Apa itu Ovalette/Quick 75/Sponge Cake Stabilizer - Dan Adakah ia Halal Atau Haram?
#barangDapur
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.
Pengemulsi, dlm bahasa mudah, adalah satu bahan yg membantu proses menyatukan dua bahan lain yg secara biasanya tidak boleh bercampur.
Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yg biasa. Kuning telur yg kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yg semulajadi.
Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek. Ia selalu digunakan utk membuat kek span dan kek2 yg menggunakan telur sbg bahan utk melembutkan kek.
Ovalette juga kadang2 digunakan dlm membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yg berasid akan membantu telur dlm kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dgn lebih cepat.
Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yg menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.
ovalette diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air? Rajin2lah menyemak label apabila membeli produk dipasaran.
Tetapi perlu lebih berhati2 apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula utk pembungkusan yg lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.
Bahan2 utama dlm ovalette terdiri dari sumber lemak yg berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol.
Jika bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pd produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal.
Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yg tidak disembelih mengikut perundangan Islam.
- Kredit; Blog Yummy yummy
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram
@ResepiDuniaMasakanShow more ...