Xizmat sizning tilingizda ham mavjud. Tarjima qilish uchun bosingEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
Kanal joylashuvi va tili

auditoriya statistikasi Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith) 
26 332+22
~6 506
~17
25.52%
Telegram umumiy reytingi
Dunyoda
33 409joy
ning 78 777
Davlatda, Malayziya 
520joy
ning 806
da kategoriya
1 422joy
ning 2 793

Obunachilarning jinsi

Kanalga qancha ayol va erkak obuna bo'lganligini bilib olishingiz mumkin.
?%
?%

Obunachilar tili

Til bo'yicha kanal obunachilarining taqsimlanishini bilib oling
Ruscha?%Ingliz?%Arabcha?%
Kanal o'sishi
GrafikJadval
K
H
O
Y
help

Ma'lumotlar yuklanmoqda

Kanalda foydalanuvchining qolish muddati

Obunachilar sizning kanalingizda qancha vaqt turishini bilib oling.
Bir haftagacha?%Eskirganlar?%Bir oygacha?%
Obunachilarning ko'payishi
GrafikJadval
K
H
O
Y
help

Ma'lumotlar yuklanmoqda

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
Mereka juga punyai cita-cita, Dalam tempoh yang singkat ini, saya sempat bermesra dengan beberapa anak-anak asnaf jalanan ini. Latar belakang keluarga mereka berwarna warni, ada yang terang, ada yang samar dan ada yang kelam yang tidak perlu saya kongsikan di sini. Saya sempat berbual dengan Rakhil, 8 tahun yang sedang asyik melukis. Dia gembira dengan abang-abang dan kakak-kakak sukarelawan yang hadir dan menceriakan hidup mereka di setiap hujung bulan. Rakhil belajar di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (sekolah khas) yang tentunya berbeza daripada Sekolah Kebangsaan sebagaimana kebanyakan anak-anak kita. Ketika asyik bersembang, saya diterpa oleh Akiff, 6 tahun. Dia meminta saya mendukungnya dan kelihatan begitu gembira bila merasakan dia disayangi. Bila ditanya apakah cita-citanya, Akiff anak jalanan ini segera menjawab bahawa dia ingin jadi seorang doktor. Allahu.... Semoga dibuka laluan dan dipermudahkan jalan buat ayah dan bonda mereka. 'Bright the soul' Misi Asnaf Jalanan, Lorong Haji Taib
Ko'proq ko'rsatish ...
1
0
Mereka juga punyai cita-cita, Dalam tempoh yang singkat ini, saya sempat bermesra dengan beberapa anak-anak asnaf jalanan ini. Latar belakang keluarga mereka berwarna warni, ada yang terang, ada yang samar dan ada yang kelam yang tidak perlu saya kongsikan di sini. Saya sempat berbual dengan Rakhil, 8 tahun yang sedang asyik melukis. Dia gembira dengan abang-abang dan kakak-kakak sukarelawan yang hadir dan menceriakan hidup mereka di setiap hujung bulan. Rakhil belajar di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (sekolah khas) yang tentunya berbeza daripada Sekolah Kebangsaan sebagaimana kebanyakan anak-anak kita.
Ko'proq ko'rsatish ...
964
2
Saya mengaminkan doa yang dibacakan oleh pendakwah jalanan ini. Di antara munajat yang didambakan adalah agar diberikan hidayah berterusan daripadaNya, diberikan keringanan dalam ujian hidup yang dilalui dan terus diberikan kebaikan yang berpanjangan buat mereka dan keluarga, serta umat diuji di sana sini.
902
1
Buar pun hujan mendahului kehadiran kami, namun ia tidak mematikan semangat anak-anak yang menantikan kehadiran sukarelawan Yi yang mesra dengan mereka. Di antara aktiviti anak-anak ini adalah latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh abang-abang dan kakak-kakak yang hadir dari pelbagai latarbelakang. - Misi Asnaf Jalanan, Lorong Haji Taib
864
1
Nasihat dari hati, pendakwah yang dibawa oleh Yayasan Ikhlas berkongsi nasihat dan pesanan dengan penuh kasih sayang. Kalau dahulu, dakwah jalanan ini hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja, kini jumlahnya semakin besar. Seramai 52 orang lelaki dan perempuan dewasa di kalangan komuniti yang menghuni sekitar Lorong Haji Taib dan Chow Kit mengambil bahagian dalam sesi ini. Siapa sangka bahawa suasana bagai sinaran cahaya ini disambut meriah oleh komuniti Lorong Haji Taib.
945
2
1
0
884
1
Malam ini saya menyertai Misi Santuni Asnaf Jalanan di Lorong Haji Taib, Chow Kit Road. Setiap bulan, para sukarelawan Yi menjayakan misi menyantuni para asnaf di kalangan anak-anak dan ibu bapa mereka dari kalangan 'underprivileged community' yang 'dilupakan'. Sukarelawan Yayasan Ikhlas berkumpul dengan bersolat maghrib di Surau an Nur, Lorong Haji Taib.
974
3
Briged Al-Qassam - Tulkarm: Adegan letupan jentolak penjajah Zionis di kem Tulkarm menggunakan bom Sanqur, dan mujahidin menghadapi musuh yang menceroboh masuk ke dalam kem. Sumber: Briged Al-Qassam

file

1 404
4
Persoalan mengenai pembebasan Palestin terkait kepada tiga lingkaran: 1- lingkaran Palestin, 2- lingkaran Arab dan 3- lingkaran umat Islam sejagat. Setiap kelompok ini mempunyai peranannya dalam perjuangan menentang Zionisme. Masing-masing mempunyai tugasnya, dan adalah satu kesilapan yang besar dan tanda kejahilan yang mendalam untuk mengabaikan mana-mana kelompok ini. - Petikan Piagam Hamas 1988 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
1 589
0
#seikhlasjumaat | MARYAM TETAP ANAK SAYA 👨🏻‍🍼"Sama ada dia normal atau cacat, dia tetap anak saya." - En Nasruddin, bapa Maryam Ketika dalam kandungan, adik Maryam hanya di diagnosis dengan sumbing sahaja. Namun selepas dilahirkan, terdapat beberapa kekurangan fizikal pada adik Maryam. Dilahirkan pada minggu ke 35 kehamilan dengan berat 1.8 kg, adik Maryam disyaki menghidap sindrom Goldenhar atau sindrom Treacher Collins, dan adik Maryam juga disahkan hilang upaya kekal. Tetapi itu bukan penghalang untuk En Nasruddin dan keluarganya untuk memberikan sepenuh kasih sayang dan harapan buat Maryam. Kisah Adik Maryam Jom saksikan _live_ bersama keluarga Adik Maryam secara eksklusif di *Nasi Lemak Kopi O TV9*. Tarikh: 23 Ogos 2024 (Jumaat) Masa: 8.00 pagi ====================== *Di hari jumaat yang penuh barakah ini, jom bantu adik Maryam mendapatkan rawatan yang lebih baik.* ✅ Salurkan sumbangan anda ke akaun *Yayasan Ikhlas*: *Maybank | 5628 3463 6235* Ref: Bantu Maryam ATAU 👉Klik link berikut: ✅ 𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙪𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙮𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙚𝙘𝙪𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙘𝙪𝙠𝙖𝙞 Yayasan Ikhlas Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
Ko'proq ko'rsatish ...
Maryam Juga Ingin Bahagia Seperti anak-anak yang Lain
1 872
1
1 591
0
As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin ketika ditanya oleh wartawan al Jazeera, Ahmad Mansour pada 5 Jun 1999 menyatakan bahawa, 'Tiada lagi negara Israel menjelang 2027'... Inilah pernyataan yang dipegang oleh semua mujahid al Qassam, anggota dan penyokong Hamas serta rakyat Palestin yang meyakini perjuangan kebenaran ini. Masanya pasti akan tiba....
1 751
6
Mejar Jeneral Briged Simpanan Tentera Penjajah Israel, Yitzhak Brik: ⭕️ Gallant mula bangun dan mengumumkan dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Keselamatan bahawa kemenangan mutlak adalah "karut" dan kami kehilangan pejuang yang terbunuh dan cedera. ⭕️ Perang Hakisan terhadap Hamas dan Hizbullah mempercepatkan kejatuhan "Israel" dalam masa satu tahun sahaja ⭕️ Semua jalan, di peringkat politik dan ketenteraan, membawa "Israel" ke arah kemusnahan, dan kita telah memasuki lingkaran eksistensial, dan tidak lama lagi ia akan mencapai titik tidak dapat kembali. Sumber: Shehab Agency
Ko'proq ko'rsatish ...
1 734
4
Peta negara Palestin yang merdeka
1 943
12
Kata-kata seorang warga Palestin dari utara Gaza berikutan genosid oleh penjajah Zionis: "Anda mahu menggantikan kami daripadanya, tidak. Ini adalah tanah kami di mana kami dilahirkan dan berjuang."🇵🇸 Sumber: Terkini Palestin

file

2 206
3
Yong Tai Berhad sedang giat membangunkan projek Impression City di Kota Laksamana, Melaka, yang menampilkan elemen kebudayaan dan warisan China dengan sokongan serta pelaburan daripada syarikat-syarikat China. Baca berita penuh:
2 226
9
Apa yang mereka dambakan hanyalah sesuap dua makanan dan beberapa tegupan air bersih. Inilah Gaza Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita atas kelewatan dan kealpaan ini. Moga-moga diringankan bebanan dan keperitan ini, dan kita terpilih di kalangan mereka yang prihatin dan mendokong perjuangan umat Islam sejagat

file

2 404
12
⭕️ Kenyataan Akhbar Hamas Kami dalam Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) mengikuti dengan amat terkejut dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS Joe Biden, di mana beliau mendakwa bahawa Hamas telah berundur daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, beberapa jam selepas Setiausaha Negaran AS Blinken menyeru Hamas untuk menerima cadangan terbaru itu. Dalam konteks ini, kami menekankan perkara berikut: - Kenyataan Biden dan Blinken adalah dakwaan yang mengelirukan dan tidak menggambarkan kedudukan sebenar Hamas, yang ingin mencapai pemberhentian pencerobohan. - Kenyataan ini datang dalam rangka berat sebelah Amerika sepenuhnya terhadap penjajah Zionis dan perkongsian penuh dalam pencerobohan dan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak berdaya di Semenanjung Gaza, dan percubaan untuk mencairkan perjuangan nasional kita. - Kami menganggap kenyataan ini sebagai lampu hijau Amerika yang diperbaharui bagi kerajaan pelampau Zionis untuk melakukan lebih banyak jenayah terhadap orang awam yang tidak berdaya dalam mengejar matlamat untuk memusnahkan dan memindahkan rakyat kami. - Apa yang dibentangkan baru-baru ini kepada Hamas merupakan pengulangan terhadap apa yang dicapai oleh beberapa pihak pada 2 Julai, berdasarkan deklarasi Biden pada 3 Mei, dan Resolusi Majlis Keselamatan 2735 pada 11 Jun, yang dianggap sebagai tindak balas dan persetujuan Amerika terhadap tindakan baru pengganas Netanyahu keadaan dan rancangan jenayahnya ke arah Semenanjung Gaza. - Saudara pengantara di Qatar dan Mesir tahu bahawa Hamas bertindak secara positif dan bertanggungjawab dalam semua pusingan rundingan sebelum ini, dan Netanyahu sentiasa menjadi orang yang menghalang mencapai persetujuan dan menetapkan syarat dan tuntutan baharu. - Kami mengesahkan komitmen kami terhadap perkara yang kami persetujui dengan pengantara pada 2 Julai, berdasarkan pengisytiharan Biden dan resolusi Majlis Keselamatan, dan kami menyeru pengantara untuk memikul tanggungjawab mereka dan mewajibkan penjajah Zionis untuk menerimanya. - Kami menyeru pentadbiran AS untuk mengubah dasar berat sebelah buta terhadap penjenayah perang Zionis, menanggalkan perlindungan politik dan ketenteraan untuk perang pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan oleh tentera penjajah fasis terhadap rakyat kami yang tidak berdaya di Semenanjung Gaza, dan bekerja secara serius untuk hentikannya. Gerakan Perjuangan Islam - Hamas 20 Ogos 2024 Sumber: Hamas
Ko'proq ko'rsatish ...
1 877
9
Merkava Panggang...

file

289
1
Netanyahu challenges the entire world and ignores the crying of the mothers of the Israeli prisoners, saying: We will not stop the war and we will not accept any deals that end the war in Gaza. ~ GN
2 419
2
SS Dato Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak bermusafir selama 2 jam untuk sampai ke Kampung Orang Asli Kuala Mu, Perak demi menyebarkan cahaya dakwah kepada masyarakat yang memerlukan.
3 292
3
Almarhumah Nuraina Hunaira sangat gigih mengaji walau pun OKU pendengaran. Beliau adalah di kalangan kanak-kanak masyarakat orang Asli yang gigih belajar al Quran dan kelas Fardhu Ain yang dikendalikan oleh Yayasan Ikhlas Ipoh
2 687
1
Memperingati 55 tahun Masjid al Aqsa dibakar. (Tragedi hitam 19 Ogos 1969) - Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sejagat. - Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-2 dibangunkan di mukabumi - Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-3 suci di sisi Allah swt - Masjid al Aqsa merupakan tempat diisrakkan Rasulullah saw sebelum Baginda di'Mikraj'kan ke langit. - Masjid al Aqsa merupakan jantung hati umat Islam sejagat. Mereka sebenarnya bercita-cita untuk membina 'Isr4el Raya' atau 'Isr4el al-Kubra' atau 'the new middle-east" yang bersempadan Sg Nil di Mesir dan Sg Furat di Iraq. Apa yang berlaku di G4z4 kini adalah sebahagian daripada petanda hidup mati buat mereka. Usah lupa dan alpa, kita punyai peranan terhadapnya.
Ko'proq ko'rsatish ...
2 667
17
Pada hari yang penuh kesedihan ini, keluarga Al Marhumah Nuraina menerima kunjungan penuh hormat dari Sahibus Samahah Dato' Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak merangkap Duta Yayasan Ikhlas, bersama saudara Hassriq Hafize, Pengurus Yayasan Ikhlas Ipoh. Kehadiran mereka bukan sahaja untuk memberi penghormatan terakhir kepada  Nuraina tetapi juga untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga yang sedang berduka Sahibus Samahah Dato' Zamri Hashim dan saudara Hassriq Hafize berkongsi kata-kata hikmah dan penghiburan, mengingatkan keluarga tentang pentingnya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Keluarga Al Marhumah merasa terharu dengan sokongan ini, yang memberi sedikit kelegaan di tengah-tengah kesedihan. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Al Marhumah daripada Yayasan Ikhlas. Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda, Yayasan Ikhlas
Ko'proq ko'rsatish ...
2 445
2
SS Dato Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak yang juga merupakan Duta Yayasan Ikhlas telah mengunjungi keluarga almarhumah di Kampung Orang Asli Kuala Mu, di pedalaman Perak
2 456
1
Remaja lelaki yang ditahan berkaitan kes bunuh budak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, direman tujuh hari. Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan permohonan polis untuk tahan reman suspek berusia 17 tahun bermula hari ini hingga 25 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek yang juga saudara terdekat mangsa tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput, di sini, jam 8.30 pagi tadi dengan berpakaian baju-T biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar 15 minit kemudian. Sumber: Berita Harian Ikuti berita terkini di
Ko'proq ko'rsatish ...
2 362
2
Alfaatihah... Al Marhumah adalah anak murid yang komited belajar di Kelas Mengaji al Husna yang dikendalikan oleh Yayasan Ikhlas Ipoh di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Perak. Hari ini, keluarga almarhumah diziarahi oleh SS Dato Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak merangkap Duta Yayasan Ikhlas bersama saudara Hassriq Hafize, Pengurus YI Ipoh. Semoga keluarganya diberikan ketabahan. Semoga ruh almarhumah ditempatkan di syurgaNya. Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin Pengerusi Yayasan Ikhlas
3 121
6
ISMA gesa kerajaan pertahankan identiti negara, elak jati diri terancam Sekiranya keadaan itu berterusan ia memberi implikasi pada identiti kebangsaan seperti perpecahan masyarakat yang melemahkan kestabilan politik sehingga akhirnya wujud jurang yang membuka ruang campur tangan asing.
2 807
2
Penerima Anugerah Muda Harapan, Universiti Awam, KPT 2024 Awal petang tadi saya bertemu saudara Hassan Unus yang baharu sampai dari Semporna, Sabah. Beliau dijadualkan akan menerima Anugerah Muda Harapan, Universiti Awam KPT 2024 malam ini di PWTC oleh. YB Menteri KPT Dato Dr Zambri Kader. Hassan adalah anak jati Semporna, Sabah yang seharusnya menjadi ikutan para mahasiswa dan generasi muda negara. Beliau merupakan lulusan Politeknik Kota Kinabalu 2014 sebelum menyempurnakan sarjana muda perakaunan dari USIM pada 2019. Sebaik sahaja bergraduasi, beliau tidak terus bekerja makan gaji tetapi sebaliknya kembali ke kampung halamannya bagi membantu ribuan masyarakat kampung dan pulau-pulau di daerah Semporna, Sabah. Sejak 5 tahun yang lalu, Hassan telah mengunjungi lebih 28 buah pulau-pulau di Semporna, lebih 100 buah kampung di Sabah dan menghantar bantuan kepada lebih 20,000 orang yang memerlukan di terutamanya para asnaf dan penduduk di pedalaman melalui NGO Semporna Prihatin dan Yayasan Ikhlas. Bersama NGO YI, Hassan telah membina 2 buah sekolah komuniti yang dinamakan Pusat Pendidikan al Huda untuk memberikan peluang pendiidikan kepada lebih 500 orang kanak-kanak dari etnik Bajau, Suluk dan Bugis yang memerlukan peluang pendidikan. KPT dan Universiti Awam telah memilih calon yang tepat dan memberikan aspirasi kepada anak-anak muda negara untuk dicontohi. Tahniah Hassan Unus !
Ko'proq ko'rsatish ...
3 372
2
Oxirgi yangilanish: 11.07.23
Privacy Policy Telemetrio