PGhtgDXyXqhDUjZ4BQNji29HKNs1tDywr4p5T2aa16XNbWKZJmnN5YvMvXl
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 11 (10 Mac 2024 – 16 Mac 2024)
87 389
1
73 301
2
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 11 (10 Mac 2024 – 16 Mac 2024)
68 465
1
Antara tanda awal strok haba adalah pening atau sakit kepala, loya atau muntah dan sawan. Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
80 558
27
https://www.facebook.com/share/v/4cNM47GAEAh21xi5/?mibextid=qi2Omg
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
79 081
2
Demam Campak (Measles) : Ambil Peduli, Ambil Tahu Saksikan rancangan Diari Rawat esok pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Dr. Sangeetha Siniah dari Hospital Tunku Azizah.
81 806
18
86 038
110
☀️Pada Bulan Ramadan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang mengalami cuaca panas. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan. Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas di bulan ramadan seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum
86 298
91
Lindungi anak anda daripada cuaca panas. Awas! Jika anak anda menunjukkan gejala seperti demam, lesu, pernafasan tidak normal dan sawan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
69 049
62
https://www.buletintv3.my/nasional/terengganu-dijangka-alami-cuaca-kering-panas-hingga-mei/
Terengganu dijangka alami cuaca kering, panas hingga Mei
KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami cuaca panas dan kering berterusan hingga Mei depan. Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, setakat ini, suhu paling tinggi direkodkan Stesen Pencerapan Automatik adalah di Felda Tenang, Besut iaitu 35.5 darjah Celsius dan di Ketengah Bukit Besi, Dungun (34.6 darjah Celsius) pada 6 Mac lalu. Beliau berkata,…
76 303
24
Rakyat Malaysia sering menjadikan bazar ramadan sebagai tempat untuk membeli makanan juadah pilihan kesukaan keluarga untuk berbuka puasa. Namun , pengguna harus mempertimbangkan beberapa ciri keselamatan pemilihan makanan sepanjang ramadan ini ketika mengunjungi bazar ramadan dengan mengamalkan konsep “Perhati” dan “Pilih” serta “Lihat, Hidu dan Rasa” sebagai langkah untuk mengelakkan keracunan makanan yang boleh mengundang bahaya. “KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
69 829
19
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian. Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa
80 526
49
68 665
28
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Nasihat Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak
75 616
4
80 666
7
77 956
6
72 799
9
Ramadan Kareem merupakan bulan yang membawa berkah dan membawa erti seribu nikmat yang istimewa oleh Allah SWT kepada hambaNya dalam usaha memperteguhkan iman dan amal sebagai kewajipan sebagai muslim. Jalani ibadah ini dengan penuh ketenangan dan taqwa disamping meningkatkan kualiti kesihatan dengan amalan berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di Malaysia.
18 515
5
🌙🌙Bersempena dengan bulan Ramadan, penjualan juadah makanan di bazar ramadan dan pelbagai premis makanan sememangnya menjadi aktiviti yang sangat dinanti-nanti oleh semua peringkat masyarakat di negara ini. 👨👨👧👧 Ramai yang akan berkunjung ke bazar ramadan dan premis-premis makanan di seluruh negara untuk membeli pelbagai jenis juadah makanan .🍭🍮🍰 Sebarang aduan keselamatan makanan, hubungi Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui sila layari laman web
Show more ...
24 036
14
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°c untuk 3 hari berturut-turut. Gelombang haba boleh menyebabkan kemarau dan kebakaran hutan. Elakkan pembakaran terbuka dan simpan bekalan air secukupnya. Jaga kesihatan dengan minum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh.
35 722
34
[ 15 minit lagi ] ‼️: SAKSIKAN "Perspektif Pakar" terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia yang membincangkan isu- isu semasa kesihatan dengan mengetengahkan topik arus perdana yang menjadi perhatian umum. Ikuti kami 1:00 petang ini, 7 Mac 2024 Episod 1 : "CUACA PANAS: APA YANG HARUS KITA LAKUKAN" Jom kita saksikan.
24 283
1
https://www.facebook.com/share/v/QQ6wKC95abkXx8DW/?mibextid=WC7FNe
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
1
0
🩸Orang ramai diminta untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah seluruh negara. Layari Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Darah Negeri untuk maklumat lanjut. Bantu kami dengan menderma darah.👌🇲🇾
26 132
12
10 655
6
🎇🌇Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan. Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.
16 514
7
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk. Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
Show more ...
30 098
13
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian. 📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
30 143
26
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐉𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚: 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮? Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan orang yang hidup bersama penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka. Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa di mana mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik. Kami kongsikan 5 fakta mengenai penyakit jarang jumpa. Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa ini.
22 668
14
⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. 🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
25 134
37
Cuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi. Oleh itu, amalkan tip kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba
51 403
39
Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas. 👉 Minum air secukupnya 👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein 👉 Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap 👉 Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
75 846
51
Kanser hati seringkali tidak menunjukkan gejala atau tanda- tanda awal namun, terdapat simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser jenis ini antaranya, rasa sakit dan ada ketulan pada di bahagian kanan perut, loya dan muntah-muntah serta keletihan dan hilang berat badan. Statistik menunjukkan, terdapat kira-kira 48,639 penghidap kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan pada tahun 2020. Manakala data Registri Kanser Malaysia melaporkan sejumlah 168,822 kes kanser baru bagi tempoh 5 tahun bermula tahun 2017 hingga tahun 2021. Kanser payudara, diikuti kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merupakan lima (5) kanser dengan insiden tertinggi dilaporkan bagi tempoh yang sama.
Show more ...
41 513
35
Lakukan perkara-perkara ini untuk kekal sihat pada musim panas. ✔️ Minum air kosong secukupnya ✔️ Kurangkan aktiviti di luar rumah ✔️ Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula. ✔️ Gunakan pendingin hawa atau kipas untuk sejukkan badan ✔️ Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ✔️ Pakai topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari
43 913
55
Segera dapatkan rawatan sekiranya anda selesema, batuk, asma, sakit mata atau mendapat jangkitan paru-paru yang kronik.
49 665
55
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan. Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.
73 470
44
Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan. Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
23 038
31
‘Microsleep’ boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan. 🥱Tersengguk-sengguk 🥱Mata terkebil-kebil 🥱Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu 🥱Tatapan mata kosong ✔️Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.
83 358
60
Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa. Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul terutamanya pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.
73 605
24
Nampak sihat tidak semestinya anda sihat. Lakukan saringan kesihatan, cegah awal, sihat sepanjang hayat.
72 961
22
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina. Bina kemesraan dengan saling berkunjungan tetapi elakkan diri daripada dijangkiti demam denggi. Lindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan produk penghalau nyamuk. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan demam denggi.
68 420
13
Jom amalkan "berjalan 10,000 langkah" setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Jangan bertangguh lagi! Ayuh kita mulakan SEKARANG
67 946
52
❗️Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit. 💦Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah. Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)
73 040
26
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Ketahui apakah yang menyebabkan radang tonsil dan rawatan yang boleh dilakukakan ke atas pesakit sebagai langkah pencegahan.
78 251
93
75 278
35
Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis). Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.
Show more ...
81 451
28
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀? 📌Penyakit yaws adalah antara Penyakit Tropika Terabai (NTD) yang masih lagi terdapat dan dikesan di sekitar kawasan pedalaman. Penghidap penyakit ini boleh membawa kepada kecatatan kekal sekiranya tidak dirawat dengan sempurna. "Bersatu, Bertindak dan Hapuskan" "Ke arah Eliminasi Yaws di Malaysia Menjelang 2030"
92 979
22
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 11 November hingga Mac 2024. Peningkatan curahan hujan berikutan Musim Monsun Timur Laut ini boleh menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, masyarakat disarankan bersama-sama melakukan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan denggi semasa dan selepas banjir. Masyarakat perlu mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
Show more ...
85 162
14
📌Seharian di tempat kerja kadang kala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan. 💪😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.
64 936
50
Dengan rawatan yang sempurna penyakit kusta boleh disembuhkan sepenuhnya. Lakukan saringan kusta sekiranya anda seorang kontak kepada pesakit kusta atau mengalami tanda seperti dikongsikan. Saringan boleh dibuat di semua fasiliti kesihatan Kerajaan sekiranya anda mempunyai tanda atau simptom pada kulit dan tubuh badan anda.
78 725
21
Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis). Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.
Show more ...
83 826
44
Di Malaysia 🇲🇾, kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki selepas kanser kolon dan paru-paru. 📌Dikongsikan amalan pencegahan kanser prostat sebagai panduan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser prostat, mohon agar segera ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal, peluang sembuh adalah tinggi.
89 294
56
Bagi mangsa-mangsa yang terkesan teruk akibat bencana banjir serta mengalami perubahan emosi dan psikologi, anda tidak keseorangan.❤️ ☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Heal with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam "Hentikan Stigma" "Kesihatan Mental Milik Semua"
91 910
7
⚽️🏀⛹️‍♀️Aktiviti fizikal yang bersesuaian mengikut tahap umur banyak memberi pelbagai manfaat khususnya dari kesihatan fizikal, sahsiah dan kesihatan mental. Penglibatan yang aktif dalam aktiviti fizikal mampu menyumbang ke arah pencapaian kecergasan pada tahap optimum dan kesejahteraan kehidupan secara menyeluruh. Mari bersama-sama dalam mengamalkan tingkah laku budaya hidup sihat demi kelestarian kehidupan.
88 955
72
😇Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri. Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami. 💪☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam. "KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA" "HENTIKAN STIGMA"
Show more ...
89 433
132
🩺Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab, bertindak proaktif dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat. 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐬, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢, 𝐜𝐡𝐢𝐤𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐳𝐢𝐤𝐚.
79 379
27
KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENANGANI DENGGI 1. Pada tahun 2023, sejumlah 123,133 kes telah dilaporkan berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3%. Namun berkurang 5.4% berbanding tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19). Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi adalah sebanyak 100 kematian dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 56 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2022. 2. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi ini adalah mesyuarat kali pertama pada tahun ini dan bertujuan untuk menggembleng usaha dan tindakan bersepadu dalam pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia, melibatkan pelbagai kementerian dan agensi strategik melibatkan 14 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani isu denggi di Malaysia. 3. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan 1/2024 ini telah memutuskan perkara-perkara berikut: a. Meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan Task Force bersama GLC. b. Mempertingkatkan keupayaan sumber melalui penyumberluaran2 aktiviti kawalan dan pencegahan denggi seperti semburan dan larvisiding. c. Memperkukuhkan kepimpinan setempat melalui penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah. d. Program pelepasan nyamuk telah dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan 7 negeri bermula tahun 2019. Dari ini sebanyak 19 lokaliti telah lengkap 2 tahun 6 minggu dan penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan kes denggi 45% hingga 100% berbanding sebelum pelepasan. Jawatankuasa Kabinet mencadangkan perluasan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia melalui pertambahan 10 lokaliti baru bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang memerlukan dana sebanyak 4 juta setahun bagi menampung kos operasi. e. Jawatankuasa Kabinet juga mencadangkan penglibatan PBT dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh PBT. f. Aktiviti secara berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Daerah dan Negeri. Selain itu, kempen dan gotong royong secara besarbesaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan pada tahun 2024. g. Satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk persetujuaan Jemaah menteri. 4. Diharapkan dengan keputusan-keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius. 5. Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, dan . Sekian, terima kasih. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA PUTRAJAYA 15 JANUARI 2024
Show more ...
83 969
11
👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula. 📢Salah faham dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil, boleh menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis yang tidak terkawal.
86 722
124
Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya. Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
81 149
67
COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan risiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti. Lima (5) tindakan utama yang boleh dilakukan adalah: 1) Pemakaian pelitup muka mengikut saranan semasa KKM. 2) Melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala. 3) Melakukan pengasingan kendiri atau menjalani HSO jika positif COVID-19. 4) Mendapatkan rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi yang layak. 5) Digalakkan mengambil vaksin COVID-19 bagi golongan berisiko tinggi.
Show more ...
86 373
40
Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit. Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri. BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19
Show more ...
88 952
23
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi. Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Show more ...
82 420
51
📌Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan. ⚠️Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat. Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM)
Show more ...
89 047
29
🌡Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang sudah tamat tarikh luput. Penggunaan kit ujian yang telah melebihi tarikh luput boleh memberi keputusan ujian yang tidak tepat. Untuk makluman, tiada kelulusan diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kepada pelanjutan tarikh luput untuk mana-mana kit ujian kendiri COVID-19. Namun demikian, MDA ada memberikan kelulusan kepada perubahan jangka hayat dan kestabilan peranti perubatan yang telah berdaftar termasuk kit ujian kendiri Covid-19. Jangka hayat ialah tempoh masa sehingga tarikh luput, di mana reagen in vitro dalam pembungkusan asalnya, mengekalkan kestabilannya di bawah keadaan penyimpanan yang ditentukan oleh pembuat.
Show more ...
83 444
39
1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik sebelum hamil dan terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan asma. 👸Wanita perlu mengambil perhatian terhadap faktor risiko kesihatan yang boleh menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dengan mengambil makanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan, aktiviti fizikal yang sesuai untuk wanita hamil, tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. 🩺Selain daripada itu, wanita dengan penyakit kronik yang berhasrat untuk hamil boleh mendapatkan nasihat dan penilaian menerusi Klinik Pra Kehamilan (Pre-Pregnancy Clinic) yang tersedia di Klinik-Klinik Kesihatan dan hospital-hospital berpakar KKM di seluruh negara.
Show more ...
81 604
36
Virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 kekal berada di sekeliling kita. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) sebagai langkah pencegahan kesihatan awam yang efektif. Manakala, elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang Dekat) bagi mengurangkan risiko penularan penyakit dalam komuniti. "BERTINDAK SEGERA" "BERSAMA MENCEGAH PENULARAN COVID-19"
87 891
50
🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19. Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.
86 864
18
🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19. Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.
88 507
36
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar. Cegah jangkitan Melioidosis semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala. Layari untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
87 999
37
Last updated: 11.07.23
Privacy Policy Telemetrio