Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Category
Channel location and language

audience statistics OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua. 
28 249-13
~2 632
~11
8.96%
Telegram general rating
Globally
30 487place
of 78 777
470place
of 806
In category
318place
of 960

Subscribers gender

Find out how many male and female subscibers you have on the channel.
?%
?%

Audience language

Find out the distribution of channel subscribers by language
Russian?%English?%Arabic?%
Subscribers count
ChartTable
D
W
M
Y
help

Data loading is in progress

User lifetime on the channel

Find out how long subscribers stay on the channel.
Up to a week?%Old Timers?%Up to a month?%
Subscribers gain
ChartTable
D
W
M
Y
help

Data loading is in progress

Hourly Audience Growth
Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi. ⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Show more ...
1 066
3
Antara menu yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan penyejuk tekak ialah air tebu. 👍🏼Jom semak tip membeli air tebu dengan selamat. Jangan lupa untuk pastikan pengambilan gula anda sentiasa terkawal.
1 561
5
3 sindiket kosmetik tanpa notifikasi KKM ditahan PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu Operasi Khas di Setapak, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor pada Khamis lalu. Baca lanjut :
1 552
0
Berjalan 🚶🏼‍♂️adalah salah satu aktiviti fizikal yang paling mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja. Ia memberi faedah kepada kesihatan secara fizikal dan mental. ⚠️ Tip sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal: 1️⃣ Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa 2️⃣ Kekal hidrat. Minum air kosong secukupnya 3️⃣ Ambil kira ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kecederaan termasuk faktor cuaca 4️⃣ Pakai pelindung seperti krim pelindung muka dan topi.
1 424
4
Warga KKM Galas Tanggungjawab Santuni Tetamu Allah KUALA LUMPUR, 26 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM bagi Petugas Haji (Perubatan) dengan seramai 270 orang bakal petugas yang akan menggalas tanggungjawab bagi menyantuni tetamu Allah bagi musim haji tahun ini. Baca lanjut :
1 558
1
KKM diminta tambah bilang doktor pakar, kakitangan di Hospital Tawau TAWAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta supaya menambah bilangan doktor pakar dan kakitangan kesihatan di daerah ini memandangkan hospital baharu bakal beroperasi pada bulan depan. Baca lanjut :
1 415
1
 MUTAKHIR Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM Putrajaya: Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan benzoil peroksida sebagai bahan penyesuai makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg). Baca lanjut :
Show more ...
Harian Metro | Berita Malaysia dan berita dunia terkini
Laman Harian Metro membawa berita harian di Malaysia, berita dunia, berita sukan, berita ekonomi, isu semasa pendidikan & pelbagai lagi berita terkini.
1 294
1
Pelbagai alternatif bagi garam 🧂 yang anda boleh gunakan bagi meningkatkan rasa sedap pada makanan 🍜🍚 anda dan dalam masa yang sama, anda dapat menjamu hidangan yang sihat 👍🏼 dan bernutrisi. Jom kita lihat apakah bahan alternatif semula jadi tersebut‼️
1 561
6
https://thesun.my/local_news/moh-stands-by-decision-to-amend-medical-act-1971-GI12388295 MOH stands by decision to amend Medical Act 1971 Credit : TheSun
MOH stands by decision to amend Medical Act 1971
HULU SELANGOR: The Ministry of Health (MOH) stands by its decision to amend the Medical Act 1971 (Act 50) to bridge the gap between the parallel pathw...
1 444
0
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia | 27 April 2024 Isu Tular Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum
1 636
2
Tahukah anda❓ Terdapat kebaikan dalam setiap budaya sihat yang kita amalkan, ini termasuklah budaya menderma darah🩸 Selain dapat membantu pesakit yang memerlukan, terdapat 6️⃣ kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menderma darah. 👍🏼 Di sini kami kongsikan kebaikan menderma darah. Teruskan menderma darah secara berkala bagi melestarikan bekalan darah di Malaysia. ⚠️ Untuk maklumat lanjut berkaitan lokasi pendermaan darah, sila layari laman sesawang rasmi Pusat Darah Negara di
Show more ...
1 790
4
5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap penyakit kencing manis PUTRAJAYA: Seramai lima juta rakyat Malaysia berisiko menghidap pradiabetes dan diabetes dengan kebanyakannya tidak menyedari kerana tidak menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan awal. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sebanyak 76 peratus daripada jumlah itu dikatakan tidak melakukan saringan kesihatan atau mendapatkan rawatan sehinggalah dikesan menghidap penyakit itu. Baca lanjut :
Show more ...
1 278
1
Cacing parasit dalam tin sardin: KPDN sedia kerjasama dengan Maqis, KKM JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, sedia bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), susulan rampasan 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China yang didapati mengandungi cacing parasit Anisakis sp. awal bulan ini. Baca lanjut :
Show more ...
1 336
0
KKM tetap dengan keputusan pinda Akta Perubatan 1971 Hulu Selangor: Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan keputusan untuk meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hasil sesi libat urus menyeluruh dilakukan KKM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendapati sememangnya ada keperluan untuk melakukan pindaan berkenaan. Baca lanjut :
Show more ...
1 499
1
YB Dato Lukanisman, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke fasiliti kesihatan yang kedua hari ini di Klinik Kesihatan Batu Niah, Sarawak. Klinik Kesihatan Batu Niah adalah klinik kesihatan jenis 4 dengan bilangan purata pesakit yang hadir ke klinik kesihatan ini adalah seramai 140 orang sehari. YB Dato Lukanisman telah dibawa melihat kemudahan yang disediakan seperti Jabatan Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Klinik Diabetes, Klinik Berhenti Merokok, Farmasi, Makmal dan Unit Hemodialisis. YB Dato Lukanisman sempat meluangkan masa menyantuni petugas-petugas kesihatan disamping beramah mesra dengan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan tersebut. Turut hadir Dr. Lorna Chin Kin Tze, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Dr. Nurafifah Shamsuri, Pegawai Perubatan dan Encik Mohd Hasmannazrul, Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Unit Hemodialisis.
Show more ...
1 410
0
YB Dato Lukanisman telah meninjau kemudahan yang disediakan di sekitar Klinik Kesihatan Jalan Merbau di klinik pesakit luar, Klinik Pergigian, makmal, bilik pengambilan darah, bilik pemeriksaan kencing manis, bilik pemeriksaan darah tinggi dan farmasi. YB Dato Lukanisman mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit yang datang mendapat rawatan dan juga menyantuni warga kerja Klinik Kesihatan Merbau. Turut hadir bersama ialah Puan Gelang anak Ajah, Penyelia Jururawat KK Jalan Merbau dan Encik Affisa bin Ohsman, Pembantu Pegawai Perubatan Kanan KK Jalan Merbau.
Show more ...
1 027
0
YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memulakan lawatan kerja hari ini di fasiliti pertama iaitu lawatan ke Klinik Kesihatan Jalan Merbau, Miri. Kehadiran YB Dato Lukanisman disambut oleh Dr. Norafini binti Salamon, Pakar Perubatan Keluarga bagi memberi penerangan terhadap perkhidmatan perawatan kesihatan dan Dr. Mary anak Chalang, Pegawai Pergigian bagi memberi taklimat mengenai perkhidmatan pergigian di Klinik Kesihatan Jalan Merbau. Klinik Kesihatan Jalan Merbau yang merupakan Klinik Jenis 3 dibina pada tahun 1972. Purata kedatangan pesakit ke Klinik Kesihatan Jalan Merbau mencatat seramai 600 hingga 700 pesakit sehari.
Show more ...
889
0
Kerajaan melalui KKM akan sentiasa berusaha dengan lebih keras untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan juga mutu perkhidmatan kesihatan yang diberikan. Antara fokus utama KKM pada masa ini adalah untuk mendigitalisasikan rekod perubatan rakyat Malaysia bagi memudahkan dan melancarkan proses perkhidmatan kesihatan negara. Turut hadir YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datin Paduka Dr Rohana Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, YBrs. En. Zairi Mat Ali, Setiausaha Bahagian (Pembangunan) YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBrs. Dr. Shamsul Anuar Kamarudin, Pengarah Hospital Tunku Azizah.
Show more ...
922
0
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau operasi perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat setempat dan hala tuju masa hadapan HKL. Di samping itu, YB Menteri Kesihatan juga turut melawat Jabatan Kecemasan HKL dan menyantuni pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan. HKL turut dikenali sebagai sebuah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga merupakan hospital yang terbesar di Malaysia, di Asia Tenggara (ASEAN) dan antara yang terbesar di rantau Asia. HKL merupakan tunjang penyampaian kesihatan di Malaysia, malahan ia juga terkenal sebagai Pusat Rujukan Perubatan Utama Negara.
Show more ...
1 223
0
Nasi lemak 🍚 juga merupakan menu sarapan yang bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ianya terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.🌍 Secara asasnya nasi lemak adalah beras yang dimasak bersama santan 🥥 dan daun pandan bagi menaikkan rasanya. Kemudian ianya dihidang dengan sambal tumis yang sedap dan pedas, hirisan timun 🥒, telur rebus🥚, ikan bilis dan kacang yang digoreng. ‼️Namun, nasi lemak juga perlu diambil dengan cara yang "sihat". Anda boleh nikmati nasi lemak tanpa rasa bersalah dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh. ⚠️ Selain itu, kawal pengambilan lauk tambahan dan sebaiknya pilihlah jenis lauk yang rendah kalori dan kurang lemak. Jangan lupa juga untuk kawal kuantiti nasi dan sambal anda supaya tidak terlebih-lebih kalori yang diambil.
Show more ...
1 690
4
Last updated: 11.07.23
Privacy Policy Telemetrio