𝗛𝗜𝗞𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗦𝗣𝗘𝗦𝗜𝗙𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗢𝗞𝗢𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗘𝗡𝗧𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥’𝗔𝗡.
❌
Apa yang manusia fokus bila baca Kisah Nabi Nuh?
▪️Dimana lokasi kapal itu sekarang
▪️Macam mana rupa kapal itu
▪️Macam mana binatang buas boleh behave dalam kapal tu?
✅
Apa yang Allah nak kita fokus?
▪️Jangan jadi keras kepala lagi kurang ajar macam kaum Nabi Nuh.
▪️Betapa sabarnya Nabi Nuh mendakwahi kaumnya.
▪️Asal Usul terjadinya penyembahan berhala adalah alasan niat baik, niat nak mengingati orang soleh dengan mengukir patung mereka.
-Iman tidak dapat diwarisi.
__
❌
Apa yang manusia fokus bila baca Kisah Raja Zulqarnain?
▪️Dimana tempat ya’juj ma’juj sebenarnya?
▪️Siapa Raja Zulqarnain sebenarnya? Alexander atau Cyrus The Great?
✅
Apa yang Allah nak kita fokus?
▪️Keadilan Raja Zulqarnain sebagai pemerintah
▪️Raja yang soleh dan merendah diri, tidak membanggakan diri dengan pujian dari rakyatnya sebaliknya mengembalikan semua pujian itu kepada Allah
▪️Pemimpin yang ambil peduli dan bertanggungjawab tentang kesusahan rakyatnya.
__
❌
Apa yang manusia fokus bila baca kisah Ashabul Kahfi?
▪️Dimana gua Ashabul Kahfi sebenarnya?
▪️Lama mana mereka ditidurkan?
▪️Siapakah mereka-mereka ini?
▪️Zaman raja mana mereka yang mereka hadap?
✅
Apa yang Allah nak kita fokus?
▪️Usia muda yang dikorbankan demi menjaga tauhid.
▪️Pengorbanan tinggalkan insan tersayang yakni keluarga dan tempat yang selesa demi menjaga tauhid.
▪️Tawakkal yang tinggi kepada Allah, mereka tak terdetik bahawa mereka akan ditidurkan selama itu jika masuk ke dalam gua itu.
__
❌
Apa yang manusia fokus bila baca kisah Fir’aun?
▪️Betul ke Fir’aun zaman Nabi Musa adalah Ramses ||?
▪️Search bukti arkeologi Sungai Mati benar-benar terbelah.
✅
Apa yang Allah nak kita fokus?
▪️Ingatlah Fir’aun sudah mati, tapi kefir’aunan sentiasa ada di sepanjang zaman
▪️Entah-entah kita pun termasuk dalam ciri Fir’aun sebab mengolok-olok Tuhan Nabi Musa yang berada di atas langit 🫢
__
Dan begitulah seterusnya kisah-kisah yang ada dalam Al-Quran itu, majoriti manusia hanya fokus siapakah watak itu dan di mana lokasi berlaku peristiwa itu
Jarang antara kita yang benar-benar fokus ambil ibrah dari peristiwa yang diceritakan, ia langsung bukan suatu yang sia-sia bila Allah cerita dalam Al-Quran tanpa menyebut secara spesifik nama tokoh tertentu atau dimana lokasi spesifik peristiwa tertentu kerana benda tu tak penting.
📌 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛
-
Apa ibrah yang kita dapat dari kisah itu dan akhir sekali membawa kepada persoalan, kita nak join team mana?
-
Team mereka yang diberi nikmat yakni para anbiya’, solihin, siddiqin dan syuhada’ atau
team mereka yang Allah murka yakni Fir’aun, Haman, Yahudi, Bani Israel, Isteri & Anak Nabi Nuh dan lain-lain.
__
𝗞𝗥𝗘𝗗𝗜𝗧: 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡 Karya PiS
Penulisan Asalادامه مطلب ...