Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Category
Channel location and language

audience statistics Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat. 
50 297-25
~4 517
~4
8.52%
Telegram general rating
Globally
19 543place
of 78 777
313place
of 806
In category
174place
of 595

Subscribers gender

Find out how many male and female subscibers you have on the channel.
?%
?%

Audience language

Find out the distribution of channel subscribers by language
Russian?%English?%Arabic?%
Subscribers count
ChartTable
D
W
M
Y
help

Data loading is in progress

User lifetime on the channel

Find out how long subscribers stay on the channel.
Up to a week?%Old Timers?%Up to a month?%
Subscribers gain
ChartTable
D
W
M
Y
help

Data loading is in progress

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Tahukah anda? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011. 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐳𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
1 623
6
Team HePiLI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan ribuan terima kasih buat semua warga pendidik yang telah banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa. Jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.
2 119
3
Inginkan hadiah yang teristimewa di hari jadi anda? Dapatkan pemeriksaan pergigian setahun sekali untuk senyuman yang kekal menawan! Kerana senyumanmu adalah hadiah yang tidak ternilai. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

INGAT HARI JADI, INGAT DOKTOR GIGI V2.mp4

2 270
2
MERS-CoV boleh menyebabkan gejala yang serius terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai penyakit kronik. Kes MERS yang serius boleh menyebabkan kegagalan pernafasan, kegagalan organ dan perlu dirawat di unit rawatan rapi. Buat masa ini, belum ada vaksin dan tiada rawatan khusus bagi penyakit ini. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2 018
6
KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN KE NASI Ramai di kalangan kita amat gemar makan nasi dengan kuah banjir, tambahan pula kalau lauknya kena dengan selera. Pernah ke kita terfikir sebenarnya dengan setiap penambahan sesudu kuah boleh menambahkan jumlah kalori serta garam dan lemak (jika kuah mengandungi minyak atau santan) kepada hidangan kita. Jadi setiap kali kita nak menambah kuah ke nasi, fikir-fikirkan dulu pesanan dan nasihat “Kurangkan pengambilan garam” , “Kurangkan makan makanan tinggi lemak” dan sebagainya. Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
Show more ...
2 271
4
Pendaftaran Janji Temu Klinik Kesihatan di Aplikasi MySejahtera Saksikan sekarang di
2 943
0
MERS telah dilaporkan di 27 buah negara sejak tahun 2021. 80% kes dilaporkan oleh negara Arab Saudi. Anda baru pulang dari menunaikan ibadah haji atau umrah? Perhatikan sekiranya anda mempunyai gejala MERS. 👉 Demam 👉 Batuk 👉 Kesukaran bernafas 👉 Cirit-birit akibat radang saluran pencernaan Kebanyakan kes MERS mengalami radang paru-paru namun terdapat juga kes yang tidak menunjukkan sebarang gejala.
3 253
9
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔❓ Buah pinggang merupakan salah satu organ penting di dalam tubuh setiap manusia🧍🏻. Setiap manusia dikurniakan dengan 2️⃣ buah pinggang yang menjalankan pelbagai fungsi. Jagalah buah pinggang anda. ❤️
2 922
10
Anda terlepas menyertai sesi TikTok Live minggu lepas? Jom saksikan rakaman perkongsian mengenai kehamilan luar rahim yang telah diadakan pada 8 Mei 2024 bersama Dr. Nurul Iftida binti Basri, Pensyarah Perubatan & Pakar O&G dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM.
Kehamilan Luar Rahim - 8 Mei 2024
Saksikan perkongsian mengenai kehamilan luar rahim melalui sesi TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 8 Mei 2024 bersama Dr. Nurul Iftida binti Ba...
2 406
1
Pendaftaran Janji Temu Klinik Kesihatan di Aplikasi MySejahtera Jangan lupa sertai TikTok Live pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Jayshanty a/p Jeyaseelan, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Botanik. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2 263
0
Tip Kekal Sihat kepada Jemaah Haji & Petugas Haji Amalkan konsep 5B semasa mengambil ubat. 1️⃣ Pengguna ubat yang BETUL 2️⃣ Ubat yang BETUL 3️⃣ Dos yang BETUL 4️⃣ Cara pengambilan yang BETUL 5️⃣ Masa yang BETUL Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2 548
3
Selain mengelakkan penyakit, vaksin turut berfungsi baik seiring dengan alat kesihatan global yang lain seperti antibiotik dan penyusuan susu ibu. Kaedah ini selamat, efektif serta melindungi orang tersayang dan masyarakat. Malah, imunisasi kanak-kanak berjaya menyelamatkan kira-kira 2-3 juta kanak-kanak setiap tahun.
2 833
9
Middle East Respiratory Syndrome (MERS) merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona. Famili virus korona boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut teruk. Virus MERS boleh menjangkiti manusia daripada unta baka arab yang dijangkiti virus MERS-CoV melalui kontak langsung atau tidak langsung (pengambilan produk unta seperti daging dan susu mentah). Ia tidak mudah merebak daripada manusia kepada manusia melainkan melalui kontak rapat tanpa perlindungan dan boleh berlaku ketika menjaga pesakit MERS tanpa perlindungan.
Show more ...
3 298
8
Jom kita menari & menyanyi bersama Didi & Friends
Budaya Hidup Sihat I HePiLI X Didi & Friends I Lagu Kanak-Kanak
Jom kita menari & menyanyi bersama Didi & Friends. Ada banyak lagu baharu di YouTube Didi & Friends. Hora Horey!Jangan lupa subscribe channel Didi & Friends ...
2 381
0
Pendaftaran Janji Temu Klinik Kesihatan di Aplikasi MySejahtera Jom sertai TikTok Live pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Jayshanty a/p Jeyaseelan, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Botanik. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2 651
3
Kebanyakan pekerja di negara ini berdepan dengan tekanan di tempat kerja dalam menjalankan kerja harian mereka. Semakin banyak tugas diberikan, semakin tinggi tekanan dan stres dirasakan pekerja. Kesannya, jika terlalu banyak tekanan dan stres dialami pekerja ia boleh menyebabkan keletihan mental dan fizikal, sekali gus menjejaskan prestasi kerja. Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
3 306
14
Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Impak Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) : 📌 menurunkan kadar kejadian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin 📌 mengurangkan komplikasi penyakit yang boleh membawa kematian 📌 Menurunkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak 📌 Meningkatkan status kesihatan generasi
2 782
5
BERAT BADAN NAIK SELEPAS RAYA? "Alamakkk, macam mana ni? Berat badan naik mendadak masa raya." Raya kan sebulan, tak mustahil kalau berat badan semakin naik. Maklumlah terlalu banyak juadah dan kuih-muih yang enak dan sukar untuk ditolak di sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Itu belum lagi termasuk jemputan rumah terbuka, memang susah nak kawal selera makan dan menolak pelbagai hidangan yang menyelerakan. Apa kata cuba untuk 'reset' semula corak pengambilan makanan harian dan tetapkan azam untuk capai berat badan yang ideal demi kesihatan yang lebih baik. Semuanya bermula dari diri sendiri. Jom sama-sama amalkan. Sumber: Nutritionist KKM
Show more ...
1 869
8
Perasmian Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan disambut pada 13 Mei 2024 dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan. Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia bermula sejak 1950an dengan tiga (3) jenis vaksin sahaja. Kini terdapat 10 jenis produk vaksin untuk mencegah 13 penyakit menerusi Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi baru lahir sehingga berumur 15 tahun. Antara kejayaan Program Imunisasi adalah pembasmian penyakit cacar di seluruh dunia pada tahun 1980 dan pembasmian penyakit polio di lima (5) buah rantau di dunia termasuk Malaysia.
Show more ...

Video Hari Imunisasi Final.mp4

1 844
0
Elak keracunan makanan semasa berada di tanah suci. Elak daripada menjamah bahan mentah atau makanan yang tidak dimasak. Elak makan makanan bermasak yang disimpan melebihi 4 jam. Cuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas dan selepas menyentuh kotoran. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2 347
2
Vaksin-vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) diberi adalah untuk mencegah penyakit-penyakit khusus. Sehingga kini terdapat 1️⃣0️⃣ Jenis produk vaksin untuk mencegah 1️⃣3️⃣ penyakit Cegahan Vaksin Bayi dan Kanak-Kanak (dari lahir 👶🏻 sehingga umur 15 tahun 🧑🏻).
2 769
14
Vaksin membantu menguatkan sistem imun 💪🏻 anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan mengesyorkan agar kanak-kanak 👶🏻👦🏻 diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya. Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-Kanak.
2 896
12
Majlis Perasmian Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
583
0
HPV 'Catch-Up' Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1 Tarikh : 14 Mei 2024 (Selasa) Masa : 8.00 pagi Panel : Dr. Mardiana binti Omar Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
3 101
5
Majlis Perasmian Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
3 158
0
Penjagaan Kebersihan Penginapan Jemaah Haji. Buang sisa makanan atau sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan elak simpan makanan bermasak melebihi 4 jam. Jangan dedahkan makanan untuk elak kehadiran serangga.
3 278
2
Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk 😷. ⚠️ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera. Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TB❓ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.
Show more ...
3 674
10
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔❓ Darah terdiri daripada 4️⃣ komponen penting untuk digunakan sebagai tujuan perawatan. Ketahui komponen darah dan kegunaannya sebagai pengetahuan umum bagi rujukan kes klinikal mengikut komponen darah🩸bersesuaian. Teruskan menderma darah secara berkala bagi memastikan bekalan darah berterusan untuk pesakit yang memerlukan. 📌 Layari laman sesawang untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti menderma darah. "Darah Tak Pernah Cuti" "Jadilah Adiwira Darah"
Show more ...
4 529
21
Anda berhasrat untuk menderma darah❓ Terdapat beberapa kriteria asas untuk menderma darah yang telah digariskan oleh Pusat Darah Negara (PDN). Jom kita semak kriteria tersebut. Terima kasih kerana membantu menyelamatkan nyawa! 💪🏻
2 331
10
Last updated: 11.07.23
Privacy Policy Telemetrio