Sempena percubaan spm ni
Saya kongsikan tips untuk skor sebaiknya kertas addmath
1) Target dulu mana tajuk yang kita boleh score dgn tajuk yang kita lemah
Kalau admin , dulu admin listkan macamni , tpi ni admin buat waktu paper sebenar la , paper percubaan tak buat macamni sbb takde kesedaran lagi waktu tu 😌
Yang boleh score
Tajuk tingkatan 4 :
- Fungsi ( mahir )
- Fungsi kuadratik ( mahir )
- Sistem persamaan ( mahir )
- Indeks , surd dan logaritma ( mahir )
- Janjang ( 50-50 )
- Geometri koordinat ( mahir )
- Hukum linear ( mahir )
- Vektor ( mahir )
- Penyelesaian segi tiga ( mahir )
- Nombor indeks ( mahir )
Tajuk tingkatan 5 :
- Sukatan membulat ( mahir )
- Taburan kebarangkalian ( mahir )
Tajuk yang kurang mahir / tak mahir langsung
- Pembezaan
- Pengamiran
- Pilih atur dan gabungan
- Fungsi trigonometri
- Pengaturcaraan linear
- Kinematik
Daripada sini sebenarnya kita dh boleh target dh kita nk score berapa markah untuk exam
Macam mana nk tahu mahir ke tak tajuk tu ?
Cuba buat soalan random , peruntukkan masa 7 minit untuk jawab satu soalan ( soalan pendek ) dan 15 minit maksimum ( untuk soalan pattern bahagian B dan C kertas 2 )
Kalau kita buat ni dlm keadaan kita dpt ikut masa , tak terlebih masa dan bila kita semak jawapan tu semua betul ( kalau kurang satu atau dua markah tu bolehlah diterima ) maksudnya kita dh mahir dh bab tu
Kalau bkn di atas , maka mahirkanlah mana yg smpat sblum exam
Ada kawan admin , dia mahirkan 8 bab je sebelum spm , bab taburan kebarangkalian , nombor indeks , penyelesaian segitiga , vektor , hukum linear , geometri koordinat , sukatan membulat , sistem persamaan , dan kawan admin ni dia aim untuk full mark bab2 ni dlm exam
At the end dia dapat C Ke B macamtulah
Jdi kesimpulannya mahirkan btul2 bab yg kita boleh go , nnti waktu2 exam nnti kalau sempat tu try jawab tajuk yg kita kurang mahir tu kalau rasa sayang nk kosongkan kertas , at least dpt la markah kt rumus walaupun jalan kerja tak betul ( admin pernah buat macamni kt soalan pengamiran waktu spm dulu , at least bole la aim 3 markah drpd 6 markah soalan kamiran tu , markah dpt kt rumus dgn jalan kerja yg sikit2 tu ) .
Tapi yang penting , tajuk yg kita mahir tu tlg la ye aim untuk full mark
Macam mana nk aim untuk full mark? Buat latihan kerap tajuk tu
Tapi kalau nk aim dpt A+ , silalah mahirkan semua tajuk ☺️ in shaa Allah ada masa lagi nk ubah sblum spm
Bersambung....
Показать полностью ...